#SaveJejai

Sejak dua menjak kebelakangan ni aku memang agak busy,sampai nak online pun kesempitan masa dek bermacam2 urusan kerja,urusan nyanyian,urusan raya,urusan itu dan urusan ini

So semalam aku sempat la online sekejap dan update blog ada priority aku, kebetulan aku ada masa sedikit semalam so aku jengah la blog kenkawan,yang selalu aku terjah adalah blog Jejai..aku terkejut yang blognya tak terupdate dari 5hb Ogos..oh mungkin dia sibuk dengan anak anak dan persiapan hari raya kot..selang beberapa ketika aku mula rasa tak sedap hati..sebab aku tahu yang beliau ada cancer..pun begitu aku tak layan perasaan tu sehinggalah aku buka FB dan aku terbaca status Eyriqazz mengenai kesihatan Jejai di salah satu group di FB

Tersentap jantung aku seketika, aku mula membaca baris demi baris setiap status sambil hati aku berkata janganlah apa2 yang buruk berlaku keatas Jejai.Dan setelah diamati setiap maklumat, lterus aku capai hphone dan menelefon beliau.. Salam dihulur,  dari suara beliau aku merasakan beliau seolah2 menyembunyikan kesakitan yang ditanggung dan cuba buat seolah2 tiada apa yang berlaku..(sebenarnya beliau tidak tahu yang aku aware about his situation) Sejurus itu aku bertanyakan khabar..dan jawapannya adalah ..’nanti aku citer…” aku sebak dan terus aku cakap kat dia ..Jai…kalau ko perlukan kami..ko cakap je ..jangan dok diam2 mcm ni…

Kali pertama berjumpa Jejai

Bro Jejai yang aku kenali sejak awal tahun ni merupakan seorang yang sempoi,aproachable dan peramah orangnya,first time jumpa di sesi karaoke anjuran Abang Ensem dan Madammondoq di Subang jaya..Beliau ni memang pandai menyanyi..aku suka tone suara dia

Paling aku respect kat dia ni adalah beliau seorang yang pegang pada janji..kenapa aku cakap mcm tu? sebabnya adalah bila mana aku telah disuruhnya mencalonkan blog aku bagi salah satu kategori di MITBCA.Asalnya aku memang tak nak masuk,tapi atas desakan beliau dan dia juga janji akan promote ‘kaw2′ untuk meraih undi supaya blog aku ni menang dan ternyata beliau menunaikan janji beliau..Kalau korang tak caya korang tanya lah si Boni ni mcmana dia promote undi kat fb tu hari

Semasa MITBCA Gala Night – Beliau adalah tulang belakang atas kejayaan blog ini meraih anugerah Malaysia International Celebrity Award

Tapi kini aku rasakan giliran aku pula untuk menolong beliau….Kanser Paru Paru Tahap 4 yang dialami beliau kini semakin kritikal dan perlukan wang bagi menampung kos rawatan setelah majikan beliau sudah tidak lagi mampu untuk menampung

Sedikit sebanyak sumbangan kalian dapat meringankan beban Bro Jejai dan keluarganya

Sumbangan bolehla disumbangkan terus ke :

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )
#SaveJejai
TQ


Share

34 Responses to #SaveJejai

  1. spread it… spreaddd it.. #SaveJejai
    Jai.. bertahan jejai..
    KiD recently posted..Karangan Sekolah RendahMy Profile

  2. Kita akan buat VIRAL this info setiap hari yea….
    hazman aka species1980 recently posted..Pizza Hut Red Carpet Party KEMBALI LAGI !!!My Profile

  3. Akan cuba membantu …insyallah

  4. save jejai.. InsyaAllah semoga usaha kita semua diberkati..
    fazrol recently posted..Karangan Sekolah Rendah – Cita-cita saya!My Profile

  5. menangis2 aku baca entri kawan2 yg tulis pasal #SaveJejai ni.. semoga bro Jejai kuat semangat dan sentiasa tabah..
    Anarm recently posted..Wordless Wednesday – Undangan Perkahwinan KamiMy Profile

  6. assalamualaikum zarul…oh !! yer ke patutlah dah lama tiada n3 terbaru kat blog dia…jom kita save jejai InsyaAllah mama akan tolong setakat yang termampu….nanti mama buatkn n3 kat blog mama yer..:(
    maszull recently posted..Pemenang Teka Jumlah Wang Di Umumkan…My Profile

  7. Ya Allah… Semoga beliau terus tabah hadapi semua ni. Sedih… Patut lama xdengar cerita dia.. :(
    deq noor recently posted..Nikmat KebahagiaanMy Profile

  8. baru tau seminggu lepas semasa jumpa Bro Eyriqazz terkejut den dibuatnya.Den dah bagi jugalah cadangan jika berkemampuan suruh di berubat di Bali seperti eyriqazz gtau ada kawan nak tolong..sedih sgt berdoalah kita.#savejejai
    faizalPj recently posted..[ Video ] Tersentuh Hati Dengan Iklan Hari Raya 2012 Syarikat BernasMy Profile

