Mercun Tak Habis Habis

Sudah menjadi rutin rakyat Malaysia bila start puasa je mesti ada yg putus jari putus kaki dan segala macam putus lagi.Mercun dan hari raya ibarat aur dan tebing tak boleh dipisahkan,mesti ada jer berita yg kita dengar mengenai masalah mercun ni,kekadang naik malas nak baca newspaper..

Sejak mula puasa da ada 3 kes kalau tak silap saya mengenai kes mercun ni..dan yg semuanyer kes dr Kelantan,apa da jadi?..Memang waktu masa saya kecik kecik dulu saya pun ada main mercun dan meriam buluh tapi saya dan rakan2 tak lah sampai nak main yg boleh bahayakan diri sendiri,kami sentiasa berpada pada..biarlah kami ni tak hebat sebab tak main mercun yg besar2 daripada kami putus jari..huhu

Saya pun naik heran sebenarnya mana datangnya mercun?Adakah pihak berkuasa tak buat kerja atau dorang saja tak ambik port atau mungkin ada antara mereka yg amik $$ undertable? huhu… wallah hu a’llam

Pada pendapat saya la kan..saya tak halang mercun ni diedarkan sebab kalau tak de mercun dan bunga api ni..nnt tak seronok la hari raya..budak2 pun tak happy..dalam hal ini ibubapa perlulah memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik mentaliti anak anak agar menggunakan mercun/bunga api ni secara berhemah..Kebanyakan yg putus jari ni adalah kerana menyalahgunakan bunga api…ubahsuai macam2 utk bunyi letupan yg kuat..tu jer sbenarnya..Kalau fikir2 balik apa yg dorang ni dapat ek?Mungkin bila da dapat bunyi kuat tu dorang dianggap hebat oleh kenkawan mereka kot?mmm mungkin?Hai entahlah …

Kepada adik adik,dan para ibubapa dinasihatkan agar jauhilah mercun yg bahaya semoga anda dapat beraya in “one piece” ..

p/s nanti bila da nak raya satu lagi benda yg akan rutin keluar news adalah kemalangan jalan raya


Share

5 Responses to Mercun Tak Habis Habis

  1. diorang ni terlebih advance ni.. setakat main mercun yg biasa2 tu takde ler sampai ilang jari. kalau blk kg, nengok yg tua lebih2 plak main mercun ni. siap lawan ngan kg sebelah.

  2. delaila marsha

    betul abg zarul,..saya pun heran gak,.bila time raya puasa saja,..mesti ader jer mangsa mercun,…start puasa jer dahhhhh masuk paper,…anak melayu kita jugak,..klu time raya cina ke deepavali ker tak der plak,…yang kita dgr pasai mangsa mercun ni,..anak melayu ni nak tunjuk hebat kot,…tp klu yer pun nak tunjuk hebat,…biar la benda yg memang akan menaik kan martabat org melayu,….ni tak,..hmmmmm,……

  3. ish.. tahu takpe.. diorang nk tak serik-serik ke.. lagilah budak-budak tu.. seriau btol tengok kan diorang main mercun tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge