Monthly Archives: November 2012

photo11

Practical Drill – Bukan Setakat Berwajah Hensem dan Cantik

Alhamdulillah selesai sudah kursus 2 minggu aku ni..Semua exam pun lulus dengan cemerlang chewah…

Sebagaimana yang aku janji dalam entry beberapa hari yang lepas aku nak citer pasal practical drill yang perlu aku lalui sebelum melayakkan aku diiktiraf sebagai crew dalam kapal A380

Jom aku ceritakan sedikit secara ringkas apa kah latihan2 practical tersebut..

Ada 4 practical drill

Yang pertama adalah terjun slide (gambar)-Latihan ini bagi membiasakan crew untuk terjun semasa berlaku kecemasan atau pendaratan cemas ataupun pesawat terhempas didarat atau crashland

Latihan memadam api dan berjalan dalam asap tebal-Latihan ini bagi melatih anak2 kapal jika berlaku kebakaran kecil didalam pesawat manakala latihan berjalan didalam asap tebal pula bagi membiasakan crew agar tidak panik jika berlaku kecemasan atau kemalangan sewaktu  pesawat terhempas dan berlaku pula kebakaran besar dan asap tebal

Latihan berenang – Latihan ini bagi melatih anak2 kapal supaya dapat mengawal keadaan jika pesawat membuat pendaratan cemas di atas air atau dipanggil ditching.Setiap anak kapal dilatih agar dapat menolong penumpang dan mengawal mereka dengan baik semasa didalam air

Dan latihan terakhir adalah latihan pintu atau dipanggil door drill – Latihan ini bertujuan melatih anak2 kapal supaya tahu mengendalikan pintu pesawat samada di waktu operasi biasa atau sewaktu kecemasan(crashland/ditching)

Latihan ini agak penting dimana sewaktu kecemasan tempoh minima untuk anak2 kapal membawa keluar semua penumpang tak kira berapa ramai jumlahnya adalah 90 saat sahaja, dan pengetahuan setiap anak kapal terhadap pengendalian pintu pesawat amatlah kritikal sewaktu kecemasan.Selain mengawal pintu setiap anak kapal juga dilatih untuk bersedia dengan apa jua keadaan cthnya jika berlaku kerosakan keatas pintu, apa yg perlu mereka buat, atau jika berlaku kebakaran diluar pintu apa yg perlu mereka buat dan beberapa kemungkinan lagi..semuanya dilatih

Dan bila dah selesai semua latihan itu maka tamatlah kursus untuk tahun ini dan latihan2 ni perlu aku buat setiap tahun

Tweet
Share

Overload

Post ni aku taip waktu break kat dalam kelas …Stress ni sebenarnya ..sbb infomation overload agaknya

Tapi apa2 pun macam seorang rakan blogger pernah menasihati aku,  kita kena ketepikan aura negatif dalam hidup kita kalau ingin berjaya..dan salah satu cara untuk menghindarinya adalah dengan menaip post ini…hehehe

Setakat ni aku dah berjaya lulus dua dari 4 exam yg perlu aku lalui untuk di rated sebagai crew pesawat dugong A380, tinggal  dua saje lagi insyaallah esok semuanya akan beres

Dan apabila dah habis semua2 exam tu, lepas tu ada lagi praktikal drill yg perlu aku buat…

Ok instructor aku da masuk kelas, aku citer pasal praktikal drill ni dalam next entry

Tweet
Share
p1

Dalam Kelas…

Beginilah suasana dalam kelas kitorang dalam minggu lepas, kekadang bila sekali sekala masuk bilik ber air-con dan duduk sepanjang hari boleh jadi mengantuk dibuatnya..especially selepas waktu tengahari

Tetapi our instructor memang perihatin..bukan sahaja duduk diam mendengar tunjuk ajar tetapi untuk mengelak dari mengantuk dan lesu diadakannya berbagai aktiviti yang bersangkut paut dengan subjek yang diajar..so jadi seronok dan happeninglah sikit kelas

Untuk pengetahuan korang, kelas yang sedang kami buat ini adalah kelas Branded Customer Enhanced Program, salah satu subjek yg perlu aku jalani untuk kursus Airbus A380 Conversion

Dan tepat pukul 5 petang…kelas pun tamat

Jom kita balik!!!

p/s esok bermula kelas bagi minggu kedua dimana ada 3 exam yang terpaksa aku lalui sebelum aku boleh terbang bersama kapal dugong a.k.a A380 ni bermula Disember ni.

Tweet
Share

Retro Sabtu – Pelitaku – Zur Eda

Lagu minggu ini adalah sebuah lagu yang selalu aku dengar di zaman persekolahan, dan aku cukup minat dengan vokal Kak Zur Eda yang garau dan husky ni

Selain lagu ni lagu Kelmarin juga masih kedengaran sehingga sekarang

Lagu ni muncul sekitar penghujung 80an, zaman dimana kumpulan2 rock mula tumbuh macam cendawan, (semua pakat dok gila rock) dan beliau dan Zaiton Sameon adalah dua penyanyi pop wanita yang boleh dikatakan tetap mendapat perhatian ketika itu

Tweet
Share