Bawa Kereta Masuk Singapura

Salam

Apa yg aku maksudkan dgn tajuk diatas bukanlah mengimport kereta ke Singapura tetapi memandu kereta berdaftar di Malaysia ke Singapura

Sepertimana yg korang tahu yg aku ada show kat Singapura tempohari,so esoknya tu aku dari hotel penginapan aku di JB masuk ke Singapura menggunakan kereta

Ini adalah pertama kali aku bawak masuk kereta ke Singapura,cuak gak ler,tapi disebabkan ada member dari JB yg tolong guide kan aku so aku confident la sikit

Okay,bagaimanakah procedure nya?

Tapi sebelum tu..korang kena ada benda alah ni

GPS kena ada-senang cari jalan

Semasa di check point Immigresen Singapura dapatkan Autopass dari kaunter yg dikhaskan.Utk dapatkan Autopass ni korang kena isi borang dan bayar SD10(SD6 harga kad + SD4 card balance)Utk lebih nilai card sila beli top-up kat mana2 7Eleven di Singapura

Autopass

Secara ringkasnya autopass ni mcm kad Touch n Go kat Malaysia,boleh bayar parking dan  bayar cukai jalan(ERP) yg dilalui.Validity kad ni adalah 5 tahun

Oleh kerana aku masuk hari minggu so cukai jalan (ERP) tu free je..aku hanya  kena bayar SD6.40 sahaja utk Departure/Arrival(bayar dgn swipe kad ni dekat kaunter immigresen semasa hendak  keluar dari Singapura)

Jika korang masuk parking yg pakai autopass ni make sure korang topup dulu yer..kalau nak lebih jimat parking je dekat mana2 parking lot yg hanya bayar per entry..cthnya parking lot belakang Hard Rock Cafe Singapura(hari Sabtu Ahad je)

Hard Rock Cafe Singapore terletak di Orchard Road

HRC parking lot belakang tu hanya SD3 per entry

Maklumat lanjut sila ke Land Transport Authority Singapore 

Tips – jika nak memandu kereta anda ke Singapura pastikan masuk hari Sabtu dan Ahad..bebas cukai ERP


Share

49 Responses to Bawa Kereta Masuk Singapura

  1. info yang membantu…

  2. GPS ni kadang Guna Pun Sesat..heheee

  3. tq bro sangat membantu.. memang rancang nak drive sendiri ke Singapura hujung tahun ni.. :-)

  4. assalamualaikum zarul….wah baru tahu ni bagus dapat info macam ni….senang nak masuk Singapore nanti…:)

  5. Bro dorang nak geran tak?kalau pi siam dorang nak geran kan?
    azmanisma recently posted..Lelaki Kacak Sering Di CemburuiMy Profile

  6. Thanks bro.. Insyaallah bulan dpn sy nak ke singapura dan bawa kereta. Tips ni sangat berguna bagi saya.
    Zaid recently posted..Ini Malaysia OKMy Profile

  7. oh ingat kan leh masuk je sesuka hati.rupanya kena ada pass cmtu ke….

  8. eh gambar yg hard roc cafe tu mcm dekat genting je

  9. baru tahu…. thanks for the info bang…. lepas nie kalau kesana senang ler sikit….

  10. Hurmmm….tips nak jimat pegi singapore…. – ” TUMPANG a.k.a CAR POOL bro Zarul dalam perjalanan ” …. hheheheheehe
    hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD ( DUA BIJIK APAM BALIK ZARUL UMBRELLA )My Profile

  11. delaila marsha

    baru plan nak g singapore,…nasib ade ‘tourist guide’ kat blog ni,..thanks,…

  12. syaifullah

    tq for short info yang berguna. Bini dah lama ajar ke Singapore melawat nenk saudara nya tapi tak ada confident nak drive ke sana. Bro pakai GPS apa yek? software update tak? risau salah jalan jek. Kira kalau nk ke hard rock singapore tu type jek hard rock singapore ke? sorry lah bnyk nooo soalan bodohnya.

  13. owhh sangat berguna info ini..tq!

  14. Boleh dijadikan panduan jika membawa kereta masuk ke Singapura nanti. Terima kasih bro berkongsi info. Kalau tidak ada GPS susah juga hendak memandu di Singapura.
    akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan AprilMy Profile

  15. Abg Zarul, biasanya kakitangan VEP akan memeriksa road tax kereta kita dan juga insuran. Mungkin semasa Abg masuk ke sana mereka sekadar memeriksa road tax sahaja tetapi untuk memastikan kemasukan ke Singapura lebih lancar dan selamat, bawalah bersama salinan insuran kenderaan yang dibawa.. :)

  16. info yang berguna, boleh dijadikan panduan ni
    Shahrul recently posted..Pengharaman Perhimpunan Bersih 3.0My Profile

  17. Kalau tak ditemani org yg biasa masuk singapura, saya pun tak berani nak masuk sana walaupun ada gps. Naik bas atau teksi pun belum tahu berani ke tak
    Norasikin recently posted..Resepi Sambal Tumis Ikan BilisMy Profile

  18. bestnya ..saya belum lagi ke singapura.. bilala agaknya nak ke sana..
    Azydy recently posted..Bagaimana cara nak bebas dari hutangMy Profile

  19. Dah lama tak pergi Singapore..teringinlah pulak nak pergi bila baca entri ni..huhu

  20. info yg sgt berguna…GPS tu mmg membantu..yela..kita pun tak berapa familiar sgt dgn tempat tu kan..tu la gunanya GPS…hee..

  21. teringin gak nak drive masuk singapore ni.. lgipun sedara rami giler kat JB tu..
    madammondoq recently posted..SLOANE CLINIC : Kat Sini Rupanya Nak Buat BotoxMy Profile

  22. Dulu masa belajar kat JB.. pernah nak masuk singapore.. Tapi family tak bagi plak.. Almaklumlah semuanya budak2 lagi time tu.. Tapi budak2 muda sekarang berani..

  23. pernah sekali naik keta abang ipar msk ke singapura..gi sendiri tak pernah lagi

  24. Yes…info yg sgt2 membantu.
    tahniah ye baru2 winner MITB :)
    juanita recently posted..Mother’s Day & Father’s Day Look A LikeMy Profile

  25. ada sedikit pembetulan …utk makluman ERP (Electronic Road Pricing) tu bukannya cukai jalan tapi ianya adalah tol….Kadar bayaran utk tol ni dikenakan mengikut masa bila kita nak masuk kekawasan bandar shj…tq

  26. kalau sy nk bwak rombongan satu bas, untuk lawatan sehari ke singapura, brape kos kena bayar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge