Seperti yg semua maklum hari ni adalah hari Nuzul Quran dan semua bercuti kan..Saya pasti semua tahu jika Nuzul Quran kita semua bercuti..tapi korang tahu tak apa itu maksud disebalik Nuzul Quran ni?Ada yg tahu mungkin ada yang tak kan?
Ok mari kita sama sama baca ni petikan dari wiki mengenai apa itu “Nuzul Quran”
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Share











allah menurun kan al-quran sebaik-baik kitabnya…. baca la… semoga ilmu yang kita perolehi dapat membimbing kita di masa hapadan…
sekian terima kasih
salam ramadhan
assalamualaikum
sempena bulan baik,..hari yg baik ni,..sama2 la kita menambahkan pahala,…dengan melakukan perkara yang baik semoga,…diterima Allah,…semua amalan kita,…
sy pon nk kongsi info, iaitu tuntutan Al-Quran,
Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
1.Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
2.Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
3.Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.
terima kasih Ain atas perkongsian
moga kita mendapat rahmat dan berkat di bulan ramadhan ini.. banyakk2 baca alquran
pagi je cuti.. petang kena keja daa…
alahai kesian..tak pelah..nak wat camana ye dok ..kerja je ler
same2 bang.. ape slhnye berkongsi ilmu..