Artis Malaysia Kaya Ke?

Salam,kali ni post saya agak serius sikit la..sebab Ahad lepas saya ada terbaca dalam Mingguan Malaysia,berkenaan dengan masalah masalah artis artis tanahair.

Seperti biasa kalau masalah artis ni korang mesti da tahu kan..apalagi kalau bukan cetak rompak.Isu ni mmg da gak lapok jika nak dikira2..sejak saya nyanyi lagi isu ni da berkurap dalam industri muzik tanahair

Ramai artis artis kita yg ‘makan hati’ dengan isu ni…persatuan persatuan seperti Papita,Karyawan dan Seniman berapi2 memperjuangkan isu ni yg hasilnye masih sama…tiada tindakan drastik yg diambil

hanya kini jer kita boleh nampak kerajaan mula membuka mata dan meminjamkan telinga untuk mendengar masalah artis ni.

Bayangkan jika 1000 unit  album dicetak rompak artis akan kehilangan RM500-RM1500 royalti yg sepatutnya mereka dapat.Seingat saya jualan album Umbrella Seribu Rahmat dulu mencapai 80,000 unit…kalau termasuk cetak rompak paling kurang kitorang boleh jual 100,000 unit,dari hasil royalti sebanyak 80,000 unit tu kami dapat RM40,000 share 5 orang,tu pun lepas setahun jualan album..

Sekarang ni pulak isu cetak rompak zaman digital..download free..lagi best..kalau dulu atleast org ramai kena keluarkan RM5 utk satu kaset cetak rompak,ttp kini semuanyer percuma..bayangkan berapa banyak download free lagu2 tempatan sehari?berapa bnyk laman2 muaturun haram bersepah di internet..bayangkan kerugian yg ditanggung oleh artis2 kita..Kerja siang dan malam menghasilkan lagu utk hiburan korang..ttp sesen pun korang tak bayar..kalau kat oversea..yg busking tepi jalan tu pun dorang bayar sekupang dua tau..sedih kalau kita fikirkan..Masyarakat sering menyalahkan yg artis kita kurang kualiti..ttp korang fikir tak mana nak datang kualiti jika hasil karya mereka tak memberi pulangan…dorang takkan dapat nk improve pasal da tak de modal utk berkarya..sedangkan untuk menghasilkan karya yg hebat usaha berterusan kena ada..takkan korang aspect hari ni keluar album terus dapat 5 star rated album..mmg ada yg da buat tapi jumlah nyer hanya sedikit.

Amy Search

 Lagi satu jika tiada cetak rompak ni saya rasa ramai da otai2 seperti jamal Abdillah,Amy Serach dll dok boleh hidup senang lenang,makan tak habis sampai anak cucu..tapi apakan daya..Mengikut kata Amy dalam Mingguan Malaysia hari tu belaiu kehilangan RM12juta hasil yg telah dicuri oleh lanun cetak rompak dan download percuma ni

Pengurus Besar Prism,Ong Peng Chu

Isu ni telah dibangkitkan oleh PRISM (iaitu badan yg bertanggungjawab mengira dan mengaudit royalti artis)  kepada kerajaan baru2 ini dan kerajaan telah mengambil tindakan dengan memblock website website laman download.Walaupun ini sedikit sebanyak membantu namun ianya masih ditahap permulaan.

Dek kerana pengharaman laman2 muaturun ni muncullah plak manusia2 yg tak kenal dek untung ..tak puas hati dgn isu ini,hanya sebab da tak le download habis semua website kerajaan nak di hack nyer..konon2 isu download ni adalah human right…what??? Human right amendenyer..korang tu yg patut tanya soalan tu pada korang.Please la weh cukup2lah korang mencuri …kalau harta korang kena curi korang suka ker?..cukup2lah tu

Masalah yg lagi satu ni pun masih tak habis habis…terkejut jugak masa saya baca MM tu hari..kenapa artis kita ni dibayar murah..??Saya masih ingat bayaran yg saya terima RM25 adalah yg paling murah selama saya nyanyi..

Pasal bayaran ni saya harap artis kena bersatu dan buat satu garis panduan..harga mesti kena selaras…tak kira artis popular ke tak,lama ke baru ker mesti ada keseragaman..atleast kalau tak dapat nak seragam pun biarlah jumlahmyer tak jauh beza antara artis

Artis dan masyarakat kena faham…artis adalah satu jenama,bila berjenama maka bayaran pun kenalah berjenama sikit,kekadang tu saya juga kesal dgn sesetengah stesyen tv yg mengeksploit artis..panggil artis utk sesebuah rancangan mereka ttp bayaran hanya cukup utk duit minyak dan tol jer..kalau boleh kasi up lagi sikit..atleast boleh la artist kita buat bayar bil api air dorang bulan tu..

Banyak lagi masalah masalah ni sebenarnyer,tapi cukuplah tu ..kang citer lebih2 kang ibarat membuka pekung didada plak..

Sign Off!!


Share

8 Responses to Artis Malaysia Kaya Ke?

  1. dgr tajuk post kali n pun,..agak,…best,…mana tak nya,…tgk gambar lanun tu pun dah seeerreemmmm gitu,…yer la kan,..issue lanun dah lama dah kita dgr,.tp tiada tindakan yg diambil,..saya ni tak pandai nak komen bab2 lanun ni,..sbb kat rumah saya tak der barangan brand lanun,….apa pun kita sama2 hapuskan cetak rompak,….

  2. emm… shahdu pulak baca kisah artis ni kan.. sian artis tanah air kita.. huhu..
    madammondoq recently posted..Adegan Bollywood Di MelbourneMy Profile

  3. tulh masalah dunie seni kite dr dulu smpi sekarg, xde penghujg.. halal ke duit yg dieorg mkn hasil keje keras org lain.. org lain pent buat keje, org lain yg seronok menikmati hasilnye.. x patot betol.., dieorg x pikir ke kesn dr keje haram yg dieorg buat, hei.. geram pulk.. kesian artis2 kite, tulh periuk nasi dieog.. artis tu termsklh abg & umbrella..

  4. industri kita yg paling teruk skali.. mmg byk tuk lanun yg kaut untung… penat lelah org lain drg yg dpt haisl nya… mmg x ptt ler… sbb tu artis mesia yg btl2 kaya pun bkn sbb berkerjaya sbg artis jer, tp ada side income bisnez yg drg wat tuk masa dpn lah… perancangan awal kata nya…

  5. tu la muat turun dh berleluasa.. manalah artis nak hidup..

  6. Pingback: blog artis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge