Ramalanku Benar Belaka 2013 – 50% siap

Pagi tadi setelah hampir sebulan menunggu akhirnya, muncul jua emel yang dihantar oleh AG Coco bersama sama mp3 demo lagu Ramalanku Benar Belaka 2013

Lagu yang dihantar oleh AG Coco tu merupakan draft demo gubahan dan susunan muzik terbaru .Ag Coco minta aku dengar dan kalau ada penambahan dan pengurangan beliau sedia untuk membuat perubahan ke atas susunan muziknya

Secara keseluruhan aku berpuas hati cuma ada beberapa penambahan yang aku harap AG dapat buat bagi memantapkan lagi susunan muziknya

Sepintas lalu susunan muzik terbaru ni masih lagi mengekalkan ‘signature’ intro lagu ini di versi lama, cuma intro tu diletakkan di bahagian solo manakala di intro pula bakal diperbaharui sepenuhnya dengan sedikit elemen elemen riff gitar seakan versi lama

Dari segi vokal pula aku bakal mempersembahkan feel yang agak berbeza dengan yang lama, ini bagi menyesuaikan dengan mood susunan muzik yang baru, agar lebih fresh

Berkenaan dengan penerimaan masyarakat pula aku rasa benda ni subjektif, tapi apa yang aku harapkan adalah moga moga versi ini dapat diterima seadanya, sebab pada aku baik yang lama atau baru masing masing punya kelebihan tersendiri, tepuk dada tanya selera

 


Share

Lega..

Seminggu yang lepas agak memenatkan aku, balik dari flight sempat rehat sekejap dan terus pergi ke Terengganu untuk buat persembahan, selama semalaman aku disana, agak memenatkan jugak lah ditambah perjalanan dari hotel aku di Terenggnau ke Kenyir tu mengambil masa selama 2 jam perjalanan

Habis di Terengganu keesokannya pula disebelah pagi aku buat persembahan di satu majlis anjuran Denaihati di Hotel Singgahsana PJ dan pada sebelah malamnya aku bekerja buat flight ke London, sampai saje London aku terbungkang kepenatan

Bangun bangun je ( skrang jam 3 pagi waktu London) baru le nak update itu dan ini termasuklah blog ni..gambar2 aku masa show di Kenyir aku simpan dulu sebab laptop aku ni agak slow dan suka buat hal bila aku nak mengedit gambar so next entry aku upload ok


Share

Muncul di MH dan MH TV

Media Hiburan versi majalah dan versi online minggu ini masing masing dok tepek muka aku, apalagi yang aku nak cakap hanya ucapan terima kasih atas publisiti ini, dan semoga ianya akan  memberi impak kepada perjalan kerjaya seni dan kesan positif kepada beberapa produk baru yang bakal aku tampilkan tak lama lagi

photo

 

 


Share

Garang atau Mellow?

Beberapa hari yang lepas aku mengintai2 projek versi baru Ramalanku Benar Belaka, dek kerana jadual penerbit Bro Hezry Hafizd yang super pack, makanya projek tu baru nak mula dalam minggu lepas

Bro Hezry sempat bertanya akan konsep bagaimana yang aku hendakkan utk versi terbaru ni, ‘Abang nak yang “garang” ke nak yang “mellow”

Jadi kesempatan ini aku nak survey sikitlah, nak minta pendapat korang, nak garang ke nak yang mellow tangkap leleh??

photo-1

p/s kepada yang nak dengar hasil gubahan muzik Hezry Hafizd  sebelum2 ni boleh la follow acc soundcloud beliau di SINI


Share

Foto Shoot Majalah Jelita

Satu lagi pengalaman pertama, buat fotoshoot untuk majalah Jelita, majalah untuk kaum hawa..

Alhamdulillah khabarnya aku diberi coverage sehingga 6 mukasurat, wow!!! giler beb! bnyak tuuu…

Dek kerana itu, aku terpaksa mengenakan sehingga 5 persalinan dan diberi khidmat jurusolek dan dandanan…gitewww!!

Overall satu pengalaman yang amat mengujakan walaupun ketika itu agak kepenatan sebenarnya

Jangan lupa beli Jelita keluaran Jun nanti

jelita


Share