Impian untuk muncul di SuriaFm dah lama aku simpan, semenjak LO sama sama berkarok dengan aku semasa ABP tempohari
Impian tu kini dah jadi kenyataan pun, alhamdulillah dua hari lepas aku dah selesai rakam sesi temubual untuk Juara Carta 30 bersama LO (Linda Onn) dan AN (Adibah Noor) yang akan keudara esok bersamaan hari Sabtu 1 Jun selama 3 jam bermula jam 10 pagi sampai 1 tengahri dan siaran ulangannya pada Ahad jam 4 petang sampai 7 malam. Adibah menggantika Halim Othman yang sedang bercuti selama 2 minggu
Dan apa yang menarik dalam rancangan itu nanti korang akan dapat dengar sesi karaoke live aku bersama Linda Onn, dan juga beberapa persoalan menarik yang diajukan kepada aku oleh 2 ‘wanita panas’di Suria FM ini
..dalam pada itu kalau korang nak tahu si penerbit sebelah Adibah tu dulu masa zaman2 90an ni adalah penari di beberapa program di RTM dulu, so selalu jugak la aku nampak dia ni, masa tu dia baru habis belajar, tup2 tengok sekarang dah jadi penerbit kat SuriaFM, to Zaffrina. Linda dan Adibah thanx for this great experience working with u all
gambar dan video ihsan Suria FM
Share