
Salam
Kalau ikutkan memang aku tak makan makanan yg over manis macam pop corn ni..tapi disebabkan aku dipaksa oleh awek engineer macam mamat ni (dipaksa tiru pose Fatin Liyana) so makan la sikit

Pop Corn Garret Perisa Almond
Share
Salam
Kalau ikutkan memang aku tak makan makanan yg over manis macam pop corn ni..tapi disebabkan aku dipaksa oleh awek engineer macam mamat ni (dipaksa tiru pose Fatin Liyana) so makan la sikit

Pop Corn Garret Perisa Almond
Share
Pentas Utama di Saloma Bistro KL
Salam
Hari ni aku terpaksa menunda post pasal Singapura utk memberi laluan kepada entry ni
Malam 8 Mei 2012 menjadi titik sejarah dalam hidup aku selama menceburi bidang penulisan blog sejak dari awal tahun lepas
Seperti yg korang dah tahu sejak dari minggu lepas lagi, yg aku telah tercalon seterusnya menang sebagai Malaysia International Celebrity Blog anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia.Syukur alhamdulillah
Semasa menyanyi aku tak pernah menang award ni,setakat tercalon je dalam beberapa anugerah,jadi ini adalah satu kenangan manis dan petanda baik utk aku terus menulis diblog cabuk aku ini
Overall, Gala Awards Night ni memang meriah..penuh dewan! Ramai blogger blogger terkenal yg hadir.Aturcara majlis pun not bad..ada artis artis besar seperti Atilia dan Amanda Imani menghiburkan para jemputan.Emcee pada malam tu pula adalah Datuk Mahathir Lokman…terbaik !sebab dok semeja ngan aku pulak lagi tu kan..
Guest of Honour adalah Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen
Mari sama sama kita tatap momen momen indah yg sempat aku dan cameraman bidan terjun aku snap pada malam tu

Moment Paling Manis-saat menjulang trophy kemenangan


Emcee Datuk Mahadhir dan persembahan Atilia

Senarai nama pemenang

Antara def def kehormat aku pada malam tu

Bergambar kenangan di mala gala bersama Abang Encem, Si ‘ Bujang ‘ Eyriqazz, Datuk Mahadhir Lokman dan Abang Nara

Pemenang Anugerah bersama VIP's

Antara blogger yg bikin gempak kat MITBCA ‘wall of fame’ semalam ..Dari kiri Eyriqazz,Abang Nara,Bro Framestone,me and Jejai
…dan gambar yg paling gempak pada malam tu adalah yg bawah ni
Masing Masing dah tersampok 'kawaii' Fatin Liyana
First time jumpa ngan Sumi Jelly Manis dan Kak Ina,bergambar sebelum memasuki dewan
Oh ya kalau korang nak tgk gambar pemenang pemenang malam tu sila lah masuk blog Kak Ina
Akhir sekali sempat bergambar dengan blogger blogger hebat seperti Emila Yusuf,Ariff Shah,Bella Enveeus dan Kak Ida disamping Abang Ensem ,Kak Ina dan Jejai
Kepada rakan rakan yg telah mengundi serta berpenat lelah meraih undi utk blog ni tempohari aku ucapkan berbanyak terima kasih atas undian korang,aku menghargainya sangat sangat..
Sekian..

Trophy Untuk Semua Readers Zarul Umbrella Dot Com
Share
Salam
Apa yg aku maksudkan dgn tajuk diatas bukanlah mengimport kereta ke Singapura tetapi memandu kereta berdaftar di Malaysia ke Singapura
Sepertimana yg korang tahu yg aku ada show kat Singapura tempohari,so esoknya tu aku dari hotel penginapan aku di JB masuk ke Singapura menggunakan kereta
Ini adalah pertama kali aku bawak masuk kereta ke Singapura,cuak gak ler,tapi disebabkan ada member dari JB yg tolong guide kan aku so aku confident la sikit
Okay,bagaimanakah procedure nya?
Tapi sebelum tu..korang kena ada benda alah ni

GPS kena ada-senang cari jalan
Semasa di check point Immigresen Singapura dapatkan Autopass dari kaunter yg dikhaskan.Utk dapatkan Autopass ni korang kena isi borang dan bayar SD10(SD6 harga kad + SD4 card balance)Utk lebih nilai card sila beli top-up kat mana2 7Eleven di Singapura

Autopass
Secara ringkasnya autopass ni mcm kad Touch n Go kat Malaysia,boleh bayar parking dan bayar cukai jalan(ERP) yg dilalui.Validity kad ni adalah 5 tahun
Oleh kerana aku masuk hari minggu so cukai jalan (ERP) tu free je..aku hanya kena bayar SD6.40 sahaja utk Departure/Arrival(bayar dgn swipe kad ni dekat kaunter immigresen semasa hendak keluar dari Singapura)
Jika korang masuk parking yg pakai autopass ni make sure korang topup dulu yer..kalau nak lebih jimat parking je dekat mana2 parking lot yg hanya bayar per entry..cthnya parking lot belakang Hard Rock Cafe Singapura(hari Sabtu Ahad je)
Hard Rock Cafe Singapore terletak di Orchard Road

HRC parking lot belakang tu hanya SD3 per entry
Maklumat lanjut sila ke Land Transport Authority Singapore
Tips – jika nak memandu kereta anda ke Singapura pastikan masuk hari Sabtu dan Ahad..bebas cukai ERP
SharePosted in lifestyle
Tagged bawa kereta masuk Singapura, melancong ke Singapura, memandu ke Singapura