Samzy dan Benjy Dapat Beraya

Alhamdulillah saya kira ini adalah berita gembira buat rakan artis kita dan juga berita gembira buat kedua dua ibu mereka iaitu Seniwati Azean Irdawaty dan pelakon Khaty Fauziah Musa

Kedua dua pelakon iaitu Samzy dan Benjy ditangkap atas kesalahan memiliki syabu seberat antara 0.2-12gram,mereka berdua dibebaskan dengan denda dan ikat jamin masing masing antara RM5000(Benjy) dan RM25000(Samzy)

Samzy didapati bersalah memiliki 10 paket syabu seberat 12.15g di sebuah condo di Bukit Antarabangsa pada petang 11 April 2005 dan didakwa bawah Akta Dadah Berbahaya Seksyen 12(2) 1952 ddan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum 20 tahun penjara

Namun begitu Mahkamah Tinggi membenarkan beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM25000 sementara menunggu rayuannya terhdap hukuman penjara 30bulan dan 3 sebatan

Manakala Benjy pula hanya didenda RM5000 atas kesalahan memiliki 0.24g syabu di Jalan Segambut pada petang 11 Mac yg lalu

Diharap dengan ‘pembebasan’ ini dapat memberi sedikit kegembiraan buat kedua dua keluarga pelakon  sempena Hari Raya yg bakal menjelang lagi 10 hari.Dan kepada masyarakat serta artis semoga ianya memberi ikhtibar buat kita semua.Pengajaran disini janganlah kita sesekali mengulangi atau melakukan yg boleh meruntuhkan akhlak dan yg dilarang oleh undang undang

Peace!

credit pic to szu.my dan mstaronline


Share

11 Responses to Samzy dan Benjy Dapat Beraya

  1. amin.. msti keluarge dieorg seronok nk sambut syawal, & hrp kedue2 artis ni x ulang kesilapn yg sm, jgn sesekali ambk dadah, bl sekali dh ambk sush nk stop, xde faedah pon..

  2. Alhamdulillah rahmat ramadhan.

  3. Alhamdullilah, kesian tgk Puan Azean tu . Da la tak berapa nak sihat. Moga2 raya kali ini meberi rahmat

  4. bagus laaa tu.. hope diorang dapat berubah…

  5. Jangan terjebak dengan dadah. Dadah merbahaya……

  6. Sebenarnye isu dadah ni dah jadi sinonim dgn masyarakat kita. Bezanya disini, bila artis yang terlibat, isu ni akan jd besar sebab artis ni mmg jd perhatian. Kalo org biasa yang terjebak, npk mcm perkara kecil aje. So kalo artis yang ada bakat tu, diharapkan jgn le terjebak dengan najis ni. Sayang kalo ada bakat tapi hanya boleh pegi separuh jalan. Ramai artis kita yang berbakat tapi terjebak dengan najis ni. Kalo yang dah betul² popular tu lain le. Keluar masuk pusat pun masih ada pengikut. Masih boleh cari makan dengan industri ni. Kalo yang baru nak merangkak, hurmmmm. Pikir le sendiri.

  7. bukan setakat artis juga yg rugi kalau da terjebak dgn dadah ni..org biasa jugak bila da terlibat mmg rugi..masa depan gelap..so jauhilah dadah ni

  8. uish.. montelnya benjy.. huhu..

  9. delaila marsha

    alhamdulillah,…..finally,..dpat gak beraya ngan keluarga tersayang,…mintak2 lepas ni tak der dah artis yg terlibat ngan benda2 tak elok ni ha,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge