
Salam
Ok ni nak cakap awal2 entry ni agak panjang..pecah rekod paling panjang pernah ditulis selama setahun berblogging..
Selamat Membaca!!
Sebut je pasal radio mesti akan terbayangkan EraFM,Hot FM,SuriaFM,HitzFM,dan Sinar FM,tapi ramai yg akan ternganga garu kepala blur2 bila cakap KLfm,dan Radio Muzik(yg kini dah pupus)
Yang terbaru ni pulak stesyen radio2 internet mula tumbuh macam nak giler..FB aku bnyk beno yg invite masuk group2 radio internet ni
Ok,kita tinggalkan sekejap zaman sekarang ni,kita rewind belakang sekejap..ke era 90an.
Pada zaman itu,industri radio dikuasai oleh pihak kerajaan,dimana tak silap aku hanya ada dua stesyen swasta je iaitu Redifussion dan THR(Time Highway Radio)
Stesyen yg paling hot pada masa tu adalah Radio Muzik, Radio 1,dan Radio Malaysia Ibukota(RMIK)yg kini dikenali sebagai KLfm.
Korang ingat tak lagi dengan rancangan Pilihan Bersama di Radio Muzik??-top giler sgmen ni masa tu…lagu Ramalanku Benar Belaka hampir tetiap malam berkumandang
Tidak dinafikan zaman tu industri muzik Malaysia memang meriah,album2 artis tempatan memang laku walaupun ada cetak rompak,atleast 30k unit pasti terjual(standard cetakan pertama setiap album di Malaysia pada masa itu)..Dizaman ni jugaklah Raihan,Ella(Sembilu)Ukays (Bisa Berbisa) masing2 mencatat jualan sebanyak 600 ribu unit(Raihan) dan 300 ribu unit(Ella dan Ukays)
Salah satu faktor penyumbang kepada keadaan ini adalah fungsi radio sebagai pemangkin industri.Cuba bayangkan kalau tiada radio yg nak putarkan lagu ..bagaiamana peminat nak tahu sedap ke tidak lagu yg artis tu nyanyi
Sememang nya fungsi radio dan industri muzik masa tu saling memerlukan,kalau tiada artis buat album maka radio takkan ada lagu yg nak diputar..Hampir kesemua lagu2 hits dari setiap album di Malaysia tak kira terbitan syarikat rakaman gergasi dari luar negara seperti BMG,Sony,Warner,Pony Canyon atau pun syarikat tempatan seperti FMC,SRC dan AudioOne pasti akan diputar dengan syarat melepasi garis panduan yg ditetapkan oleh pihak Kementerian Penerangan
Pada masa tu juga radio2 di Malaysia memutarkan apa juga genre muzik tanpa apa2 prejudice,dangdut ke,rock ker,asli ker..hip hop ke,RnB ke world musik..even Nasyid pun ada..Thats why masa tu,industri muzik kita melahirkan ratu dangdut,Amelina,ikon nasyid Raihan,hip hop star seperti KRU,4u2c,Nico,KOOL dll,rock jiwang seperti Ukays,Slam,Spring,Umbrella dll bahkan kita juga ada ikon irama Malaysia seperi Noraniza Idris dan SM Salim…dan yg paling penting Diva Pop tanahair,Datuk Siti Nurhaliza lahir dalam era 90an..
Tapi…itu dulu,sekarang semuanya dah berubah 360 darjah,i should say.Stesyen radio kini sudah tidak dimonopoli oleh stesyen radio kerajaan,banyak stesyen2 radio mula tumbuh sejak tahun 1998 iaitu tahun dimana stesyen radio Era mula ditubuhkan diikuti pula oleh Hotfm dan lain2 selepas itu.
Stesyen radio Era pada masa tu adalah satu fenomena,(aku pun ada gi audition jd DJ tapi harremm tak lepas)..stesyen ni tiba2 muncul dan perlahan2 populariti Radio Muzik dan lain2 mula menurun
Aku akui memang bagus situasi ini,dimana peminat muzik kini dihidangkan dengan penyampai serta gaya penyampaian yg lebih santai dan segar,namun ada tapinya…
Bila dah swasta,money comes first,stesyen2 radio swasta mula bersaing antara satu sama lain utk menarik pengiklan2 dengan meletakkan syarat yg lebih ketat utk satu2 lagu itu diluluskan utk disiarkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang pada industri muzik dan stesyen radio itu sendiri..(bila bnyk sangat iklan pendengar jadi bosan)
Syarat2 ketat itu kononya perlu bagi menjaga “status” sesebuah stesyen radio.Aku tak nafikan yg tindakan mereka ini bagus tapi yg tak bagusnya adalah tindakan mereka mengharamkan genre2 tertentu seperti dangdut itu sekaligus menenggelamkan irama tersebut dari berpaksi dibumi Malaya dan akhirnya bersawang tak bertuan
Bagi aku ini adalah tidak adil bagi mereka yg bekerja dalam industri muzik bergenre dangdut..Dangdut adalah sejenis muzik dan muzik adalah hasil seni..yg harus dihargai
Situasi dimana stesyen radio (yg bernaung dibawah satu badan penyiaran swasta) telah mempunyai “in-house artis”mereka sendiri juga menyukarkan segelintir penggiat seni tanahair yg tidak bernaung dibawah nama2 besar badan penyiaran swasta tempatan..pendekkata lagu2 mereka agak jarang kedengaran
Menurut sumber yg boleh dipercayai,asalnya lagu Cinta Muka Buku -Najwa Latiff (bukan artis badan penyaiaran swasta)tu tak lepas utk siaran sebuah stesyen radio swasta,atas alasan lagu tak berkualiti,alih2 dorang putar juga pasal lagu tu mula diterima oleh umum melalui internet.
Hakikatnya lagu tu mmg tak la sehebat mana jika dilihat dari persepektif muzik dan seni penciptaan lagu,namun hak peminat utk mendengar tidak boleh dinafikan begitu sahaja…peluang harus diberi..dan hak sama rata harus mula diambilberat oleh setiap stesyen radio
Akhir sekali pada pandangan aku,sekiranya kita nak majukan industri muzik,semua pihak harus berganding bahu,baik dari penyiar atau pengkarya2 muzik.Kesefahaman dan perasaan saling memerlukan antara satu sama lain yg pernah terjalin suatu ketika dulu perlu diperkukuhkan atau dikaji semula bagi memberi keadilan kepada semua pihak khususnya industri muzik tanahair
p/s Artikel ini tidak bermaksud utk mengutuk mana2 pihak,sebaliknya aku harapkan ianya dapat ‘mengilhamkan’ sesuatu yg telah hilang utk kembali kepangkuan
Share





hai jejai… bluwekkk!! aku dulu
KiD recently posted..Strawberry Park GohTong Jaya Genting Highlands
hadu hayyy…hari ni jejai yg tido atas keyboard pulak le
Zarul Umbrella recently posted..Radio – Dulu vs Sekarang
Ciss jari dah kat Keyboard tadi..terlelap 3 minit.. sah KID letak batang mancis kat mata agar tak tertidur..miahahaha..Entri ni kena baca betul-betul tanpa gangguan..review kemudian..hehe
malam jumaat, tidur awal laaa jejai.. ni pun aku suruh bro “zairul” yang taipkan.. kekeke
KiD recently posted..Strawberry Park GohTong Jaya Genting Highlands
hahahaha………….. ko jatuh no 2…
wei.. korang ni memalam tak tidur apa????? hahaha
jadi burung hantu yek??
sumijelly recently posted..Kisah Seorang isteri yang tidak bekerja
malam tadi malam jumaat.. kak sumi kompom tido awal.. hek3
KiD recently posted..Strawberry Park GohTong Jaya Genting Highlands
dorang ni part time jadi pengomen tegar blog bro zarul ni..hahaha
hahahahahaha..kalah lagi dgn KID???
haha…bersaing2 sape nak komen 1st ni…:D
sengal la ko Kid;……………. dengan BF RCW pun nak berebut…..hahaha
sumijelly recently posted..Kisah Seorang isteri yang tidak bekerja
Atok J katanya… keh3.. jom dengar radio..
KiD recently posted..Strawberry Park GohTong Jaya Genting Highlands
brpa bulan kid?? bluweeeekkk
jgn jeles faz… biasa2 jer.. heheeh
KiD recently posted..Strawberry Park GohTong Jaya Genting Highlands
xjeles pon. tk baik jelez…ni..nnti kid tk mo kasi hadiah lg. :p
TAHNIAH!!! Adeh. astik KID je dapat ucapan ni..hahaha
astik astik laaa sangat boni.. hehehe
KiD recently posted..Selangor vs Terengganu LIGA SUPER 2012
hahahahahahahaha.. macam siot.. perasan je kan
Hahaha macam ni pun ade ker? hehehehe

Nurul recently posted..Preview Filem : 3 Temujanji
macam2 ada..hahaha
pilihan bersama di radio muzik.. dulu siap tengok paper, lagu ape yang akan keluar.. hik3
KiD recently posted..Strawberry Park GohTong Jaya Genting Highlands
Dulu ketika kecil suka dengar program pilihan bersama di Radio Muzik RTM. Beli kaset TDK rakam lagu. Dulu cukup popular pergi kedai jual kaset pilih lagi dan rakam.
Sekarang ini lagu-lagu boleh dimuat turun secara digital dengan format MP3.
akubiomed recently posted..SENYAP Vol #1.1 menampilkan Altimet dan Bro Framestone
betul tu abg zarul….
dulu tiap2 mlm dengar pilihan bersama radio musik……best!!!
old skool vs new skool
Rasa macam baca buku sejarah la pulok..
abangensem recently posted..Peringatan buat pembeli rumah lelong
sejarah abangensem ada tak? ~hai nurul siezuka~
KiD recently posted..Strawberry Park GohTong Jaya Genting Highlands
Hai Shakiddo.com..
radio sekarang ni DUIT DUIT dan DUIT je.. nak lagu diputarkan selalu, cuba bayar.laju je dorang mainkan..
memang daaahhhh… siapkan ongkos je
KiD recently posted..Strawberry Park GohTong Jaya Genting Highlands
hahahaha..tu ler pasalnyer.. mana2 yang tak ongkosnya terpaksa la bersabar dengan perangai2 radio ni..
duit tu satu hal…nak lulus siaran pun tak lepas…mcmana?
Zarul Umbrella recently posted..Radio – Dulu vs Sekarang
kan?? tgk la perangai dorang ni. sepatutnya dorang kena support artis malaysia. kalau tak dorang, sapa lagi? dorang je sebenarnya penentu jatuh bangun artis2 malaysia.. nasib baik lah sekarang ni banyak option untuk artis2 promosikan lagu2 dorang. tak hanya bergantung kepada radio semata2. kalau tak??
sebab tu aq jarang da dgr radio sekarang ni..haha~
hahaha.. sama la ngan aku..
dulu selalu gak request lagu..hehehehe..siap tuju lagu kat someone lagi.heh heh
aku dulu, ada ga tujukan lagu masa on the way balik kampung petang sebelum raya.. hahahahaaa
KiD recently posted..Selangor vs Terengganu LIGA SUPER 2012
perghhh… membuat orang tak sabar nak raya plak nih..hahaha
kalau tengok gamba radio tu, teringan radio lama kat kampung (tahun 80-an) dan radio tu masih berfungsi lagi..
Mus recently posted..10 Hotel Terbaik Di Kundasang Dan Ranau
suka entry yg panjang nie…. teringat dah nie
memori dan old skool kan?
