Bagaimana Nak Jadi Penyanyi?

Saya buat post ni pasal dapat tweet dr rakan saya http://twitter.com/#!/nurinschoco ,yg suruh citer pasal bagaimana nak jadi penyanyi.Actually jika nak banding dgn masa 90an dgn sekarang ada sedikit berbeza la.Kalau dulu nak jadi penyanyi sorang itu kenalah pandai menyanyi,memiliki rupa paras,dan personaliti yg berkarisma.Selain itu mestilah kenal kenal dgn org dalam  industri..Atau mungkin melalui CD demo yg dihantar ke pihak recording company..(tp cara ni tak ramai yg berjaya la..pasal kebanyakan recording company bukannya dengar pun huhu..)

Pendek kata masa zaman saya tu,nak jadi penyanyi ni ikut nasib dan rezeki jugak lah.Macam saya pun kebetulan masuk pertandingan nyanyian(minus one..karaoke belum ujud lagi masa tu)..Saari Amri ada hadir sebagai juri..dr situlah saya diambil jadi penyanyi..kemudian melalui ahli kumpulan Ukays..Saari diperkenalkan kepada Isnin dan Saiful dr Umbrella yg kemudiannya memperkenalkan Rizal dan Hafiz Umbrella,maka terbentuklah Umbrella.kalau kita tengok dr situ..mmg ikut nasiblah ..kalau kenal org dalam lagi tinggi la peluang.

Namun sekarang saya kira peluang lebih besar sebab ramai artis2 sekarang bermula dan dicungkil melalui realiti TV,AF,Mentor,Bintang RTM,Gangstarz,LG Superstar,Idola Kecil dan yg terbaru Kilauan Emas.

Dari pemerhatian saya peluang utk menjadi penyanyi akan terbuka luas jika seseorang tu berjaya menjadi juara atau pun tempat kedua dan ketiga,sebab pihak pengurusan akan sell yg Juara jer dulu..Pun begitu jika anda tak sampai final pun its okay janji korang da duit dalam RM10k kira da cukup untuk menjadikan diri korang sebagai seorang penyanyi,kalau famili korang ada berduit(macam Aizat tu) boleh la henjut buat album terus..kos nyer lebih kurang 30k-100k jer..

Jika korang da ada cukup duit korang boleh la contact sesapa dalam industri yg korang kenal melalui Twitter atau Facebook ker ..tanya direct je ngan dorang pasal nak buat album..

Ok tu jelah serba ringkas mengenai topik kali ni..

Sign Off!!


Share

7 Responses to Bagaimana Nak Jadi Penyanyi?

  1. ya betul tu abg zarul,…dulu lain,..sekarang lain,..tp artis dulu,..ada la jugak 2-3 album,..tu pun sbb ada lanun,..klu tak,.mau 9-10 album,…artis sekarang,..1 album jer,…pas tu senyap,…tak semua juara program realiti yg blh menyanyi,..yg tak juara pun blh nyanyi,..salah seorangnya Bob AF2,….suka sgt suara Bob,…mesrraaaaa!!!!!

  2. artis dulu 1 albul lagu bole layan, tp artis skarang ada 1 jer single trus ilang.. artis dl sgt berjg2 ttg kontroversi tp artis skarang byk suka wt kontroversi tuk dptkan perhatian huhuhu… dl bakat2 yg di cungkil dr program Bintang RTM (yg ada masa tu pun dl hnya yg ni jer lah kn) artis2 kelahiran dr program tu mmg btl2 superb dan tahan smp skarang… tp artis2 skarang yg kluar dr mcm2 realiti tv 2 album pun x tentu lg kluar, apa tah lg bertahan…

  3. Teringin sangat nak jadi penyanyi tp memandangkan sy dah ada kerjaya tetap….Macam mana pula ya…

  4. kene manyak wet.. kalau betul2 ada bnakat lehla dpt pulangan cam aizat.. satu pertaruhan berani.. tp kalau biasa2 je mmg susah lakulah.. hiuu.. kene ada identiti unik and best

  5. salam zarul..saya seorang pelajar perubatan dr univrsti tempatan..saya sgt minat dlm bidang nyanyian dn sgt teringin utk buat psmbahan d pntas2 besar spt AJL dan lain2..saya teringin utk ade lagu sdr..tp saya merupakan plajar perubatan dn ramai yg ckp yg nie sume x akan boley berlaku sbb kerjaya seorg doktor sgt berbeza dgn seorg penyanyi..saya nak mnjadi kedua2nya tetapi ssah bg saya untk mnyertai pertndingan realiti tv kerana sdah tntu pihak fkulti x mmbenarkan utk saya menangguhkan pengajian..ada x apa2 cara lagi yg boleh saya cuba? tq..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge