Melayan Nafsu Shopping Di Camarillo Premium Outlet,Los Angeles

Aku pasti ramai tgh tunggu Final Euro ni…aku sokong Spain malam ni!!

But before that..please enjoy my entry ni dulu boleh…?

Sebagai seorang anak kapal kabin, sudah menjadi rutin kepada aku dan rakan sekerja merantau ke serata pelusuk dunia secara percuma..ngeh ngeh…tak ketinggalan juga LA ..pun aku dah sampai buat ke sekalian kalinya

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke LA ni adalah dalam tahun 2004 so adalah menjadi rutin kalau dah pertama kali sampai maka aku akan jalan semua tempat2 menarik di LA seperti di Hollywood,Universal Studio dan Las Vegas,tapi bila da banyak kali sampai takkan nak redah lagi Hollywood ngan Las Vegas tu kan buang maso dan duit den jo..kali ni aku nak cuba bershopping di Premium Outlet pula

Di LA ni,kami anak anak kapal selalunya akan pergi samada ke Dessert Hill Premium Outlet ataupun Camarillo Premium Outlet,paling besar dan paling jauh dari LA adalah Dessert Hill,kali ni aku hanya ke Camarillo Premium Outlet yang jaraknya dalam 1 jam perjalanan dengan kereta dari  hotel kami dan ianya agak kecik sedikit dari Dessert Hill Premium Outlet

Pertama kali sampai sini mengingatkan aku kepada Johor Premium Outlet dekat Malaysia..dari segi binaan dan tapak memang hampir sama

Walaupun tempat ni dikatakan kecil,but actually its quite big..sebab ada 3 block kedai2 yang panjang..perhatikan gambar plan bangunan diatas

Selain kedai kedai kat sini jugak ada restoran,foodcourt dan juga panggung wayang

Jom perhatikan kawasan sekitar melalui gambar gambar dibawah:-

Apa yang best sangat shopping kat sini ni??

Ok jawapannya senang je..MURAH!!!…Murah macamana??,,,tersangat murah especially beberapa jenama seperti Coach,Polo Ralph Lauren,Ed Hardy,Guess dan Levis..Kebetulan pulak masa aku kat sana dorang tengah buat sale 4th July..so dapatlah lagi additional 40% off 

Contohnya beg Coach dibawah ni,hanya berharga RM612 (termasuk tax US gov)

Yang sebelah atas harganya dalam RM250 sahaja-harga retail kat Malaysia mencecah dalam lingkungan RM900..dan manakala yang satu lagi tu(sling bag) berharga RM350 sahaja-retail price di Malaysia dalam lingkungan RM1200..Korang tengoklah berapa punya murah harga Coach kat sini..

Aku pasti ramai yang nak kirim beg Coach ngan aku la lepas ni hehehe

Ok tu itu Coach…belum tengok Ed Hardy  atau pun Polo Ralph Lauren lagi…kalau aku citer nanti takut korang makan hati je hahahaha

Oklah aku citer sikit pasal harga Ed Hardy nyer t-shirt kat sini..kalau kat KL aku tengok harga dalam RM350-RM700..kat sini boleh dapat dalam RM40 – RM100 sahaja..nanti aku tunjuk gambar tshirt  tu dalam entry akan datang

Jadi,kesempatan yang ada kami bertujuh telah bershopping dari jam 12pm sampai 9pm..sampai kedai tutup tu geng..adoiii yaiii

aku dan rakan rakan-siap sewa mpv lagi

Ini adalah separuh dari ‘hasil tangkapan’ kami pada hari tu..yang beg putih tu semua barang dari Coach sahaja..

 Memang bestlah kalau datang shopping sini,kalau tak kuat iman memang koyak rabak poket..tapi kalau fikirkan balik memang berbaloi beli kat sini..silap2 boleh buat bisnes lagi ni..hehehe..dan pada aku pulak dapatlah beli beg Coach utuk isteri dan beberapa pasang baju utk anak dara aku buat beraya tahun ni..dan aku pulak dapatlah pakai baju Ed Hardy idaman aku yang aku tak pernah terfikir pun nak beli sebelum ni..(boleh le pakai buat show..heheh)

Overall it is a good experience,kalau korang berpeluang datang US..pergi lah ushar2 mana mana premium outlet kat sini..rugi la kalau tak datang ..beli lebih sikit balik Malaysia jual balik kat member2,silap2 boleh pulang modal perbelanjaan korang masa melancong ye dok


Share

60 Responses to Melayan Nafsu Shopping Di Camarillo Premium Outlet,Los Angeles

  1. supersonic commentator from shakiddo.com
    KiD recently posted..RM1321.57 cashout dari NuffnangMy Profile

  2. huiyyooo… syok laaa jenjalan shopping borong habissssss

  3. Wahhh.. untunglah boleh beli Coach yg murah2! Saya beli kat facebook je pun dah nak smpi RM580 paling minima. huhu
    jardness recently posted..The first Malaysian Travel Bloggers Meetup!My Profile

  4. Perghhh murah gilos tuhhh..ok next round kalo gua ada modal gua nak pesan wehhh..buat niaga sedap tuhhh..cehhhh..murohhhh tuhhh
    JAI recently posted..Euro 2012 Final Spain vs Italy | Bubu Si Kura-Kura Pun Dah Buat PilihanMy Profile

  5. Hahahaha..Shopping maut nampak dari hari terang sampai gelap..hahaha
    JAI recently posted..Euro 2012 Final Spain vs Italy | Bubu Si Kura-Kura Pun Dah Buat PilihanMy Profile