KiD recently posted..Selangor vs Terengganu LIGA SUPER 2012
Seriously apa yg u ckp ni mmg 100% betul bro,klu nak ikut DJ- DJ pada era tahun 90an lg best jika nak dibandingkan dgn zaman sekarang ni.Stesen-stesen radio skrg byk yg nak kejar rating konon tapi kualiti hasilnya hampas contoh mcm 2 hari saya ada dgr siaran sebuah stesen radio ni mmg sah2 tiru sebijik sebuah stesen radio lain rasa mcm “kosong’ masa dgr radio masa tu.Lagu-lagu yg DJ-DJ zaman skrg mainkan pun mcm xder jiwa bak kata abg Zarul dulu semua lagu dari pelbagai journal dimainkan tp skrg ntah hape2,lagu dulu2 betul masuk dlm jiwa.Sebab tu klu kita g kenduri khwn skrg kita blh dgr org masih boleh karoake lagu Ramalanku Benar Belaka dinyanyikan utk menghiburkan tetamu bukannya lagu Hujan-Pagi Yang Gelap itu contohla yerk…
Redifussion..teringat bangunan warna kuning..tenat kan bro industri muzik sekarang nih?
azmanisma recently posted..Qadho’ Blog Walking
Ingat.. dulu selalu dengar pilihan bersama..

Nurul recently posted..Preview Filem : 3 Temujanji
assalamualaikum zarul….betul tu kalau x ada radio pasti kita juga x dpt mendengar muzik n lagu…kemajuan demi kemajuan membuatkan semakin banyak persaingan diantara radio swasta dgn kerajaan…pilihan tetap di tgn pendengar nak memilih siaran radio yg diminati…:)
mmg berbeza muzik dulu & sekarang…la ni adk skolah tadika kalau ade suara pon bole jd retis klu upload sok youtube…mudah mudahhh…
Ahmad Fauzi Aryaan recently posted..Kerana keratan akhbar
senang cerita, jangan ada sifat “kambing hitam” sesama individu dibawah bidang yang sama. lambat laun pasti akan ada kesannya. fuh
hafidz recently posted..Album Review : Pesawat – Take Off
Pernah bertugas menjadi penyampai Pilihan bersama setiap malam isnin hingg jumaat di radio muzik 1994-1997.memang best.lagu lagu yang diputarkan mestilah yang best.seronok juga sebab dapat panggilan dari merata rata tempat termasuk dari medan indonesia,sabah sarawak,brunei,selatan thati
manan selamat recently posted..Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar Luang Masa Untuk Pendengar KLfm 31 Mei Ini
samekom zarul, abg dol ni pemuzik yg backup masa zarul k—– yg di sek 16.komen zarul tu betol…ttg radio skrg,abg dol pun boring gila dgr radio skrg….tak tahu le…sampai bila dia org nk pasang lagu indon………muzik cam tak best…le…tak mcm dulu2.abg dol rasa nak bakar je setesen radio yang putar lagu2 indon baru ni…
Setuju dengan pandangan tu.
Aku dulu mmg suka sgt pilihan bersama. Memang best. Memacam lagu boleh dengar. Dan yang pasti takkan banyak lagu sama berulang. Diorang pandai susun, iklan pun tak banyak sangat.
Kalau DJ pula aku suka Isma Halil Hamza, yg selalu buat aku sengih sesorang dengan cara dia layan peminat.
Radio skang suma pakat kejar ranking. Tu kekadang lagu sama leh repeat dua tiga kali. Sejujurnya kalau memandu sendiri aku suka pasang MP3 ataupun CD dari dengar radio yg lagu ntah apa-apa.
daddydee recently posted..Don’t Judge Book By It’s Cover
lmbat ckit sy komen,bru mula nk bace blog abg zarul..
btol kate abg zarol.. sy nie zaman kecik2 sy thun 90 an.. mse 2 mcm2 ade industri hiburan kite.. igt lg ade siti bru nk mncul,raihan,kump senario,band2 rock jiwang xpyah ckp la ramai sgt.. wlaupn cm 2 irama malaysia n dangdut pn meletup gak.. rupanya inilah 1 punca knp industri kite jdi cm skrng…. media ptut main peranan la tlg artis2 kite…. ini ckit2 ptar lgu indon(bkn racist).. igt dulu2 tv 1 stiap ari jmaat ad ptar lgu nasyid,kt tv2 lain ad video klip lgu bru.. skrg mane ade……….. sory pnjg..