Category Archives: Album Pilihan

Review Album – Terukir Di Bintang by Yuna Zarai

Salam, agak lama tak buat review pasal abum artis local..bukan apa..local music sekarang hanya nama2 besar je yg mampu buat album sbb pasaran yg agak lembap

Ok kita toksah citer pasal tu,kita nak citer pasal album Yuna Zarai yg baru ni yg berjudul Terukir Di Bintang

Album ni dah ada di pasaran almost a month dah kot dan aku dah hampir 2 minggu dok layan hari2..sampai aku da naik muak then baru aku buat review ni

Album ni mmg hasil buah tangan Yuna sendiri kebanyakan ditulis oleh Yuna dan diterbit oleh AG Coco

Antara lagu yg terkandung dalam "Terukir Di Bintang"

Aku tak nak ulas saper buat lagu saper arrnge muzik sbb tu bg aku takpenting utk korang tahu…yg korang nak tahu adakah album ni berbaloi utk dibeli atau tidak bukan

Ok 1st of all kalau korang minat Yuna dgn dia nyer muzik  korang boleh beli sbb Yuna masih dgn konsep lagu2 dia yg sebelum ni cuma ada sedikit keunikan dalam beberapa lagu seperti Terukir di Bintang dan  lagu duet beliau bersama ‘balak’ dia  si Qi tu dalam lagu KL Kita

Jika korang jenis yg suka dgr pelbagai genre muzik dan boleh layan muzik yg ala ala sopan dan manja2 boleh la beli..sbb sesuai dgr bila korang nak relax2 masa rehat lepas kerja atau tgh stress

Artwork Cover Album Yg Menarik

Pada aku album ni tiada beza sgt dr album2 beliau sebelum2 ni..cuma kali ni dia lebih bnyk letak lagu inggeris ..cuma ada 2 lagu melayu iaitu Terukir Bintang dan KL Kita lagi 6 lagu adalah dalam bahasa Inggeris

Cuma aku pelik kenapa tajuk album bahasa melayu iaitu Terukir di Bintang tetapi mengandungi banyak lagu Inggeris..just curious..nape ek?

Ok overall aku bagi 3 bintang dari 5 bintang..

Sekian terima kasih

p/s jgn lupa tgk Melodi hari ini (jika korang baca entry ni sebelum 1230 tgh 11 Mac) ada gossip Yuna bercinta dengan artis 90an.jeng jeng jeng


Share

Gossip Aku Dan Tiz Zaqyah Dalam Utusan Borneo Hari ni

Salam,sebenarnya aku tak sangka dalam ramai2 readers blog ni terselit seorang wartawan dari Utusan Borneo rupanyer..Beliau terpanggil utk membuat artikel pasal Umbrella apabila aku melaungkan pertolongan aku kepada readers aku utk share lagu baru yg dah nak bersawang tu – Sayang Bersebab”

Berikut adalah keratan yg dimaksudkan-ada kisah Tiz Zaqyah dan Anuar Zain juga

Kepada Jess Jaafar..aku ucapkan jutaan terima kasih atas artikel ini…kepada korang yg ada kat Borneo sila la rajin2kan diri korang utk dapatkan akhbar ini hari ni..

Baca artikel ni dalam.pdf


Share

Rihanna – Talk That Talk

Album terbaru Rihanna yg berudul “Talk That Talk” adalah album ke-6 dalam masa tujuh tahun pembabitan beliau dalam nyanyian antarbangsa

Album ni banyak menerapkan unsur unsur techno yg semakin ‘in’ pada masa sekarang ni stelah kejayaan LMFAO membawa rentak sedemikian

Antara lagu2 yg berunsurkan techno dalam album ni adalah You Da One,Where Have You Been dan We Found Love feat. Calvin Harris

Selain dari lagu2 tersebut selebihnya adalah repetition lagu2 dari album2 yg sebelumnya,seperti lagu ‘Talk That Talk’ feat Jay Z,We All Want Love,Roc Me Out,Farewell dan Fool In Love

