Perkampungan Ramadhan Bukit Jalil (PRBJ) akan berlangsung pada 20 Julai– 19 Ogos 2012 di perkarangan medan letak kereta A & B Stadium Nasional Bukit Jalil. Perkampungan Ramadan Bukit Jalil adalah merupakan konsep yang julung kali di adakan bagi mewujudkan suasana kampong sebenar dengan landskap seperti Balai Raya, Musolla, Rumah kampong dan pokok-pokok yang akan dihias di Bukit Jalil sempena Ramadan. Ia merupakan daya tarikan untuk menggamit pengunjung hadir ke PRBJ.
Idea ini telah diilhamkan oleh Timeless United Sdn Bhd (TUSB) dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Sebanyak 520 ruang niaga akan di sedikan kepada usahawan yang berminat untuk berniaga. Sebanyak 50 ruang niaga telah diperuntukkan untuk selebriti dan artis. TUSB telah menawarkan peluang niaga kepada Barisan Artis Nasional (BRAN) sebagai rakan usahasama menjayakan PRBJ.

Pengerusi, BRAN Y.Bhg Dato AC Mizal telah pun bersetuju untuk menyertai PRBJ dan ini merupakan projek pertama BRAN sejak ia ditubuhkan. Pelbagai program akan disediakan dan diatur oleh BRAN di sepanjang Ramadan. Artis yang terlibat akan membuat persembahan 2 kali setiap seorang selain itu program seperti berbuka puasa, menganyam ketupat dan mengacau dodol bersama artis.

Pengerusi BRAN, Dato AC dan isteri
Artis juga turut berniaga di ruang selebriti di sepanjang Ramadan. Seramai 30 orang artis yang turut hadir pada sidang media hari ini juga turut setuju dan gembira di atas peluang yang ditawarkan.
Antara artis artis yang terlibat seperti ;-

Maya

Saida

Azza Elite

Watie Elite
Dan juga tak ketinggalan otai2 seperti

Salamiah Hassan

..dan Zur Eda juga bakal menghangatkan PRBJ
Turut hadir pada sidang media adalah Datuk Sri Dr M Kayveas, Presiden PPP sebagai tetamu turut menyokong konsep dan usahasama ini. Beliau juga memberitahu,PPP di Wilayah persekutuan akan mengadakan majlis berbuka puasa di PRBJ sepanjang Ramadan sebagai tanda sokongan kepada program ini. Datuk Zakaria, Pengerusi Eksekutif TUSB, juga menyeru kepada badan-badan korporat atau ahli-ahli politik untuk mengadakan majlis berbuka puasa di PRBJ.

Selain pengisian daripada artis, PRBJ juga turut menyediakan musolla bagi tujuan tarawikh dan sembahyang fardu kepada para pengunjung. PRBJ amat sesuai untuk dikunjungi untuk seisi keluarga.
Selain membeli belah, kemudahan musolla dan berbuka puasa juga disediakan. Selain itu, perlawanan bola sepak diantara Malaysia dan Arsenal dan Manchester City juga akan berlangsung pada 24 July dan 30 July dan dijangkakan 160,000 pengunjung bagi menyaksikan perlawanan tersebut.
Ruang niaga yang ditawarkan telah pun mendapat sambutan daripada para peniaga dan dijangkakan dengan kehadiran artis dan perlawanan bola sepak akan menjadi lebih baik untuk para peniaga meraih pendapatan lebih.
Tawaran niaga khas menggunakan nama artis sebagai papantanda gerai anda kini sedang dibuka untuk tempahan.Konsep ini amat menarik dimana perniagaan anda dibayangi nama artis maknanya artis ibarat duta kepada produk anda selama sebulan. Contohnya jika anda berniaga kek lapis, mungkin nama kedai anda akan jadi seperti ‘Maya Kek Lapis‘ atau ‘Kerongsang Raya Siti Saidah Af’ atau ‘Kedai Songkok Zarul Umbrella‘ etc.

Pelan Lantai PRBJ di Parkir A dan Parkir B Stadium Bukit Jalil
Selain itu juga setiap minggu iaitu pada Sabtu atau Ahad,artis gerai anda akan berada di kedai anda , dimana artis akan sama sama berniaga dan menarik pelanggan kekedai anda.Amacam…? menarik bukan?
Oh ya,segala modal dan keuntungan adalah 100% milik anda.Artis gerai anda akan dibayar oleh pihak pengurusan
Tarikh tutup permohonan pada 8 Julai ini,cepat cepat sebelum 30 tapak kedai kehabisan
Jika berminat dan untuk mendapatkan penerangan lanjut sila hubungi saya dengan meninggalkan nama dan no telefon diruangan komen atau email saya di zarulumbrella@aol.com
Share





