Monthly Archives: October 2012
Cabaran Sixpack Semakin Rancak
Adeh..lama betul tak update, cuti cuti raya walaupun hakikatnya aku bekerja..tak pelah bagi la aku berehat sekejap ye kenkawan heheh..
Puas aku dok memikirkan apa benda yang aku nak cerita untuk entry hari ni, (ni ler bahana nya kalau 2-3hari tak update otak jadi beku)..setelah puas fikir aku rasakan topik sixpack kembali menjadi pilihan aku kali ni
Mungkin ramai rakan2 blogger yang tahu akan perkembangan cerita 6ixpack dan geng2 6ixpack yang terlibat dalam menjayakan Cabaran 6ixpack selama 6 minggu yang aku ‘anjurkan’ didalam blog dan FB selama beberapa minggu yang lepas
Kini tak kusangka ada juga yang sanggup menyahut cabaran walaupun tiada hadiah berupa wang tunai aku sediakan..setakat ni ada beberapa blogger yang telah berusaha bersungguh sungguh sampai ada yang demam2, ada pula yang baru nak mula dan ada pula yang mengambil peluang untuk mengintai awek di trek jogging dalam masa yang sama sedaya upaya menguruskan perut nyer yang bulat itu..Dan bagi aku pula pada awalnyer hanya bersantai dalam usaha ‘mengukir’ 6ixpack diperut, tp bila dah ada yang melawan macam ni naik semangat pulak aku..Tak pasal pasal aku jadi follower Kevin Zahri untuk dapatkan tip..hahaha..tapi bagus juga aku follow si Kevin ni sebab bnyk gak tip2 yang boleh diamalkan dalam menjaga berat badan dan pemakanan sihat serta seimbang
Walaupun tiada hadiah wang tunai/atau barangan gajet yang ditawarkan namun pada aku dengan menjaga badan/bersenam/menjaga makan untuk buat 6ix pack menjadikan diri korang sihat dan terhindar dari segala ancaman penyakit yang kebanyakannya berpunca dari amalan pemakanan yang kurang sihat, itu pada aku adalah hadiah yang tidak ternilai untuk korang semua
p/s so far aku baru buat 2 pack…lagi 4 pack nak kena order.. so lambat sikit sampai heheeheh…insyallah selewatnya awal Disember lagi 2 pack sampai LOL
ShareSelamat Hari Raya AidilAdha
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca/rakan-rakan blogger/sahabat handai/rakan rakan sekerja/sedara mara/keluarga jauh dan dekat dan istimewa buat isteri tercinta yang jauh di Arab Saudi, emak, Arisya serta ibu dan bapa mertua
SharePembakar Semangat
Aku tahu aku masih punya kelemahan, namun kalau response sebegini aku bersyukur sangat lah, ianya menjadi pembakar semangat untuk aku terus berjuang dalam mencari sedikit rezeki di bidang seni ni
ShareKenapa Nampak Bertambah Muda?
Seorang penumpang aku hari ni yang bertolak dari Melbourne ke KL merupakan seorang wanita berusia 20an. Berasal dari Kelantan, dan satu-satunya rakyat Malaysia yang berada didalam kelas ekonomi telah disapa oleh supervisor aku, borak punya borak lantas dikenalkan aku sebagai Zarul Umbrella, dan seperti kebiasaannya memang orang tak kan percaya..walaupun minah ni tau lagu Ramalanku Benar Belaka dan ini membuatkan supervisor aku tak happy lantas menyuruh aku tunjuk bukti yang aku adalah penyanyi lagu tersebut…hahaha korang tau tak apa bukti yg aku bagi kat minah tu?? Nah ko aku bagi namecard dan siap tunjuk video Umbrella yg lama2 yg dok ada dalam iPad aku tu..kalau supervisor aku tak suruh memang aku takkan tunjukkan semua2 tu
Well lepas dah tengok baru ler minah tu percayaaaaaaa…’Eh kenapa muka sekarang nampak lagi muda dari dalam video ni?? tanya beliau kepada aku…hehehe dan aku hanya membalas ..eh yer ker??? (jawapan cover hensem)
Aku rasa ini terjadi sebab seri 6ixpack aku dah naik ke muka dah ni …hahaha LOL
p/s to Abang Ensem dan Boni Kacak, maaf kalau post ini mengganggu emosi anda
Share