Manakala lagu Do Ya Thang pula kedengaran hampir sama dengan lagu hit beliau sebelum ini iaitu Umbrella terutama bunyi beat drum

Secara keseluruhan aku suka dengan album ni..Rihanna masih kekal dengan identiti beliau sebelum ni dan menampilkan sedikit perubahan terutama dgn mood techno yg bakal hit “We Found Love”

4 bintang dari 5 bintang


Share

Innocent Soul of Najwa

Salam semua,hari ni aku nak citer pasal album yg baru aku beli 2 hari lepas iaitu album Innocent Soul dari Najwa.

Korang mesti da tgk persembahan beliau dalam AIM 18 yg lepas kan..dan ada yg da kenal dgn Najwa melalui lagu Senyum berkolaborasi dgn Malique Too Phat

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri,berusia 25 tahun ini merupakan penerbit,penulis lirik dan penulis utk semua lagu2 dalam album ini dibawah produksi Nada Biru Muzik Sdn Bhd

Album berkonsepkan neo-soul ini mengandungi 10 buah lagu dan kebanyakannya di rakamkan di Malaysia dan juga Indonesia dengan bantuan penerbit Widi Puradiredja dari band Maliq d’Essential

Secara peribadi,bila pertama kali mendengar keseluruhan lagu2 dalam album ni,mengingatkan aku dengan penyanyi2 neo soul seperti Erykah Badu dan Lauryn Hill.Vokal Najwa pun bagus dan sesuai dgn lagu dan genre yg dibawa

Album ni pada aku,mmg hebat utk pendengar2 muzik Soul dan R&B dan pada korang2 yg da biasa dgn lagu2 pop mmg agak susah nak terima muzik mcm ni

Tapi kalau korang buka minda korang…boleh layan jugak la muzik2 yg mcm ni..setengah berpendapat muzik ni hanya sesuai utk org2 kaya jer..tapi pada aku,music is universal..tak de nak pilih2 kasih nyer

Antara lagu2 yg aku suka dalam album ini..Got To Go,Sweet October,Go ‘Head,Jealousy,Aint That Shame dan Your Love ’05

Sebagai penutup,aku bagi 3 setengah bintang utk album ni dan aku rekomen hanya kepada hardcore soul listener sahaja dan kepada korang yg nak dengar sesuatu yg berbeza dari artis lain di Malaysia,korang boleh la dapatkan album ni


Share

Anuar Zain 2011 – Review

Sebenarnya hampir setahun jugak menunggu album ni..seingat saya ianya akan di pasarkan pada raya tahun lepas tup2 raya tahun ni baru keluar.

Apa yg boleh saya katakan album ni adalah album yg betul2 membentuk identiti Anuar Zain(AZ),hampir semua lapan lagu adalah lagu ballad..dan AZ kali ni agak menonjolkan kehebatan dari segi vokalnya

Muzik dalam album ini telah dihasilkan oleh Andi Rianto,Irwan Simanjuntak dan Tohpati dari Indonesia..kalau korang perasan Irwan Simanjuntak tu juga pernah terlibat dalam album 3 Suara Ning,Jac dan Shila Amzah

Secara peribadi saya agak ralat pasal semua lagu slow dimuatkan dalam album AZ kali ni..saya kepingin jugak nak dengar lagu2 rancak ala2 lagu Permata dan Kau Bunga Cintaku dalam album yg lepas tu

Kalau korang beli CD ni korang mungkin hampa jika korang hanya dengar sekali dua je semua lagu2 dalam ni..tapi jika korang layan berterusan saya kira ianya mmg berbaloi dibeli

Muzik dalam album ni mmg mengagumkan saya.Tahniah AZ

Selain Ku Berjanji Karna Cinta ada 3-4 lagu yg best seperti Ajari Ku,Nadi Terhenti,Sempurnakan Aku dan Cinta Harus Memiliki

3 1/2 bintang dari 5 bintang untuk album ini..


Share