supersonic commentator from shakiddo.com
KiD recently posted..Program Affiliate UniFi dari shakiddo.com
mana gambar bro? hehehee
KiD recently posted..Program Affiliate UniFi dari shakiddo.com
masa ni gua kat LA…ni tolong kenkawan promote benda ni..lu ada kenkawan yg berniaga tak?..boleh la rekomen ambik satu gerai heheh
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
okay.. nanti aku tanya member yang biasa niaga bulan posa.. murtabak! murtabak murtabaaakk!!
KiD recently posted..Program Affiliate UniFi dari shakiddo.com
Apa pulak murtabak….Apam Balik lerrrr
JAI recently posted..Fakta-Fakta Menarik dikongsi bersama
hahaah …eden tak do maso dah nak ngacau tepung apam balik ni dah,mano nak torbang lagi mano nak niago,mano nak nyanyi,mano nak update belog..aduiihh
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
Bro Zarul tidak bercadang jual murtabak?
hURMMM…. Kalau MEK NEELOFA ado kawe nak tempoh satu lot deh…. hahahahaha
hazman aka species1980 recently posted..SNOGURT @ Metro Point Complex Kajang
hehehee…nnt kalu dia ada kawe booking dulu lagi..tak kasi chance hahaha
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
Amboi, apa yang dijual tentu laku. Ha..haa…
Okey laaa…. Kalu tok dapak dio … ANZALNA pun kiro jadi laaa… ngeh3x….
hazman aka species1980 recently posted..SNOGURT @ Metro Point Complex Kajang
uuuiiihhh dahsyat taste lu bro…ahahaha
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
Mamat ni memang selera tinggi adeyyyyyy
JAI recently posted..Fakta-Fakta Menarik dikongsi bersama
tu lah…ni pasal pemakanan la ni kot hahaha
Ceh asal boleh tapau. Ha..haa..
abg zarul bukak kedai songkok ye ????? he3
nak kena serbu nie…….
Kompom mahal sewa neh kan?
akuzle ayu recently posted..Kemanusiaan Yang Kian Hilang..
tapi tak de la semahal di Jalan Masjid India yg khabarnya mencecah RM25k satu tapak gerai
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
btui kaa 25k tuh? yg ini 1 angka?
akuzle ayu recently posted..Erm…aaaa..
Wah artis pun boleh tambah duit poket sempena Raya.
akubiomed recently posted..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012
berniaga di bulan ramadhan…. dr dulu duk pk nak jual apa smp skrg pun xde idea lg.. hehehe akhirnya hasrat terkubur jela.. lgpun kerja 8am – 6pm cmne nk meniaga? selamat berniaga kepada peniaga2 yer.. hhehe
Queen Teratai recently posted..Ammar dah tak menangis (^____^)
zarul tak berniaga ke kali ni??hehehe…jauh sangat lak rasa bukit jalil tu
arelan recently posted..tHe DaY FiNaLLy CoMes….
uittt bagusnya, gerai pun depa tanggung, akak tak rajin nak duduk gerai, tapi akan tanya my distributor mana tahu depa nak buat…thanks so much zarul for the info…akak SHARE kat fb yer
sweetkurma recently posted..kepuasan
gerai 10′x10′ tu sewanya peniaga kena tanggung..heheh..cuma artis je dorang tanggung
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
assalamualaikum zarul…wah !!! satu xtvt yang menarik ni tapi sayang la jauh kalau dekat nak juga sewa tapak kat sana boleh berniaga dibulan ramadhan ni..kalau x dpt berniaga pi membeli je la nanti…:)
maszull recently posted..Pesanan Buat Anak-Anakku
wah mesti meriah nanti kan…
senang2 nanti jemput2lah datang
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
ngetop ni ..haish..haha
spudin recently posted..Hadiah Contest SEO Blogger Dan Perempuan Cantik Meningkat !!
wow.. bestnye.. kene pegi ni..
memang menarik ni, good luck utk BRAN. bro plan jual apa, mungkin ada kejutan..
Denaihati recently posted..Hijrah Artis Malaysia
tak de la kot rasa ..saya tak sempat nk prepare ..sbb tahu benda ni dah last minute..mungkin pergi bagi sokongan je kat kenkawan
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
Yang ni kena pergi ni, semua yang best-best ada …
ReM recently posted..ASB limit increases to RM50,000
silakan ..jumpa disana
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
wah menarik juga program yg ditawarkan
Juan recently posted..Cik Ika Yang Pandai Main
jemput2la dtg bro
Zarul Umbrella recently posted..Artis BRAN Berkampung di Bukit Jalil Sempena Ramadhan
wahhh…menarik ni…ada masa nanti boleh la singgah di Bukit Jalil time bulan Ramadhan…:D
Ezad Skytech recently posted..Wordless Wednesday #53 | The Amazing
wow ni dah mcm blog BN ni..hehehe
np bj saida sama cam bj wife ac ?oopsss
faz recently posted..Wordless Wednesday : Madu Tiga
Wah mesti meriah kan… Semuanya artis comel2…

Nurul recently posted..Wordless Wednesday : Phrase For The Day
senang2 datanglah Nurul nnt yer
Zarul Umbrella recently posted..Beca Jepun di Asakusa,Tokyo
… waa.. ini sepatutnya dapat media coverage. Pertama seumpamanya.
iAwani recently posted..iPad Mini Dijual Pada $299
en zarul..
pohon copy & paste gambar dato AC dgn wife beliau ke blog sha ye? hehe
nnt sha kasi kredit

sha recently posted..Manusia, kucing dan kesan sampingan