  6. memang betul2 shopping sakan ni…heee~

    > tapi mmg banyak betul perbezaan harganya..lebih murah berbanding kat Malaysia…
    Ezad Skytech recently posted..Demam EURO 2012 Akan BerakhirMy Profile

  7. pergh.. shopping kat oversea tu.. wah.. entah bila la boleh dapat pengalaman macam ni..hahaha.. tu betul2 borong tu.hahaha.. tapi memang agak murah ler berbanding kat Malaysia ni kan..
    boni recently posted..Aku KacakMy Profile

  8. perghh best giler bro shopping..hehe siap beli baju raya lagi..
    zuan recently posted..> Hello JulyMy Profile

  9. Adehhh tergoda giler tengok h/bag idaman tu.. Dah le harga murah giler.. ;)
    Myra Jay recently posted..Promosi Pertengahan Tahun AVON – Tempoh TERHADMy Profile

  10. murahnya zarul!!! Kalau saya tak tau nak pilih apa……kanan kiri depan belakang sume nak…hehehehe :-)
    ezna recently posted..Cameron Valley : : tempat menarik untuk dilawati : :My Profile

  11. wahhhh..best btl shopping ek..kalu lebly blh thn lg nieh..huahua..

    la viva spain la bro!!!
    lebly recently posted..Pergi Xkan Kembali lg..My Profile

  12. whoaa..dengan gang-gang tali barut blake..haha…terbaik !
    spudin recently posted..#1 Contest – Blogger Dan Perempuan CantikMy Profile

  13. Tu dia eh penuh dengan barangan shopping yang di sumbat didalam MPV. :-)
    akubiomed recently posted..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012My Profile

  14. giler lah shoping… gempak giler… teringin plak nak ke sana…
    faizulosman recently posted..Cuti BermulaMy Profile

  15. untung la jadi org berkelana . spain baru je menang . sedey mengenangkan Italia
    miss klanika recently posted..Perkhabaran JuliMy Profile

  16. wah suka bini aku kalau dia tengok beg coach tu.. nak kirim boleh tak bro.. hehehe
    myvitrd recently posted..Eyriqazz vs Denaihati Cabaran Semakin SukarMy Profile

  17. aduyaiii… mmg gila murah la kan… seb baik x byk duit kalau x mmg koyak rabak poketkan.. hhehehe g Johor premium outlet pun rasa mcm nk cekup je semua tp msh mampu utk kawal nafsu membeli belah ni.. :) design bangunan mmg agak sama lah dgn JPO…
    Queen Teratai recently posted..Punca Traffik Jun 2012My Profile

  18. apalagi buatla online jual lelong coach.. mintak tlg wife handle kiki
    ilasaleh@mama amanarief recently posted..Trudy & Teddy ModelMy Profile

  19. assalamualaikum zarul….wah !!! seronoknya bershopping di sana….shopping utk raya nanti yer…:)
    maszull recently posted..Kali Ini Akma AF Pula Bergelar Isteri….My Profile

  20. wah…untung…murah giler…orang rumah saya tengah gila coach sekarang ni…
    daddydee recently posted..Perebutan Kuasa : Dongeng Eyriqazz vs Denaihati ep. 2My Profile

  21. Gilalah memang murah sangat sangat lah beg coach tu.. Berganda2 ngan Malaysia..
    Nurul recently posted..Wowww 1001 give awayMy Profile

  22. pehh, ini barulah namanya shoppiinggg..
    titan recently posted..Amri Yahyah vs Mario BalotelliMy Profile

  23. itulah untuknya kalau kerja sebagai anak kapal……
    shoping kat mana2 aje….. tak dinafikan rege kat sana jauh lebih murah…….
    bertuah kalau dapat selalu pergi beli…….
    nak kirim…takut abg zarul tak sudi….he3
    remyhazza recently posted..Brave…. byknya pengajaran….. byknya kegembiraan!My Profile

  24. waahhhh bestnya shopping! hehe

  25. mak aih.tu baru separuh.hahaha..puas hati shopping sakan nampak tu.
    arelan recently posted..tHe DaY FiNaLLy CoMes….My Profile

  26. Bila Coach murah.. memang tak boleh tahan…rembat je :D
    MUNIRA AZME recently posted..Ini PenyapuMy Profile

  27. memang betul lah tu, kalau nak dapat coach murah beli kat sana, kirim kawan2 yang secara kebetulan ke sana…akak mula pandai bergaya dengan hand-bag berjenama adalah coach, tapi beli kat sini memang mahal lah, lepas tu baru reti kirim kat kawan2…

    zarul, coach ni memang boleh buat biznes kat sini, ramai pengemarnya dan ianya tidak lah terlalu mahal compare dengan feragamo dan LV…jom biznes :D
    sweetkurma recently posted..kepuasanMy Profile

  28. wow..byknyer brg bersoping…haha

  29. bestnye bro.. saya tak mampu nak gi..
    Zaid recently posted..Percutian Singapura – Beli Souvenirs MurahMy Profile

  30. berganda2 harga dia beza ngn kat malaysia….. best gile…
    faz recently posted..Wordless Wednesday : Madu TigaMy Profile

  31. wow! outlet Levi’s original tu!
    iAwani recently posted..iPad Mini Dijual Pada $299My Profile

  32. fuhh . banyak barang yang dibeli .. mungkin sesuai jenjalan ke LA ni satu hari nanti.
    iAwani recently posted..iPad Mini Dijual Pada $299My Profile

  33. bercadang ke LA atau NY tahun 2015 dengan kawan2. Lamanya nak tunggu…
    MrsLya recently posted..Cari Stok Di BWYMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge