Monthly Archives: August 2012

Gambar Baby Baru Lan A To Z

Tahniah buat rakan saya Lan Ato Z atau nama sebenar Norazlan Abd Aziz yang telah selamat menimang cahaya mata lelaki bersama isterinya Siti Nur Ain semalam.

Pasangan telah berkahwin pada November tahun lepas di Kuala Kubu Selangor.Perkahwinan ini adalah yg kedua buat Lan

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat beliau dan isteri ,moga moga dengan kehadiran cahaya mata ni Allah murahkan rezeki dan bertambah kasih sayang seisi keluarga …dan Selamat Hari Raya juga

Jom layan video ni

..


Share

Pemenang Contest Duit Raya

Seperti yang dijanjikan, duit raya untuk contest anjuran aku bersama Abang Ensem akan diberikan kepada pemenang-pemenang berikut :

Tempat Pertama : Azmanisma

Tempat Kedua : Boni Kacak

Tempat Ketiga : Madkie

Saguhati (4 Orang) : Kak Ina KL, Nurul, Sha & Lydsunshine

Buat para pemenang, sila e-mailkan nombor akaun anda ke e-mail abangensem98@gmail.com secepat mungkin

Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yg menyertai dan menyokong contest ini.Jumpa lagi di lain contest


Share

Kepuasan Dalam Berkarya

Sebentar tadi aku menjenguk pejabat White Merpati Entertainment (Produksi penerbitan filem Kerat 14) atas beberapa urusan.

Sungguh senang hati aku bilamana pengarah Arjin Uppal memuji akan hasil yg telah aku sumbangkan dalam menyanyikan lagu tema filem beliau itu.

Menurut beliau, proses mastering dan mixing semua telah selesai dibuat diluar negara untuk filem itu, dan aku sendiri masih belum melihat hasilnya lagi.Menurut beliau lagi lagu tu akan mucul di pertengahan dan di akhir filem tersebut.

Alhamdulillah, syukur dan lega sangat bila hasil kerja kita diterima dan diberi pujian. Namun begitu setiap pujian sebegini menuntut satu tanggunggjawab yang lebih berat lagi untuk kita terus maju dalam apa jua kerja yg kita lakukan dimasa masa akan datang

p/s tak sabar nak shoot video klip untuk lagu ni, yg khabarnya akan menjalani penggambaran di sebuah lokap balai polis…seram la pulak


Share

Aku Kini Asyik BerTango Bersama Isteri

Yup jangan terkejut ..aku dan isteri kini memang asyik berTango…tapi bukan tarian Tango tu yer, ianya cuma aplikasi telefon pintar ala ala Skype

Al-maklumlah aku dan isteri kini berjauhan buat seketika demi tugas beliau di Arab Saudi. Jadi bagi melepaskan rindu dan update perkembangan terkini kami berdua adalah berhubung melalui aplikasi Tango

Alhamdulillah zaman digital ni semuanya agak senang untuk berhubung jika ada talian internet, kalau dulu memang tak dapatlah, kalau ada pun ianya memang agak mahal

Aplikasi Tango ni sama macam aplikasi Skype dimana kita boleh chat, video call dan juga voice call, tapi kami selalunya bervideo call, kekadang network slow kami pakai WhatsApp je lah

Selama beberapa bulan akan datang ni aku akan sentiasa lah berTango dengan isteri..

Khas buat isteri tercinta


Share

Blog Masuk TV

Masa dok tengah tgk layan citer Thor kat laptop tetiba ada message masuk melalui telefon bimbit aku,.dari abg Hafiz Umbrella cakap aku kat TV sekarang (ON AIR melalui rancangan Generasi Y yang telah aku rakamkan tempohari di Studio 1 Angkasapuri)

Tak sangka pulak aku awal pulak muncul..menurut penerbitnya tempohari siarannya adalah pada hari raya ke11.Tak pelah tak kisahlah kan..

Ada yg tengok tak tgh tadi? Yang pasti Che Man kiter ni dah tengok..hehehe tq bro

Ok lah pada yang tak sempat tengok aku uploadkan sedikit gambar dan video untuk tatapan korang..


Share