Salam
Jangan marah yer ..ada lagi post pasal Jeddah ni,sebelum aku bertolak balik ke KL sekejap lagi
Kalau dah mengembara pasti perut menjadi lapar bukan? Jika dah lapar faham faham saja lah yer..cari kedai makan la kan
Ok hari ni nak berkongsi satu kedai berhampiran dengan hotel aku duduk iaitu Hotel Sofitel Al Hamra di Jalan Falasteen,Jeddah

Kedai sebegini memang banyak sekitar Arab Saudi
Restoran Al Bukhari ni adalah restoran ayam golek (panggilan crew MAS) nama rasmi makanan ni aku tak pasti..nak kata nasi briyani rasanya bukan tapi kelihatan seperti nasi briyani..atau mungkin nasi bukhara? Aku rasa En Hazman lebih arif tentang hal ini..

Hidangan dari restoran Al Bukhari-Nasi bersama ayam golek dengan sos, sayur kobis, cili padi dan bawang besar ..perghh
Ok takpelah apa pun nama masakan ni yang penting ianya memang sedap terutama ayam goleknya yg lembut dan cukup rasa,cuma kepada sesiapa yang suka makan makanan yang berkuah hidangan ini mungkin agak tidak sesuai..aku suggest minta sos ayam tu lebih sikit

Aku rasa kebanyakan ayam adalah ayam dara

Ayam sedang ‘digolek’
Keunikan restoran restoran seperti ini di Jeddah adalah tempat makan nye yg seperti gambar dibawah ni..Kalau tak silap ada juga restoran2 arab di Malaysia yang membuat konsep sebegini ..nampak lebih santai duduk bersila menjamu selera seperti masyarakat Melayu


Antara hidangan yang dijual di restoran ini…mana yang tahu bahasa arab sila terjemahkan

Pekerja kedai ni tak puas hati ngan aku sebenarnya..aku pun tak tahu kenapa
Kalau korang berkesempatan ke sini sila sila la mencuba makanan di restoran ayam golek seperti ni ..memang sedap..

Jom makan!
Share





Sila makan dulu.. Saya tumpang tengok jer dari jauh..

Anuar recently posted..RM41,500 untuk dimenangi di Kasugi "Team Chess Championship 2012"
makan ABC jom ..hehe
Fuhhh..macam nasik minyak jer bro..Mamat yang tak puas hati tuh mesti ingat lu ni papparazi kut..hehe
JAI recently posted..Ketibaan Raja Petang Tadi Ke rumah Disambut dengan Senyum
Bukanlah Mamat tu takut prestasi kehenseman dia jatuh.. sebab Abg Zarul ade kat situ..

Nurul recently posted..Bergumbira di Digi Wow Awards
bilalah agaknya leh jejak kaki ke sana….best la zarul selalu jalan2.nak ikut
arelan recently posted..aKu LuLus
mmg x berkuah gini kalo mkn terus tercekik..uhuk3
akuzle ayu recently posted..Sabo Ajer.. Grrr
wahhhh nasinya nampak panjang2 sekali. ….kalah beras thailand yang kita slalu beli nihhhh.
Nampak mamat dalam gambar last tu memang muka tak puas hati..

samdaddycool recently posted..Ibrahim bin Adham, kisah seorang raja
tapau satu bungkus. hantar ke banting. boleh?
titan recently posted..Greece mara ke suku akhir EURO 2012.
hmmm,..mesti dia guna beras basmathi,..hehehehee,…mkn nasi tak de kuah,..kompom2 ler tercekik,..tp klu nasi tu lembut ok la kan,..
assalamualaikum zarul….wah!!! memang terbaik la nampak sedap jer nasi n ayam golek tu…:)
maszull recently posted..Selamat Hari Bapa…
memang sedap mama..my favourite ..hehe .. ABC jom
pergghh !! meletop bro …makanan power tuh

spudin recently posted..ABC Special Teluk Gadung
haaa…sebelum terlupa..salam israk mikraj pada bro Zarul dan semua warga blog ZarulUmbrella

spudin recently posted..ABC Special Teluk Gadung
tengok nasi dan ayam golek tu terus rasa lapaq sangat …nampak sedap dan menyelerakan!
awat die x puas hati?
tp muka dia nmpak blur je. hehehe
makanan arab terutama nasik mmg best,selalu jugak makan kat restaurant tarbus starhill b.bintang.
thanks for share
join juga yuk di http://www.cybercityindonesia.com
jejaring sosialnya indonesia, milik anak bangsa
dinda
http://cybercityindonesia.com/profile/44838
haha..best jenjalan sana..
jeddah banyak kedai makan halal..tak risau sangat..
Azydy recently posted..Gunung Berapi Paling Aktif Dan Unik
memang pun …banyak makanan halal dan tak perlu dah nak pilih2

spudin recently posted..Segmen Kenali Blogger Hanya Di Blog SpudinPunya
tempat mkn dia best sangat……. bersila….. cam duduk kat rumah jer…..
hidangan dia pun nampak cam menarik……
remyhazza recently posted..Ab380 meal presentation for media and MH inflight…..
syiok makan tuuu
tgok2 mcm nasi minyak pun ada,nasi beriyani pun ada,nasi bukhari pun ada..hehe..yg penting sedap..hehe
Jay recently posted..SABAH 2
nampak pun sedap.. Nurul suka makan nasi camni.. kuah x da pun x kisah..

Nurul recently posted..Bergumbira di Digi Wow Awards
bawang besar tu dia bagi seketui macam tu ker ? pastu ngap gitu je ker ???
yup..cenggitu la tu
Zarul Umbrella recently posted..Jom Follow Aku di Instagram
aiyoooo … dah mcm abg mat bang…la
Tinie recently posted..Annisa Is 1 Years Old Today