BRAN Bantu Promosi Pelancongan Perak

 Salam

Barisan Artis Nasional atau singkatannya BRAN telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Datuk AC Mizal dan telah dilancarkan secara rasminya pada 20 April yg lepas di Ipoh

Objektif penubuhan BRAN adalah bagi membantu meningkatkan promosi pelancongan di negeri Perak..seperti yg kita tahu artis dan selebriti mempunyai pengaruh yg tersendiri terhadap masyarakat.Dengan menggunakan pendekatan ini artis dan kerajaan negeri Perak sama2 beroleh keuntungan

Antara artis artis yg menyertai BRAN-gambar ihsan mstar Online

Banyak program2 telah dan bakal diatur bagi menyemarakkan lagi promosi pelancongan negeri Perak ke seluruh negara,dan dari program2 ni nanti artis artis dari BRAN akan dipanggil bagi memeriahkan acara..so ahli ahli BRAN dapatlah job..

So aku dah join BRAN,diharapkan adalah job utk aku ni nanti hehehe..Oh ya disamping tu juga suka utk aku nyatakan disini yg bahawasanya negeri Perak ni memang mempunyai tempat2 pelancongan  yg menarik..tak sabar rasanya utk sertai program BRAN ni  nanti dapat melancong sekali dan cerita kat blog buruk aku

Kepada YB Datuk AC,diharapkan BRAN akan mencapai matlamat yg diharapkan dan kepada artis2 yg terlibat diharapkan dapat memberi komitmen dalam mencapai sasaran yg diharapkan.Insya’Allah


Share

20 Responses to BRAN Bantu Promosi Pelancongan Perak

  1. chaiyok bro..lebly sokong abg dr blkg..

  2. Salam,

    Bestnya lepas ni boleh update kat blog, perak memang banyak tempat menarik cuma sayangnya belum berkesempatan untuk cuti2 Malaysia di Negeri Perak, pernah pergi kenduri kahwin je beberapa kali di sana, lepas tu singgah kejap menara condong, tu je hehee, next time kena terokai keindahan Negeri Perak pulak ler :D
    yanmie recently posted..Bihun Tomyam Thai Dan Nasi KuningMy Profile

  3. mana abg zarul?hehe

  4. Wah tanniah kepada bro. Lepas ini lebih banyak jalan dan peluang dibuka untuk bro aktif semula menyanyi.
    akubiomed recently posted..Tutorial kod trademark Fatin LiyanaMy Profile

  5. Hard working dato ac mizal nie. Abg zarul mmg byk benda menarik kat perak nie kan.
    pondok putih recently posted..Siapa NieMy Profile

  6. Idea bijak la sebab jadikan BRAN tu sebagai platform untuk market artis… same goes to blogger… kalau kita ada NETWORK atau komuniti yang kuat pasti boleh digunakan untuk deal dengan advertiser mahupun future client… p/s : Bro… cepat2x la tempah business/name card yea….
    hazman aka species1980 recently posted..SATAY KING tajaan MATJOE.COM memang LAZAT !!!!My Profile

  7. eloklah bila ada lebih byk komuniti utk golongan artis……

    :)

  8. Pernah dengar tentang ni.. Ramai tu artis yang join..

  9. Kalau camni ada can la lu buat konsert kat Dataran Menara Condong Teluk Intan dan boleh la gua bawak lu layan Nasi Kandar Gulam Rasul dan Mee Rebus/Rojak Mastan Ghani. Terbaek seyh..
    abangensem recently posted..2 Acara, Khalayak Berbeza (Bahagian 2)My Profile

  10. Jangan lupa ada ruang ajak dua tiga orang blogger sekali kasik cover event..hehe

  11. remy sebagai anak jati perak…. amat2 berbangga…….

  12. Saya suka taiping..bandar kecil yg tenang,org kat sana pun bawak keta rilek jer….taman tasik tepen mmg cantik.
    azman recently posted..Lelaki Kacak DietMy Profile

  13. Dato AC Mizal

    Insyaallah bro,selamat datang ke Barisan Artis Nasional!hidup BRAN n tq kpd semua yg menyokong!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge