Monthly Archives: September 2012

IMG_2845

Rezeki Ada Dimana Mana

Korang pasti pernah terdengar atau terbaca kat mana mana mengenai perihal beberapa orang yang mencari rezeki sebagai ‘patung’ bernyawa dekat sekitar Bintang Walk KL, sebenarnya aku salute dengan dorang ni sebab bukan senang nak berlakon jadi patung ni, dahlah panas disebabkan costume dorang tu pastu kena pulak banyak bersabar sebab tak le nak bergerak dek konon2nya menjadi patung semata mata mengharapkan ihsan orang menghargai ‘lakonan’ serta ‘kecantikan kostum’ yang lalu lalang menghulurkan sedikit wang..Rezeki ada dimana mana kalau kita berusaha mencarinya

‘Patung Firaun’ yg aku jumpa semasa di Rome – konsep sama gak dgn yg di KL tu

Tweet
Share

Tips Pengembara (Bahagian 1)

Melancong ke luar negara mungkin salah satu perkara yang seronok untuk dibuat lebih lebih lagi kenegara empat musim atau kenegara mat salleh

Sebagai mempersiapkan diri korang untuk ke negara pilihan korang haruslah ada sedikit pengetahuan tentang negara yang korang hendak lawati jadi tips yang pertama adalah

1.Goooooogle

Cari sedikit sebanyak mengenai latarbelakang negara yang hendak korang lawati, cuaca, tempat-tempat menarik, perbezaan masa (jet lag), restoran atau makanan halal dan pilihan/kos penginapan

Cuaca - ini penting untuk jenis2 pakaian yang hendak dibawa, jika cuaca adalah dimusim sejuk perhatikan berapakah tahap kesejukannya kalau dalam sekitar 0 darjah celcius ke 10 darjah celcius, bawalah baju sejuk yang paling tebal, sarung tangan,penutup telinga dan snow cap atau penutup kepala (jika korang ada penyakit asthma aku sarankan janganlah datang melancong waktu musim sebegini). Kalau suhu sekitar 10 darjah ke 24 darjah cukup sekadar dengan baju sederhana tebal tanpa sarung tangan, penutup telinga dsb.

Contoh pakaian untuk suhu sekitar 0-10 darjah celsius

Cth pakaian untuk suhu sekitar 10-24 darjah celsius

Melalui pengalaman aku, adalah lebih berbaloi jika korang datang melancong sewaktu musim luruh atau musim bunga. Masa ni cuaca adalah amat nyaman sekali dan banyak tempat yg boleh korang lawati tanpa halangan faktor cuaca

Tempat tempat menarik – kebanyakan negara mennyediakan Tourist Centre, manfaatkan sepenuhnya. Jika ada bas hop in hop off atau tourist sightseeing bus lagi bagus..jimat masa dan wang. Jika ada budget lebih, eloklah sewa kereta atau upah personal tourist guide

Perbezaan masa (jet-lag) - Ini penting bagi memastikan badan kita bersedia untuk adapt dengan timing di tempat yang ingin kita lawati, contohnya kalau di London perbezaan masa adalah antara 7-8 jam. Seelok-eloknya jika boleh latih badan kita untuk tidur dan bangun tidur ikut waktu tempat yang ingin kita lawati , kalau tak boleh pun tak pe tapi buat permulaan mungkin rasa jet lag ini akan berlarutan selama dua hari

Makanan Halal – jika korang cerewet pasal makanan, eloklah bawa makanan sendiri dari KL tetapi dinasihatkan agar korang tidak membawa daging, sayur2an dan buah2an sebab kebanyakan negara tidak membenarkan ianya dibawa masuk, cukup sekadar membawa sardin, tuna dalam tin, masakan/lauk yang di sejuk beku. Jika ada smartphone (iPhone atau Android) sila download aplikasi Zabihah, ini amat bermanfaat untuk mencari restoran restoran halal sekitar dimana korang berada

Zabihah Apps

Pilihan/kos penginapan - Kos dan pilihan adalah tertakluk kepada budget korang sebenarnya, dinasihatkan cuba cari hotel yang dekat dengan tempat2 menarik atau hampir dengan stesyen MRT/LRT/TUBE dsb. Ini kelak akan memudahkan pergerakan korang nanti

Tweet
Share

Al Kisah Seorang Artis Luar Negara

Cerita ni adalah cerita yang dah lama tetapi dikongsi untuk mengingati sesama kita, bukan nak memburukkan sesiapa

Al kisah seorang artis luar negara yang paling tidak profesional, cerita ini aku dapat semasa melepak dengan salah seorang crew  persembahan konsert artis dari luar negara ini.

Artis ini pada permulaannya dilihat sebagai seorang yang humble dan baik hati, tetapi setelah beberapa ketika bersama dengan atis ini ,semua itu adalah propa semata2. Setelah bebrapa ketika rakan aku ni mula nampak ‘true colour’ artis ni yang hanya baik di luar sahaja tetapi dibelakang beliau adalah seorang yang suka complain, suka mengutuk dan membangga diri semacam beliau artis yang paling top didunia

Artis ni, bila buat sound check macam buat latihan, 1 jam masa untuk sound check tetapi berlarutan sampai 3 jam sehinggakan pihak penganjur terpaksa menangguhkan sesi press conference yang sepatutnya berlangsung selepas sound check…pun begitu tiba masa press conference artis ni masih lagi buat sound check dan tanpa consult sesiapa terus membatalkan sessi press conference

Tiba masa konsert, si artis ni tidak communicate dengan pemuzik2 dia yang rata2nya tidak pernah bekerja dengan beliau sebelum ini, menyebabkan konsert tertangguh hampir sejam

Persembahan di Kota Singa itu boleh dikatakan agak sederhana sambutannya, tiba masa konsert di KL, hanya 300 lebih keping yang hanya berjaya dijual, menyedari akan hal itu, artis ini menghantar SMS untuk membatalkan konsert kepada pihak penganjur, apa lagi…naik hantu le penganjur ni..terus mengarahkan lawyernya menghantar email nak menyaman si artis ni

Iktibarnya disini walau apa pun yang kita lakukan harus lah dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, jauhkan sikap pentingkan diri sendiri, bertindak mengikut etika bukan mengikut hati serta pupuk semangat bekerjasama dengan team atau pekerja dibawah/diatas kita

Tweet
Share

Restoran Makanan Halal Di Kowloon, Hong Kong

Korang nak ke Hong Kong? Tak tahu nak makan makanan halal kat mana?

Ok salah satu restoran yg sering aku kunjungi bila ke Hong Kong adalah di

Mr Kebab Pizza & Pasta

Apartment No 6, Haiphong Mansion,

Haiphong Street, Tsim Sha Tsui, Kowloon

Restoran ni agak susah nak cari sebenarnya sebab ianya berada di tingkat atas bangunan, nak senang korang cari Masjid Kowloon dari situ selalunya korang akan nampak ada orang bawa sepanduk iklan restoran ini, korang tegur mamat yg bawa sepanduk tu then dorang akan bawa korang masuk ke restoran

Restoran ini dimiliki oleh warganegara Iran yg menetap di sana, restoran ini menawarkan pelbagai jenis masakan Arab dan Utara India seperti kebab dan nasi beriyani

Dari segi harga pula agak berpatutan (tak mahal dan tak murah), berhawa dingin dan mempunyai sambungan wi-fi

Kedai ni agak sempit tapi interior amat menarik

Free Wi-Fi

Malam tu aku dan rakan2 menikmati Nasi Briyani Ayam…sedap dan menyelerakan

Tweet
Share