  9. Semoga Allah Memberinya Kekuatan untuk Menghadapi Sakit Ini dan bisa sembuh kembali

  10. sedih dengan nasib yg menimpa abg Jejai.. ari tu 1st time jumpa dia masa buka puasa dgn denaihati.. tak sangka pulak dia diuji mcm ni.. semoga abg Jejai tabah, dikuatkan semangat..
    Suraya recently posted..Undangan ke Majlis Perkahwinan Sue & AnarmMy Profile

  11. semoga jejai tabah dengan ujian Allah ini….
    inshaAllah kami berusaha untuk membantu…
    sweetkurma recently posted..setitis cahaya di aidilfitriMy Profile

  12. #savejejai
    abangensem recently posted..#SaveJejaiMy Profile

  13. rasa sebak gila dapat tahu pasal bro jejai ni… haish… harap2 sangat tak ada apa2 yang buruk jadi kat dia….
    boni kacak recently posted..#SaveJejaiMy Profile

  14. sama2 la kita bantu apa yg patut ye…harap bro jejai dan keluarga kuatkan semangat…harap semuanya akan bertambah baik nanti lepas entri ni dipublishkan oleh blogger2…amin….
    Ezad Skytech recently posted..Sehari LagiMy Profile

  15. mari sama-sama kita doakan Jejai
    aslam recently posted..#SavejejaiMy Profile

  16. Usaha murni menubuhkan dana bantuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau dan keluarga.

  17. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.. #savejejai
    anif recently posted..Bila Rambut Mulai BerubanMy Profile

  18. Saya pun tak pernah mengenali Jejai.. Saya pernah melawat blog Jejai adalah sekali dua..

    Tapi bila baca cerita dekat blog ini, saya bersimpati dengan nasib yang beliau alami..

    Semoga Jejai terus tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T.. Semoga beliau lekas sembuh supaya dapat menyambut Syawal penuh bermakna bersama ahli keluarga beliau yang lain…

    Insya Allah.. Saya akan cuba membantu mana yang termampu..
    Anuar recently posted..Pencapaian Blog Coretan AnuarMy Profile

  19. semoga beliau kuat dan tabah.. InsyaAllah mana yg mampu kita cuba utk sama2 ringankan beban beliau…
    Queen Teratai recently posted..Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin 1433HMy Profile

  20. semoga bro jejai tabah melawan sakit beliau.

    insya Allah kami akan bantu apa terdaya….
    Kancilbiru recently posted..Jom bantu Bro Je Jai | TeratakarmoMy Profile

  21. turut simpati dgn nasib abg jejai… hanya mampu berdoa agar dia selamat. Insyaallah…

  22. kita sama-sama doakan dia supaya kuat dan lebih gagah mengharungi ujian ni.
    titan recently posted..Komisen Pertama dari HalalScience.comMy Profile

  23. memang dah ramai yang tahu and kitorang sokong sangat2 untuk bantu..
    hope beliau akan terus bertahan..walaupun kurang mengenali blogger nie sebab masih baru dalam dunia blogging :)
    Crafty Nieya recently posted..jom bantu blogger otai nie !My Profile

  24. Akan cuba membantu sedaya upaya…
    hatiputera recently posted..Kad Raya 2012My Profile

  25. Semoga Allah permudahkan urusan beliau…lets Save Je Jai..
    Si matatajam recently posted..Salam AidilFitri Dari Si MatatajamMy Profile

  26. moga allah selamatkan beliau dari sebarang kemudaratan yang mengancam nyawa
    spudin recently posted..Contest Raya Bersama Syaifuddin AliasMy Profile

  27. #SaveJejai
    NUR recently posted..#SaveJejai : Lung CA stage 4.My Profile

  28. insyaallah.. semoga masihada peluang utk membantu
    ilasaleh@mama amanarief recently posted..Cuci Poket Lagi Untuk Org Lelaki, Gegirl & Garret Pop CornMy Profile

  29. sy baru tau setelah dijemput masuk ke grup d fb oleh sawanila. mmg sebak pasal abg jejai neh mmg frenly n mempunyai hati yg baik. sy dah jumpa beliau 2 kali… kita sesama doakan yg terbaik utk beliau dan keluarga..
    akuzle ayu recently posted..Nak Cashout?My Profile

  30. insyaAllah bro…..
    usaha yg murni… sekarang masa abg jejai memerlukan… masa kita tak tahu lagi…..
    doakan semoga bro jejai cepat sembuh….. amin
    remyhazza recently posted..Salam Syawal dari Remyhazza !!!!!My Profile

  31. assalamualaikum zarul….bagaimana agaknya keadaan blogger Jejai agaknya kami semua nak tahu la perkembangan beliau…harap dapat buatkan n3 terbaru keadaan kesihatan beliau yer…:(
    maszull recently posted..Bertemu Kembali Di Dunia Blogging…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge