Nak Jadi Pramugra/Pramugari?

Air Asia

Persoalan seronok atau tidak menjadi pramugara sering diajukan kepada aku tak kurang juga bertanyakan tips untuk lulus temuduga seterusnya diterima menjadi pramugara

Sejak dua menjak ni inbox aku dipenuhi dengan pertanyaan tersebut almaklumlah akhir2 ini ada dua buah airline sedang sibuk membuat open interview untuk merekrut kakitangan kabin baru

Kerjaya sebagai pramugara/i memang seronok dan mencabar, yang seronok sebab kita berpeluang melancong ke serata dunia secara percuma (ini bergantung kepada airline mana yang korang pilih untuk bekerja- setengah airline korang hanya dapat ke destinasi dalam negeri sahaja)

Singapore Airlines

Yang mencabar – kerja ni kita kena banyak berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat tak kira tua muda bangsa dan agama, oleh itu korang kena faham dan sabar dengan tingkah laku manusia yang macam macam perangai. Pengalaman aku selama 13 tahun dalam bidang ni memang macam macam manusia aku jumpa, orang Malaysia, orang Indonesia, Bangladesh, Nepal, Mat Saleh, Arab, Jepun, Korea, India, tokoh politik, artis ternama, negarawan, Pak Imam, Pak Lebai, paderi kristian, monk dsb – Pengalaman bergaul dengan pelbagai bangsa ni  membuatkan aku tahu kenapa sesuatu bangsa itu maju dan kenapa sesatu bangsa itu sering berperang dan bergaduh sesama sendiri

Malindo Airways – bakal beroperasi pada 23 Mac nanti

Kerja ini juga bukan setakat nak cantik dan hensem saje, setiap pramugara/i dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti, kemahiran dalam selok belok asas penerbangan, kemahiran tata rias atau grooming, interpersonal skill, food and beverage dan yang paling utama adalah latihan keselamatan/kecemasan dan first aid yang memerlukan kami menduduki peperiksaan setiap tahun demi memantapkan skill setiap anak kapal kabin

Malaysia Airlines – 6 kali merangkul Anugerah Best Cabin Staff in the World oleh Skytrax

Tips nak jadi pramugara/pramugari

Paling penting adalah penampilan dan interpersonal skil yang bagus dan menarik-penampilan tak semestinya taraf supermodel, cukup hanya dengan kesempurnaan dari segi make up/gaya rambut dan pakaian yang kemas bagi wanita, dan bagi lelaki pula mestilah berambut pendek dan disikat kemas, kalau ada misai make sure trim elok2, pakaian  mestilah berseluar slack dan kemeja serta neck tie (untuk interview)… Bau badan dan bau mulut juga kena jaga please!…oh ya berat badan dan ketinggian mestilah yang ideal mengikut standard  syarikat penerbangan tertentu

Awan Dania – Promosi FireFly

Semasa interview jangan tunjuk nerves korang tu, mesti lah selalu senyum dan buat muka lawa/ensem korang tu, apabila ditanya mesti jawab dengan konfiden dan jika  korang tak tahu jawapan atas pertanyaan mereka juz say sorry i dont know the answer or i didnt aware bout this …etc

Rata rata masa interview ni mereka nak tengok penampilan dan cara percakapan korang sahaja

mas


Share

22 Responses to Nak Jadi Pramugra/Pramugari?

  1. masa muda2 dulu saya pernah bercinta dgn sorang pramugari. kenal melalui internet, sayangnya usianya tidak panjang.
    Ladfe Amir recently posted..Panduan Mengisi BorangMy Profile

  2. eh..first tu.

    kadang2 memang nampak pramugara or pramugari ni cantik atau kacak walaupun sebenarnya ramai lagi yg cantik dan kacak.

    tapi bro memang kacak pun
    Ladfe Amir recently posted..Panduan Mengisi BorangMy Profile

  3. satu tips yg menarik ni bro..

