Monthly Archives: August 2012

Tahniah Liyana Jasmay

Tahniah buat Liyana yg dah menamatkan pengajian di New York Film Academy

20120831-063840.jpg

20120831-063853.jpg
sumber – instagram

Tweet
Share
i love MY

Selamat Hari Merderka – i Love MY

i love MY

Salam..pejam celik sudah 55 tahun kita merdeka.Apa pun kontroversi berkenaan logo dan tema hari kemerdekaan tahun ni aku tetap bangga menjadi rakyat Malaysia, keamanan yang dikecapi selama ini walaupun ada beberapa insiden insiden manja yang tak dapat nak dielakkan tu, anggaplah sebagai asam garam kehidupan.Together we look foward for a better Malaysia

Sama samalah kita menghargai kemerdekaan dan keamanan yg telah dikecapi selama ini.

Peace yaw!!

Selamat Hari Merdeka

Merdeka 3x!!

Songkok Senget – A tribute to Tuanku Abd Rahman – Bapa Kemerdekaan Malaysia

 

Tweet
Share
photorugabadicover

‘Rugabadi’ Pementasan Pertama Patung Studio dan Reza Mohamed

Teater ‘Rugabadi’ adalah  merupakan projek pertama Patung Studio milik pengacara tv/radio terkenal Reza Mohamed. Teater ini adalah adaptasi dari karya mendiang Arthur Miller melalui karyanya yang berjudul ‘The Crucible”(1953)

Tenaga produksi teater ini diketuai oleh Reza sendiri selaku Penerbit Eksekutif dan diarahkan oleh Amar Asyraf, seorang pelakon yg semakin popular mantan penuntut ASWARA dan dibantu oleh Naque Ariffin yg merupakan Pembantu Pelakon Terbaik (Teater) The 9th Boh Cameronian Arts Award 2012

Reza Mohamed – Penerbit

Manakala barisan pelakon pula terdiri daripada pelakon yg semakin meningkat naik seperti Lash Mokhtar,serta pelakon-pelakon teater muda, Kirin Mohamad, Azlin Nur Mohd, Marina Roslan, dan AkmalAhmad yang juga aktif di televisyen. Sinografer teater Rugabadi direka khas oleh Nik Norimani Hassan,direka-tari oleh Fairuz Fee Tauhid, pereka bunyi oleh Ajib dan Asri, pengarah produksi oleh Arna Salleh.

Kenapa dan Apa itu Rugabadi??

Rugabadi, merupakan nama yang ilhamkan oleh Reza Mohamed yang dipinjam dari bahasa Banjar, membawa maksud ‘Ruga’ – tempat yang gelap dan dalam dan ‘badi‘ membawa maksud, malapetaka;nasib buruk; atau sial.Ia mengisahkan tentang perkampungan Rugabadi yang mana telah berlaku satu kekacauan yang akhirnya membawa kaepada kehancuran tempat tersebut.

Sinopsis

Siti Zulaikha menggunakan cerita epidermik histeria tersebarnya pengamalan sihir di dalam Pekan Rugabadi dengan pengakuan yang dia boleh melihat siapa yang mempunyai tanda sihir dan membela hantu raya. Siti Zulaikha menggunakan kelebihan ini untuk mendapatkan Megat Serapi dan memastikan namanya di dalam pekan tersebut bersih dengan menuduh orang–orang yang tidak disukainya.

Kisah Rugabadi bermula apabila Siti Zulaikha mengajak hamba pakciknya; Wirunci, sepupunya; Siti Aminah, kawan baiknya; Siti Kencana, untuk menjampi sihir di tengah hutan pada waktu subuh. Ketika mereka sedang menari mengelilingi api, pakciknya, Penggawa Idris, tiba–tiba keluar dari arah belukar. Mereka semua terkejut. Siti Aminah, anak kepada Penggawa Idris tiba-tiba pengsan ternampak ayahnya. Ini kerana dia takut ayahnya mengatakan dia membuat sihir.

Siti Zulaikha pula di desak untuk memberitahu apa yang terjadi dan bagaimana Siti Aminah boleh pengsan melihat ayahnya sendiri. Ini kerana orang–orang di Pekan Rugabadi telah membawa mulut kononnya terjadi hal pemujaan roh di dalam hutan ketika itu. Manakala Siti Aminah masih tidak sedarkan diri. Kerana ingin mengelak dituduh sebagai penyebab, Siti Zulaikha berpakat dengan Siti Aminah untuk menyalahkan Wirunci. 

Kemudian Wirunci pula diseksa oleh Penggawa Idris untuk mendapatkan pengakuan. Namun setelah diberikan pengakuan, Penggaul Idris memintanya menamakan lagi sesiapa yang berdiri bersama syaitan atau dia akan dipukul lagi. Kerana tidak tahan di seksa, Wirunci menuduh Cik Siti Hajar secara rambang. 

Ketika itu Siti Zulaikha juga membuat perkara yang sama. Ini kerana dia yakin orang akan lebih percayakan kata–katanya dari mempercayai kata–kata hamba abdi itu. Oleh kerana dia mengaku mampu melihat roh, dia telah dilantik oleh penduduk pekan untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi mahkhamah untuk memburu ahli sihir. Manakala Hakim Jaksa Negara dari kerajaan pusat pula dilantik untuk menghakimi perbicaraan berkaitan jenayah itu. 

Siti Zulaika menggunakan ‘kuasa’ ini untuk membesarkan lagi peluang untuk mendapatkan kekasih hatinya, Megat Serapi. 

Tarikh Masa dan Tempat 

Saksikan Rugabadi pada 13 hingga 16 september ini jam 8.30 malam di Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka.

Tiket

RM30 dan RM15 bg pelajar dan Warga Emas/OKU-Untuk temapahan email patung.studio@gmail.com atau hubungi 012-6204045 (Arna Salleh)

p/s lepas ni tunggu tayangan filem Pengarah IsmaAF7 pulak

Tweet
Share