Dubai Creek

Alamak sorry la guys,aku nyer entry Dubai belum habis habis lagi ni..ni yg last da ni,lepas ni da tak de,lepas ni destinasi seterusnya insyaallah New Delhi pulak,pasal dalam awal bulan depan  aku akan ke sana..huhuhu

Okay dan baiklah,entry kali ni nak citer pasal Dubai Creek ni,tempat ni kira macam terusan atau sungai air masin,yg merupakan pusat perdagangan diwaktu dahulu kala yg diselenggarakan oleh kaum keluarga Sheikh Al Maktoum pemerintah UAE sampai kini

Sekarang ni,tempat ni masih lagi menjadi pusat tumpuan peniaga peniaga kecil menghantar barang2 dagangan selain menjadi pusat pelancongan yg unik di Dubai.

Apa yg aku maksudkan dgn unik ni adalah disini disediakan perkhidmatan restoran dhow atau bot yg cantik untuk dinner sambil menikmati pemandangan sekitar Dubai Creek ni

Dhow2 disini semuanya dihias indah dengan lampu2 yg berwarna warni,selain itu juga korang juga boleh naik dhow ni tanpa menikmati hidangan,cukup sekadar menelusuri(betul ke tak ayat aku tu) Dubai Creek yg cantik dikala mentari mula terbenam,bayaran yg dikenakan hanyalah Dhs45 atau lebih kurang RM30 jer

Jom ikuti pengalaman aku menaiki dhow di Dubai Creek

suasana dalam dhow yg aku naik

kami mula start boarding dalam pkl 5.30ptg..masa ni belum gerak lagi

 all onboard and we were start cruising

pemandangan waktu senja nun diseberang sana yg dipanggil Diera Side,tempat aku naik dhow tu disebelah Bur Dubai Side

salah sebuah bot atau dhowry yg menyediakan perkhidmatan cruising sekali dgn dinner

kalau korang perhatikan kelihatan bot2 pedagang yg memunggah hasil perniagaan mereka,dari mana dan ke mana brg2 ni dihantar? ..wo pu che tau!

selain tu jugak ada perkhidmatan bot penumpang yg menghantar public dr seberang Bur Dubai ke  seberang Diera vice versa

yg ni pula salah sebuah masjid berhampiran Dubai Creek ni

gambar ni diambil dari dek tinjau bot yg aku naik,,betul2 atas muncung bot

ini lah yg aku maksudkan dengan bot2 yg berwarna warni ni tadi..

sebelum menamatkan cruising selama sejam tu sempatlah snap view waktu malam bandaraya Dubai diseberang sana

So overall satu pengalaman yg baru bg aku menaiki dhow ni..dan aku cukup senang utk rekomen kat korang jika korang sampai ke sini..kalau dapat dinner sekali atas dhow tu lagi best


Share

9 Responses to Dubai Creek

  1. bestnya,….ala2 cam kat putrajaya tu la kan,…nice view,…

  2. Wah geren banget Abg Zarul….
    Bertambah berkobar aku nak ke sana….
    Nov ni aku migrate ke sana,dapat peluang bekeja disana….
    Thanks for sharing abg Zarul….

  3. cantiknya Dubai!!! teringin nak naik dhow tu..

  4. ade rezeki teringin aku nak g sane.. building smua cun2 blaka..

  5. wahhhh cantik nye >_< nak naik dhow!
    faz recently posted..Makan @ Marrybrown, Genting HighlandMy Profile

  6. assalamualaikum zarul….seronoknya dapat jenjalan kat Dubai tu teringin rasanya nak pi sana…pemandangan nyer yg menarik cukup menambat hati sesiapa yang ingin ke Dubai…:)

    kalau dpt pi Dubai teringin nak bersantap di atas dhow di Dubai Creek ni…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge