Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Salam

Aduh mungkin ramai yg tertanya kenapa pulak tajuk entry aku kali ni lain macam sedihnya..

Sebenarnya tajuk tu bukanlah drama atau propa nak tarik pembaca tapi ni adalah satu realiti dan ada maksud yang mulia disebalik tajuk entry aku hari ni

Teruskan membaca…

PENGENALAN

SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata (Team SBBMSAM) adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya facebook dari seluruh dunia.

Team ini menjalankan kerja sukarela bagi mengumpul sumbangan Baju Melayu Lelaki / Baju Kurung Perempuan yang BARU untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Perlindungan Warga Emas, Pelajar Miskin dan Asnaf di sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia.

Program ini adalah aktiviti kebajikan dan bukan bertujuan untuk mencari keuntungan. Team ini bermula pada tahun 2010 kemudian diteruskan pada 2011. Kini atas sokongan berterusan rakan-rakan facebook yang prihatin dan berhati mulia, telah memasuki tahun ke tiga (2012).

TUJUAN DAN MATLAMAT
Mengumpul sumbangan pakaian hari raya daripada rakan-rakan facebook berdasarkan keperluan daripada sasaran yang akan diputuskan nanti.

Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama beramal jariah menjelang Ramadan dan Aidilfitri akan datang bagi membantu pelajar miskin dari sekolah dan rumah anak yatim yang terpilih untuk mendapat sepersalinan baju raya (BARU) menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.

URUS SETIA
Team ini dikendali oleh satu urus setia yang komited menjalankan tugas pada luar masa pejabat.

KAEDAH DAN CARA
Melalui pages Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata dan laman web rasmi www.SehelaiBaju.com kami dari masa ke semasa akan menguar-uarkan keperluan baju-baju tersebut berserta dengan saiz dan ukuran baju-baju yang diperlukan.

Bagi individu yang ingin menyumbang adalah digalakkan merujuk kepada saiz-saiz yang dipaparkan di laman web kami sebelum membeli pakaian berkenaan.

Semua bungkusan pakaian yang walaupun sehelai, hendaklah dipos ke alamat urus setia seperti di bawah:

TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Tuan Norakmal bt Abdullah)
Royale Millennium (M) Sdn Bhd
No 551, Tingkat 3, Wisma DMG,
Jalan Samudera Utara 1
Taman Samudera
68100 BATU CAVES SELANGOR
Tel. : 603-6186 3949 (waktu pejabat) atau

No telefon urus setia untuk dihubungi:

  1. Ahmad Saabun: 016-2151192
  2. Harif@NagaTimur: 013-2275450/017-6086987/018-2036320
  3. Norakmal Abdullah: 019-3652834
  4. Mohd Rozmie (JimieRay): 012-4982295

TEMPOH KEMPEN
Bagi tahun ini kempen bermula dari 20hb Mei 2012 hingga 10 Ogos 2012.
Kiriman yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dapat diserahkan kepada penerima memandangkan telah begitu hampir dengan tarikh sambutan Aidilfitri

Majlis berbuka puasa & serahan sumbangan baju raya dari Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata bersama Jabatan Penerangan P.Pinang dan Kelab Motor Sym P.Pinang untuk anak-anak yatim di Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Balik Pulau, P.Pinang.

PENAFIAN
Kami sama sekali tidak menerima kiriman BAJU TERPAKAI dan WANG TUNAI.

Semoga usaha kecil kita ini akan memberi sinar gembira buat insan-inisan yang amat memerlukan pakaian baru untuk Aidilfitri. Bagi kami tiada maknanya kita seisi keluarga bergembira sedangkan pada masa sama masih ada insan lain yang bernasib malang…

Kirimlah walau sehelai pakaian BARU untuk mereka.
Semestinya keperihatinan anda itu akan menambah saham akhirat anda, insyaAllah.
Terimakasih…


PS: Sila layari www.SehelaiBaju.com untuk maklumat lanjut.

PSS: Sebagai tanda sokongan anda.. Sila Klik ‘LIKE’ and ‘SHARE’ untuk maklumkan kepada rakan-rakan yang lain…


Share

30 Responses to Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

  1. first!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    boni recently posted..Jangan Duga Kesabaran Seorang Lelaki Wahai Sang GadisMy Profile

  2. ultra bonz kembali!!! hahahaha

  3. bagus la ada team ni. at least yang tak berkemampuan merasa juga pakai baju raya…
    boni recently posted..Jangan Duga Kesabaran Seorang Lelaki Wahai Sang GadisMy Profile

  4. is a goo d effort..insyaAllah …..
    sha recently posted..MasterChef Celebrity Malaysia 2012 : Kari Ini HariMy Profile

  5. Semoga usaha yang dilakukan oleh kita semua untuk membantu mereka yang tidak bekermampuan sentiasa di rahmati oleh Allah. S.W.T..

    Amin..
    Anuar recently posted..Saham Felda Global Ventures (FGVH)My Profile

  6. bagus program ni… sy x boleh nak buka websitenyer…
    pn sheila recently posted..Nak masak apa hari ni?My Profile

  7. sangat bagus ni

  8. Tq bro for info.
    azman recently posted..Report Card – Teringat Zaman SekolahMy Profile

  9. Assalam..
    Satu usaha yang terpuji.
    thanks atas info tersebut.
    iza recently posted..Tiramisu StrawberryMy Profile

  10. insyaAllah sama2 kita membantu ikut kemampuan kita.
    Denaihati recently posted..Euro 2012 Final : Spain vs ItalyMy Profile

  11. Bagus sangat ni, semoga berjaya..
    ReM recently posted..No Need to Sell FGV, Keep ItMy Profile

  12. assalamualaikum zarul….mekacih yer kerana berkongsi maklumat ini insyaAllah kita akan tetap menolong menghantar baju2 buat mereka…:)
    maszull recently posted.."Segmen Dari Jiakreatifelt : Header Dulu Hingga Kini Yang Terbaik"My Profile

  13. off topic ..dengar cerita abang ensem umur 28, eyriqazz bagitau ..haish…yeke ? hahaha..kena ambik tahu ni
    spudin recently posted..Blogspot > WordPress – Macam Mana ? (part ii)My Profile

  14. Satu usaha yang patut diberi sokongan penuh
    JAI recently posted..Satu Penyamaran Yang Hampir Buat Sesiapa Sahaja TerpedayaMy Profile

  15. Ketika kita bergembira di hari lebaran. Ada yang bersedih tidak berpeluang memakai baju cantik.
    akubiomed recently posted..Aksi adik beradik Koning didalam keretaMy Profile

  16. bagus benda ni kan.baju terpakai yang elok lagi banyak je tapi dah terang2 dia tulis kat situ no baju terpakai.hmmm..takpela
    arelan recently posted..Ku PaNJaTKaN KesYuKuRaNMy Profile

  17. beramal dan bersedekah apatah lagi kepada golongan yg memerlukan dan anak2 yatim besar ganjarannya……..
    kegembiraan harus dikongsi bersama…….
    remyhazza recently posted..Brave…. byknya pengajaran….. byknya kegembiraan!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge