
PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.
“Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.
“Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian seinggakan sampaikan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.
“Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.
Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.
Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.
berita ehsan mstaronline.com





innalillahhiwainnailaihirojiunn,……setiap yang hidup pasti akan mati,..itu adalah ketentuanNya,….kita hilang sebutir lagi bintang yang tiada gantinya,….
al-fatihah semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman
amin,…..amin,…aminn,…terkejut saya abg zarul,…tak sangka kan,..mcm yg ayang cakap,..neneknya tak sakit,..cuma kencing manis,…tp Allah tahu segala-galanya,….
smga allah mncucuri rhmt keatsnye
insyaallah sama2 kita doakan
DaripadaNya kita dtg, kepadaNya kita kembali, Allah lebih menyanyanginya.. moge die di tempatkn dikalngn org2 yang beriman..