Backstage

Nama saya Zairulkefli Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella. Berusia lewat 30an dan sudah berkahwin.Mempunyai seorang cahayamata berusia 14 tahun.Saya merupakan seorang penyanyi professional antara dari tahun 1994 hingga tahun 2000. Mungkin anda pernah mendengar nama kumpulan Umbrella yang popular pada era tahun 90 an ke 2000. Sebagai penyanyi kumpulan Umbrella pernah bersama-sama Umbrella menghasilkan 2 buah album. Saya juga mengikuti kursus intensif vokal di Erid Music Academy.

 

Berikut adalah beberapa pencapaian yang telah saya miliki sepanjang penglibatan saya di dalam dunia nyanyian :

  • 1993 - Terpilih ke Asia Bagus 1993 (untuk pengetahuan anda bakat Amy Mastura telah dicungkil melalui program ini)
  • 1994 - Menjadi naib juara pertandingan nyanyian di Klang
  • 1995 - Memenangi lagu terbaik di Pujaan 10 Nescafe
  • 1995 - Mewakili Malaysia di Pesta muzik di Hanoi, Vietnam.
  • 1996 - Layak ke Separuh Akhir Juara Lagu ’96′
  • Berpengalaman menjadi juri di beberapa pertandingan nyanyian/karaoke

Setelah berhenti menyanyi saya bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia bermula tahn 2000 hingga kini..Pada Disember 2010 saya kembali aktif menyanyi bersama sama Umbrella dan telah muncul dengan single terbaru  yg berjudul ‘Sayang Bersebab’ sejak Ogos lalu

Selain menyanyi dan bekerja di MAS saya juga mengusahakan perniagaan di internet di RahsiaVokal.Com dan juga aktif berblog.Blog ni lebih menjuruskan kepada aktiviti harian saya dan juga kehidupan saya yg selalu keluar negara dan post2 saya saya banyak berkisahkan kepada tempat tempat menarik yg saya lawati

 


21 Responses to Backstage

  1. delaila marsha

    eh!!!! abg zarul naper tak der sesapa pun komen kat sini ha????naper abg tak buat come back ngan nyanyi semula lagu2 popular terdahulu than,…masukkan ngan single terbaru sayang bersebab,..kan ker best,…

  2. delaila marsha

    yeayyy,..!!!!! yesszzzz!!!!,….alwayzzzz be no 1,…..nanti jgn luper modified len tau,…bg org len pun sama2 kkomen kat sini,…

  3. SALAM ABG ZARUL SAYA MMG PEMINAT ABG ZARUL DAN UMBRELLA HARAP UMBRELLA DPT REUNION SEMULA DAN KUAR ALBUM BARU

  4. Salam bro…

    Really miss the good old days of the music industry macam dulu…

    Terima kasih follow… sangat2 terharu..!

  5. yeeeeeeeee..betullah awak zarul tue ye?? suke..suke..

  6. ok saya dah masuk dalam blog list..

  7. waaahh zarul.. all the best for u..

  8. bestnya… welcome back abg zarul….. :)

  9. Bestnye bila baca blog abang zarul jalan2 merata dunia…

  10. Pergh.. lain betul rupa dulu ngan skarang..pape hal pun ‘ramalanku benar belaka’ tu memang lagu sepanjang zaman..thumbs up..

  11. u ni ex student Sek Men Tok Janggut Pasir Puteh Kelantan kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge