Monthly Archives: May 2011

Sejarah Menara Jam Torre de los Ingleses di Buenos Aires

Menara jam ini dibina oleh British dan dihadiahkan kepada Kerajaan Argentina,dan atas sebab itu penduduk tempatan menggelar menara jam ini sebagai Big Ben of Buenos Aires.Lokasi menara jam ini adalah di hadapan Plaza San Martin

Pembinaan menara jam setinggi 35.50 meter ini bermula pada 1909 namun tergendala masa Perang Dunia Pertama dan siap sepenuhnya pada May 1916.

Pada tahun 1984 semasa perang Malvinas/Falkland menara jam ni hampir musnah namun telah dibaikpulih pada tahun 1996-1999 oleh kerajaan Presiden Fernando de la Rua.

Jam ini berbunyi setiap 15 min dr loceng gangsa yg terdapat di puncak menara.Pelancong boleh masuk secara percuma dan dapat menikmati pemandangan yg cantik bandaraya Buenos Aires

Menara Jam Torre de los Ingleses ni adalah salah satu destinasi wajib jika anda ke sini..dan saya amat bertuah kerana menara jam ni hanya depan hotel dimana saya menginap ..buka tingkap terus nampak..gambar tu pun saya amik dari bilik saya jer.


Share

Siapa Juara? Man United atau Barcelona?

Perlawanan akhir Liga Juara-juara akan berlangsung awal pagi esok. Setakat ini, gergasi bola sepak Sepanyol itu mengharungi musim hebat dengan mempertahankan kejuaraan Liga Sepanyol buat kali ketiga berturut-turut dan ke final Piala Raja Sepanyol.

Kemenangan ke atas United esok, bakal melengkapkan musim gemilang Barcelona. Saya percaya peminat Manchester United ada alasan mereka yang tersendiri dan pasti mengharapkan yang sama juga buat pasukan pilihan mereka. Setelah memecahkan rekod Liverpool dengan memenangi 19 kali Juara Liga Inggeris,kemenangan pada malam nnt pasti memberi kepuasan berganda kepada peminat2nya dan juga Sir Alex Ferguson.

Jika dilihat diatas kertas kemenangan bakal berpihak kepada kelab gergasi Sepanyol itu,namun 90 minit diatas padang bakal merubah tinta hitam diatas kertas.Perlawanan akhir itu nanti akan berlangsug di Stadium Wembley,London pada pukul 7pm(waktu tempatan di London)

Saya akan menonton di Buenos Aires pada tghari nnt (waktu  tempatan) dan saya akan menyokong pasukan saya iaitu Machester United.

Bagaimana anda semua? Siapakah juaranya tahun ini…? Kita nantikan perlawanan penuh debaran ini siapa yang bakal bergelar juara baru.



Share

Tips Mengurangkan Stress (Motivasi Diri)

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

petikan dari blog http://www.rileks.info/


Share

Fazli Zainal Menangis Lihat Mangsa Tanah Runtuh

PETALING JAYA: Penyanyi Fazli Zainal tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan anak-anak yatim yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Sabtu lalu.

Katanya, kejadian tragis tersebut menyentuh perasaan setiap insan sepertinya yang sudah tidak mempunyai ibu bapa.

“Saya datang tempat kejadian untuk memberi bantuan dan melihat keadaan mereka, ketika itu saya berselisih dengan van jenazah tujuh kanak-kanak yang meninggal dunia.

“Perasaan sangat sayu dan menyayat hati sehinggakan saya menangis ketika mendengar cerita tentang kejadian yang menimpa mereka,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Fazli lagi, selepas mengikut misi memberi bantuan makanan kepada pekerja di tempat kejadian, dia melawat kanak-kanak yang cedera di Hospital Ampang.

“Pada sebelah petang, kami melawat kanak-kanak yang mengalami kecederaan di Hospital Ampang.

“Mereka menceritakan detik-detik bagaimana kejadian itu berlaku dengan sekelip mata sahaja,” katanya.

Lebih menyedihkan lagi, menurut Fazli, kanak-kanak tersebut dalam persiapan latihan nasyid.

“Saya terpangil untuk menolong atas dasar perikemanusiaan dan rasa tanggung jawab sesama insan.

“Kejadian yang membabitkan hidup dan mati ini tidak mengira siapa kita, masing-masing akan melaluinya, cepat atau lambat sahaja,” katanya.

Sementara itu, Fazli turut memberitahu sedang merancang untuk membuat kutipan derma di kalangan artis dalam masa terdekat ini bagi menyalurkan bantuan dan majlis tahlil kepada mangsa yang terkorban.

“Saya dan eebberapa rakan artis masih dalam perancangan untuk membantu kanak-kanak ini semampu yang boleh.

“Dalam masa terdekat kami merancang untuk mengadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk mangsa yang meninggal dunia,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seramai 16 pelajar termasuk seorang dewasa Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini terkorban akibat tertimbus apabila tebing berdekatan madrasah itu runtuh.

credit berita :mstaronline


Share

Jom Saya Bawa Anda Ke Camps Bay

Camps Bay adalah salah satu tempat pelancongan yg terkenal di Cape Town,selain dari Table Mountain.Terletak kira kira 15 min perjalanan dari bandar Cape Town.Terletak di lautan Atlantik di kaki bukit Twelve Apostles bersebelahan dengan Table Mountain.

Tempat ni di penuhi dengan lebih dari 20 buah restoran restoran serta hotel2 mewah dipesisir pantainya.Camps Bay menawarkan scenery atau pemandangan yang sungguh indah.Saya agak kurang bertuah hari ni kerana cuaca mendung dan sebahagian dari bukit Twelve Apostles diliputi awan.

Sekarang ni waktu musim sejuk so tak delah saya nampak orang mandi manda kat sini.Kalau musim panas ramai yg bersidai di tepi pantai Camps Bay ni.

Jadi begitulah serba sedikit mengenai Camps Bay ni ..dan lagi satu kalau nak honeymoon saya cadangkan datangla ke sini kerana mmg romantiklah tempat ni especially waktu senja

Saya akan post lagi sekali gambar gambar waktu senja pulak lepas ni..Insyaallah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Share