  4. cita-cita dulu nak jadi pramugari…tapi zaman dah berubah…

  5. Takde nial pun di hati nak jadi pramugara. Hehehe
    Tapi jadi pramugara nie berdosa org ckap..
    Sebab kite kene angkat arak kat non muslim. Betoi ke ?
    Aiman Aziz recently posted..Tagline | Tinggi Kurus itu MACHOMy Profile

  6. style la bro~ hehe den ni pendek je, muka pun tak sekacak AE..hehehe tak layak la kot~
    zuan recently posted..> Kojap Jew~My Profile

  7. Sorry lah bro, gua tak cukup ensem la nak jadi pramugara.

    Tp mesti best sbb dapat travel byk tempat, jumpe mcm2 jenis orang etc.

  8. bila baca entry ni nampaknya yg pasti kena adalah keyakinan diri, tu ja
    Juan recently posted..Menjadikan Personal Computer (PC) Sebagai TV Dengan KWorld TV TunerMy Profile

  9. Wah!! Menarik tips ni… Semuga suksess pada yang bakal mencuba…

  10. Gediknya gambo last tu. Muntah ijo gua.
    abangensem recently posted..Tips Mendidik Penyewa RumahMy Profile

  11. mesti confident dengan penampilan diri sendiri juga kan
    beckhrooy recently posted..Harga Sony Xperia Z dan Sony Xperia ZL di MalaysiaMy Profile

  12. memang penat kot jadi pramugari… kalau korang nak tahu sebab korang ketagih FB, dan perbezaan fungsi social network dulu dan sekarnag… jom baca post terbaru aku ni. http://callmeamin.blogspot.com/2013/03/social-network-dulu-dan-sekarang.html

  13. Pramugari dan pramugara ibarat duta negara. Ketrampilan dan layanan mereka mengambarkan imej negara.
    akubiomed recently posted..Lesung kayu semakin dilupakanMy Profile

  14. masa interview tu mmg kena confident…tu yg penting…tips yg sgt bagus buat mereka yg ingin mencuba kerjaya menjadi pramugara/i ni…
    Ezad Skytech recently posted..Rezeki Awal Bulan MacMy Profile

  15. assalamualaikum zarul…bestnya !! dulu masa muda2 mama dpt offer jadi pramugari ni tapi sayangnya x pergi masa buat latihan kalau x dapat merasai jadi pramugari ni…:)
    maszull recently posted..” Pertandingan Tagline Visionnaire”My Profile

  16. ha3…dulu2 teringin….sebab remy suka service and customer relation nie…tapi tak cukup tinggi ler bro…….. simpan ajelah cita cita tu….hu3
    remyhazza recently posted..1st Giveaway By Ckod-CkodokMy Profile

  17. assalamualaikum zarul….memang best kalau dapat terbang di awan biru tu…impian tinggal impian je la…:)
    maszull recently posted..Sinopsis Filem Kerat 14My Profile

  18. Ahaks kalau dah anak satu pun boleh apply tak? Akak body maintain agi tau :-)

  19. Tips yang sangat bagus, makasih. .
    nice post bang :D

  20. Suziana San

    bukan nk jd pramugara/i saja yg nk kena jaga penampilan like make-up etc,tapi ticketing pun nk semua tu,dari segi kasut,rambut etc..senang cakap nk kerja dlm bidang ni ada sangkut paut,kena jg semua tu…
    abg zarul dari segi kelulusan akademik mcm mn?mcm nk masuk mn2 airline utk nk jd pramugara/i kena g kursus n ken aada sijil dulu ke baru boleh g intvw airline mn yg ada mintak crew baru?

  21. masa zaman skolah dulu ada la jugak berangan² nak jadi pramugari :)

  22. sy nak anye, sy berminat utk menjadi pramugara, tapi sy xtahu nak apply dimana.. harap saudara dapat membantu.. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge