GX4 Gabungan Boy Band 90an

Salam,semalam aku ada citer pasal perbualan telefon aku dgn Jeff A to Z atas satu urusan

Dan hari ni aku akan jelaskan..sepertimana tajuk,mungkin korang dah tahu atau mungkin juga masih samar2 dan ada yg tak tahu menahu langsung mengenai GX4  ni

Ok GX4 adalah gabungan boy band2 90an yg terdiri darpd kumpulan A to Z,Nico,Kool dan Shades.Penggemar 90an pasti kenal dgn ahli2 kumpulan ni seperti Riot,Affa,Lan,Jeff,Hairee,Nico,Dino,Izee dan lain2

Penggabungan ini merupakan satu project yg telah  lama diilhamkan oleh Riot dari kumpulan Kool,penampilan mereka bersama ini telah menampilkan 2 single terbaru iaitu Intergriti dan Kerana Kasihmu yg kini sedang rancak diputarkan dicorong2 radio

Menariknya, gabungan mereka bukan hanya pada satu genre, malah semua genre asal setiap kumpulan ketika awal kemunculan tetap dikekalkan. Pasti ada yang ingat pada genre pop RnB oleh Shades, Rap Gangsta oleh Nico, Etnik Pop Fusion oleh AtoZ dan Dance Pop oleh Kool.

Pada peringkat awal, GX4 dalam perancangan menghasilkan video klip untuk lagu Integriti dan Kerana Kasihmu. Kemudian, pada bulan ini, mereka juga akan muncul untuk konsert di KL Life Centre.

Kepada GX4 yg merupakan sahabat2 lama aku tu semuanyer(tercalon dalam satu kategori kumpulan baru terbaik AIM 1996 bersama Umbrella,iaitu Kool,A to Z dan Shades)-all the best dan semoga terus suksess…Insyaallah kita jumpa lagi dalam satu show mcm dolu dolu

Jom Layan  video the making Kerana kasihmu


Share

16 thoughts on “GX4 Gabungan Boy Band 90an

  1. Kam

    Best lagu ni.. Mula2 sy ingat sapelah nk copy suara hairie kool ni.. Rupe2nye mmg diorg yg nyanyi.. Ngeee.. Suka2.. Fav grup zmn dulu..

    Reply
    1. JAI

      Gua rasa kalau Ukays Slam Umbrella dan yang sewaktu dengannya rasa boleh naik ni…maybe arrange balik musik ikut selera masa kini

      Reply
  2. delaila marsha

    wahh!! best la kan,…abg zarul pun tunggu apa lg,..gabung la jugak,,…umbrella,..slam,..ukays,..mesti best,..kompom blh jual punya lah,…

    Reply
  3. maszull

    assalamualaikum zarul….wah bestnya ! kenapa kumpulan umbrella x join sekali kalau join skali kan best…moga lagu tu jadi top nanti…:)

    Reply
  4. Nieza Hamzah

    abg zarul x pernah bergabung nyanyian dgn kumpulan ukays kew…?? mesti best kn lau umbrella ngan ukays digabungkan sekali dlm satu lagu….hehe..(^___^)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge