Monthly Archives: May 2012

Pertandingan Kucing

6 month old Hachiko

Salam

Agak lama tak citer pasal kucing kucing aku ni..Actually yg banyak2(kucing) tu hari dah pun ma’am aku kasi kat orang..Published kat Mudah tak sampai satu hari 3 ekor berjaya di adopt,maklumlah baka kacukan Persian mmg ramai yg nak..So tinggalah Hachiko ..,Yuki,Felix dan Phoenx dah tak de ngan kami..

Salah seorang yg adopt kucing kami tu ada membela kucing dan ada seekor kucingnya yg dihantar masuk pertandingan kucing dan selalu menang..so dia suggest kami hantar Hachiko ni masuk bertanding..Menarik gak tu sekadar mengisi masa lapang..atleast berpeluang bawa balik hadiah wang tunai..cover belanja makanan dia ..ye dok hehe

Sekarang ni sibuk la kami dok men’google’ keyword pertandingan kucing ni..harap dapat la join mana2 competition nnt

p/s membela kucing menjadi satu terapi buat aku..dulu mmg geli ngan kucing..

p/s/s the best part is..mak kepada Hachiko iaitu Blossom bunting lagi!!

Tweet
Share

Naik Pentas

Salam

Apa perasaan korang bila berada dipentas ini??Kelihatan samar2 semua mata dan kanta kamera dihala ke arah korang yg seorangan diatas pentas tu..Ada rasa seram sejuk tak?

Okay ni pengalaman aku sendiri bila naik pentas,walaupun dah berpengalaman menyanyi dah lama tapi gugup naik pentas sentiasa menghantui aku..cuma skala nya berbeza2 mengikut tempat/jenis event/profile odien/jenis media(tv/radio/live telecast)

Gemuruh ni sebenarnya pada aku hanyalah mainan perasaan jer..manusia normal pasti akan merasa gemuruh bila nak naik stage tak kira lah utk berucap ke,menyanyi ke,membentangkan hujah ke atau apa saja,tak banyak sikit pasti akan merasa gemuruh..Tak caya cuba tanya blogger muda Ariff Shah,masa dia memberi ucapan di Majlis Sepetang Bersama Blogger Denaihati tempohari..Apa yg perlu korang buat bila gemuruh ni adalah dgn ‘menikmati’ gemuruh ni..maknanya korang telan je atau redah buat bodoh jer..cuma jgn korang sampai di ‘telan’ oleh perasaan gemuruh korang tu..nnt semua benda takkan menjadi masa korang on stage…Just enjoy it

Dari sudut seorang penyanyi seperti aku ni ehem ehem..berada dipentas bukan sahaja kena menyanyi tapi nak kena gak tarik odien utk sama sama menghayati apa yg korang buat atas stage tu..inilah yg paling mencabar bagi aku sebenarnya..selalunya benda2 ni yg selalu buat aku nerves

Tapi selama menyanyi paling aku nerves adalah bilamana aku terpaksa menyanyi depan kenkawan blogger aku semasa di majlis ini..hakikatnya menyanyi didepan org yg kita kenali memang hebat gemuruhnya namun nasib baik rakan aku yg Hensem dan Sweet Sister aku ni bnyk membantu aku masa di majlis tu..fuhh lega lah sikit..sebab depa ni sporting..

Kesimpulannya,pada aku nak naik pentas ni sebenarnya ada thrill nyer yg tersendiri dan aku memang suka thrill tu..korang bagaimana??

Tweet
Share

Sessi Ngeteh Blogger – Bukan Sekadar Minum Minum

Salam

Seperti yg aku citer semalam aku ada join sessi ngeteh ngan geng2 blogger.Antara yg hadir Aslam (funder utk sessi ini),Abang Ensem,Bro Jejai, Tuan Denaihati dan Madammondoq

Memang berbaloi aku join sessi ni semalam sebab ada banyak benda aku belajar pasal blogging semalam dari Tuan Denaihati..alhamdulillah bukan senang nak dapat tips berblog secara live dari cerdik pandai blog seperti Tuan Denaihati ni,penat lelah drive jauh2 akhirnya terbayar dgn tips2 yg berguna dari beliau semalam

Selain tips2,dapatlah jugak kita membina networking,ini sedikit sebanyak membantu perkembangan blog

Kalau ada sessi ngeteh mcm ni lagi insyaallah aku akan join dan terima kasih sekali lagi kepada penaja rasmi sessi ngeteh kami semalam

p/s bakal lahir 2 blog contest dari sessi ni..blog saper dan bila berlangsung?kita tunggu je lah

Dari kiri,Tuan Haji Amir aka Denaihati,Aslam dan Abang Ensem

Apakah yg menyebabkan Jejai ni sampai berkerut? Aku pun tak tahu

AE sedang membuat aksi pukul gambar curi dan hasilnya korang tengoklah kat blog AE..adoii yaii

Ujangmondoq dan Madammondoq...sempat ber"instagram' lagi tu

My cofee tarik yg ke dua malam tu..yg ni giler nyer manis..adoi habis diet aku

Ni aku rasa citer bab PageRank kot..naik turun PR bergantung kepada?? ..

Tweet
Share

Masih Ada Yang Sudi…

Salam,

Aku terharu sebab masih ada lagi yg sudi …dok depan2 pulak tu…

Enjoy!!

Tweet
Share