5 Tip Nak Berjaya Cara Donald Trump

Korang mesti kenal dgn ikon yg sorang ni kan..kaya raya dan mewah hidup dia ni.Pada asalnya si Donald ni orang biasa2 jer tetapi dia ada strategi dan cara cara atau tips tips yg begitu berkesan dalam memajukan biznes dia.Baru baru ni saya ada ler terbaca mengenai artikel dia ni kat majalahniaga.com yg menceritakan tentang 5 Tip Penting Strategi Jualan Si Donald Trumph

 

Strategi #1 – Sentiasa Muliakan Pelanggan

Sebelum aktiviti pemasaran dibuat, Trump menggesa kita supaya mengenali prospek. Kemudian sentiasa muliakan mereka. Kesannya mereka sanggup mengeluarkan wang dari kocek. Bantu mereka mendapat maklumat tentang produk kita. Sentiasa utamakan prospek walaupun mereka tidak berminat membeli produk kita sekarang. Mungkin suatu hari nanti mereka akan membelinya.

Strategi #2 – Dengar Kata-kata dan Luahan Hati Pelanggan

Kaedah terbaik bagi memastikan kita menjadi pendengar yang berkesan ialah dengan berada dalam situasi mereka.. Melakonlah menjadi pelanggan. Apa perasaan kita jika kita dilayan oleh jurujual yang mukanya garang seperti anjing yang tiga hari tidak makan. Sebagai jurujual, berikan senyuman semanis durian D24 setiap kali kita bertemu pelanggan.

Strategi #3 – Jangan Menjanjikan Perkara yang Terlalu Tinggi

Semasa memujuk, elakkan daripada menjanjikan perkara yang berada di atas langit ketujuh. Aktiviti jualan harus dilakukan di atas bumi. Maka bumikan ia. Mantera yang saya paling suka ialahPromise Low and Deliver High (rendahkan janji, tinggikan pemberian).

Strategi #4 – Elakkan Emosi Terganggu Kerana Pelanggan

Sebagai jurujual, kekalkan emosi dalam suasana terbaik.. Semasa cuba mempengaruhi pelanggan, bezakan antara memberi cadangan dengan memaksa mereka menerima cadangan. Untuk itu, masuk ke dalam mod neutral. Kesannya kita tidak bias dengan cadangan sendiri. Emosi kita tidak akan terjejas akibat karenah pelanggan.

Strategi #5 – Ikhlaskan Niat Menjual Demi Manfaat Pelanggan

Trump menasihatkan kita supaya menyemai rasa cinta yang mendalam terhadap produk kita. Ikhlaskan niat supaya kebaikan produk kita dapat membantu pelanggan mengelak kerugian. Produk kita juga dapat memberi manfaat yang banyak kepada pelanggan.

 

Jadi dengan 5 strategi diharapkan pada sesiapa yg ingin menceburi bidang perniagaan akan lebih terangsang dan bersemangat untuk berjaya


Share

One Response to 5 Tip Nak Berjaya Cara Donald Trump

  1. Terima kasih atas info ni. Memang berminat untuk berniaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge