Monthly Archives: July 2013

Update Terkini Ramalanku Benar Belaka 2013

Alhamdulillah projek ini sudah menghampiri ke penghujungnya, lagu sudah 95% siap tinggal lagi nak tunggu proses mastering selesai insyaallah minggu depan

Dan semalam aku baru je selesai menjalani proses penggambaran muzik video bagi scene outdoor dan insyaallah rakaman akan disambung lagi dalam minggu depan utk beberapa scene indoor pula – (bila da siap semua nnt aku citer dalam satu entry khas mengenai video klip ni)

Manakala dari segi plan promosi pula pihak Neo Record selaku penerbit telah berbincang dengan aku dan insyaallah perancangan tersebut, jikalau kena gayanya akan bikin gegar stesyen2 tv ataupun radio diseluruh Malaysia dengan penampilan baru lagu Ramalanku Benar Belaka 2013

20130726-221946.jpg
Gambar sedutan dari muzik video RBB2013 ehsan Rio Production

Tweet
Share

Sekitar Rakaman Anugerah Melodi Raya

Alhamdulillah rezeki masuk tv lagi tambah dengan siaran tv yg berprofil tinggi seperti Melodi ni sekurang2nya dapat menjadi satu platform untuk aku lebih dikenali – Maklumlah jadi penyanyi ni nak kena ‘jual diri’ lebih sikit kalau tak mana nak datang jobnya kan

Untuk Anugerah Melodi Raya ni aku dijemput bersama Amy Search, Didie Alias, Scha Al Yahya, Tasha Shila dan Liyana Jasmay untuk menyampaikan anugerah bagi kategori Artis Dinamik

Kesuluruhan rancangan ini pasti dapat menyajikan sesuatu yg menarik disamping gosip ianya juga akan diselangselikan dengan persembahan artis secara live antaranya Datuk Siti, Nora, Rem, Man Bai, Liza Hanim dan ramai lagi lah

Jadi pastikan korang terpacak depan tv pada minggu pertama raya ni untuk menyaksikan Anugerah Melodi Raya nnt ok

20130724-205933.jpg

20130724-210055.jpg

20130724-210119.jpg

20130724-210140.jpg

20130724-210224.jpg

20130724-210247.jpg

20130724-210312.jpg

20130724-210339.jpg

Tweet
Share

Iftar Hujung Minggu di Umbai

20130723-104646.jpg

Hujung minggu lepas aku bawa famili pergi iftar jauh dari Lembah Klang, rancangan utk beriftar di Umbai ni sudah lama dirancang malah sebelum puasa lagi sebenarnya, kebetulan kami anak beranak dapat together2 maka aku ON sajer

Medan Ikan Bakar Terapung Umbai menjadi destinasi aku dan famili, salah satu kedai yg kami tuju adalah Gerai No 5 seperti gambar dibawah ini

20130723-095948.jpg

Gerai ni adalah kepunyaan keluarga rakan isteri aku,menyajikan pelbagai jenis hidangan yg terdiri dari ikan bakar dan pelbagai hidangan seafood yg lain

Dari segi rasa aku tabik sebab memang sedap dan menyelerakan dengan harga yang amat berpatutan

Hidangan yg kami jamah pada iftar ketika itu adalah kerapu bakar, udang butter, kepah masam manis, dan sotong butter

Ikan ikan kat sini fresh dan dibakar tanpa sedikit minyak dan dicicah dengan kicap cili pasti terangkat

Lokasi tempat ni lebih kurang 22km dari Tol Ayer Keroh, pakai GPS pasti sampai

20130723-100930.jpg

20130723-104443.jpg

20130723-104546.jpg

20130723-104621.jpg

Kalau teringin datanglah kesini di Gerai No 5 pasti berbaloi

Tweet
Share