Category Archives: lifestyle

Rezeki dikongsi bersama

Terima kasih Dato AC dan Datin Emylia

20120517-203234.jpg


Share

Makanan Segera di 7 Eleven Singapura

Salam

Kalau korang ke Singapura dan nak cepat kesana sini naik MRT dan tak berkesempatan utk mengisi perut yg lapar macam aku hari tu..so pilihan yg ada dan senang adalah beli makanan di 7E sahaja

Gambar- ini lah makanan yg sempat aku grab fr me and my wife,burger dgn nasi goreng..

Makananan2 tu boleh self heated kat microwave yg disediakan kasi panas

Dan yg penting it is HALAL…dari segi rasa not bad lah,buat lapik perut je especially bagi pelancong yg kesuntukan masa mcm aku tu hari hehehe


Share

Keenakan Siput Sedut di Restoran Sri TTDI,Shah Alam

Salam

Kali ni topik yg digemari ramai…MAKAN MAKAN…

Restoran Sri TTDI ni telah aku kunjungi sejak dari 2004 lagi, diperkenalkan oleh kawan aku  yg dok  di Shah Alam.Tokey dan tukang masak adalah org Kelate

Menghidangkan pelbagai jenis lauk utk makan tengahari dan seafood di waktu malam.

Restoran terletak di Jalan Saujana Indah 3 Jalan Seksyen U1 TTDI Shah Alam berhampiran dgn Politeknik Shah Alam

Hidangan tengahari bermula seawal 11.30 pagi dan kebiasaannya org dah penuh menunggu lauk2 dihidangkan.Kalau korang datang lewat pukul 2,maka korang akan makan sisa je lah nnt.

Beratur nak makan

Antara Lauk Pauk Yang dihidangkan

Lauk pauk kat sini kallau ikutkan mmg tak terpilih ..semua kalau boleh gua nak makan

Eh baru gua perasan-brader baju petak ada dalam ketiga2 gambar diatas-selamat menjamu selera bro

Ini gua punya,telor dadar,daging goreng kunyit dan sayur campur

Ini lah siput sedut masak lemak yg menjadi kegilaan pengunjung2 disini..gua kalau masuk sini tengok siput sedut dah habis,time tu jugak rasa mcm nak nanges!!

Tuan2/Puan..saya dgn ini amat2 mengesyorkan anda cuba lah siput sedut ni,ramai dah org yg gua rekomen,semuanya call balik cakap siput ni mmg TERBAEK…kuah pekat,dan siput nyer juga dibersihkan dgn elok dan takde bau2 lumpur

Tak sah kalau tak de sambal,ulam ulaman dan budu

Dah habis nasi minum pulak air kopi tarik ni..pergghhh memang terangkat wa cakap lu

Tauke Kedai

 

Okay sekian utk tengahari ni dan gua harap korang akan terasa lapar lepas membaca entry tengahari Khamis gua ni

 

Peace!


Share

Kembara MRT di Singapura

Salam

Sehari selepas showcase di Singapura,aku dan isteri serta rakan beliau telah mengambil kesempatan utk bersiar2 di Singapore

Pada mulanya kami ingat nak menaiki bas dari JB ke sana namun plan tu terpaksa dibatalkan sebab tiket bas sudah kehabisan untuk perjalanan hari itu.Jadi,kami terpaksa menukar ke plan B which i think is a bit scarymasuk Singapore naik kereta sendiri.Namun setelah di convience kan oleh si Fatin iaitu rakan kepada isteri aku,maka persetujuan telah dicapai dan kami masuk membawa kereta ke Singapore

Setelah mengharungi perjalanan selama lebih kurang 1 jam dari JB via Tuas (pintu masuk kedua ke Singapore) maka kami pun sampai la ke Orchard Road.Kereta, kami parkir di bangunan bersebelahan dengan restoran Hard Rock Cafe,Singapore

Di Orchard Road aku kagum dgn pembangunan yg di capai oleh negara ni..kali terakhir aku di sini adalah dalam tahun 2003..banyak kelihatan bangunan2 serta shopping complex yg baru

Berikut adalah gambar bangunan2 sekitar Orchard Road

ION-berhampiran MRT Orchard Station

Selepas itu aku ambil MRT dari Orchard Road untuk ke Sentosa Island – untuk makluman korang stesyen MRT Orchard ni adalah bersebelahan dengan bangunan ION ni

Untuk memudahkan korang naik MRT ni sila rujuk papantanda ni..system yg digunapakai adalah lebih kurang sama dgn sistem LRT/Komuter di Malaysia

Enjoy the ride

Untuk ke Sentosa Island ni aku kena amik  tren dan transit di Dhoby Exchange sebelum ambil lagi satu tren untuk ke Sentosa Island,harga tiket SD2.70(deposit SD1 boleh ambik balik masa korang nak keluar dari stesyen)

Sentiasalah peka dgn papan tanda sebegini..kalau tidak korang boleh lost

This is Fatin,our tourist guide on that day - seorang jurutera di Iskandar Johor

Okay bila da sampai di Sentosa jangan lupa pulangkan semula tiket MRT korang claim balik SD1

MRT Ticket

Kat stesyen Sentosa ni ada satu macam shopping area yg dipanggil Vivo City..menarik jugak tempat ni..jom layan gambar yg aku snap

Dikawasan luar Vivo City

Ciri ciri senibina yg istimewa di sini

Sempat posing berlatarbelakang "Titanic" kat belakang tu

Satu kali pose lagi hehehe

Gambar berhadapan dgn station Sentosa

So sekarang dari ViVo City ni aku amik satu train lagi utk ke Sentosa Island

Harga tiket SD3 bagi perjalanan pergi balik

Tiket yg berharga SD3-yg ni tak le claim

Ikuti pengembaraan aku ke Sentosa Island pada lain hari…

p/s maaf,tak le nak teruskan pasal panjang lagi perjalanan ni..


Share

Murtabak Singapura

Salam.

Baru baru ni aku ada post pasal sup tulang merah kat Singapore,dan kali ni Murtabak Singapura pulak…salah satu makanan yg menjadi pilihan warganegara Malaysia setiap kali ke sini

Rasanya pula menurut rakan aku dari JB yg makan ni(aku tak makan sbb kekenyangan makan sup tulang merah)memang sedap..dia atleast sebulan sekali mesti turun Singapore pekena murtabak ni

p/s saiznya pula besar dalam 2 tapak tangan org pompuan

p/s/s jap lagi post pasal pengembaraan di Singapura..fuhh panjang nak menaip jap lagi ni


Share