Dari kiri,Hafiz,Zarul dan Saiful dari Umbrella
Semalam saya dan rakan2 dari Umbrella,iaitu Hafiz dan Saiful telah meluangkan masa untuk menghadiri satu sessi temuramah untuk rancangan Diva@1 yang bakal disiarkan di RTM TV1 tak lama lagi.Rancangan ini disiarkan setiap hari dari jam 1140pagi selama 15 min dari Isnin hingga Sabtu dan pada hari Ahad ianya disiarkan pada jam 12-1230 tghari
Gelak pasal dok citer pasal semuanya da matang dan tembam2
Temubual berkisar pada aktviti semasa kami dan juga mempromosikan single terbaru Sayang Bersebab dan juga menceritakan serba sedikit 2 buah lagu lagi kami yg masih dalam proses rakaman,salah satunya adalah lagu yg berjudul ‘Gema” ciptaan Hafiz Umbrella dan saya sendiri selaku penulis lirik.
Penggambaran sessi temubual ni diadakan di pejabat Mekarlah Production iaitu syarikat kepunyaan komposer terkenal Saari Amri dikawasan sekitar Pandan Indah.Selain kami turut ditemubual ialah Amir Uk’s dan seorang pendatang baru -iaitu anak didik Saari Amri yg baru Ery Ma’arof.
Dikhabarkan Saari Amri akan menamakan judul album tu nanti dengan judul ‘Bisa Berpanjangan’ dan akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu lagi oleh FMC Music (M) Sdn Bhd -Insyaallah.
Hensem juga saya berkaca mata yer hahaaha puji diri sendiri tetiba
Jadi kepada peminat2 Umbrella dan Amir Uk’s serta penggemar karya karya Saari Amri boleh la mendapatkannya dipasaran nanti..dan seperti biasa Beli Yang Original!! Terima Kasih
Kenangan sungguh anugerah cakera emas tu
Disini saya uploadkan sekali gambar saya dan Umbrella semasa temubual dan gambar2 lain akan saya upload di entry esok dan juga beberapa keping akan saya upload di FB Umbrella..Untuk Like kami sila klik disini
Share
















uiks. abg dh nampak kurus.. menjadik eh produk kurus aizat tu. eh. terlebih sudehh..
oops mana ader…
Tahniah,
tak sangka akhirnya Umbrella muncul kembali….sukernyer….chumel2 semua
tahniah abg zarul,..semoga semuanya berjalan ngan lancar,….dan apa yg di plan pun akan menjadi kenyataan,…
insyaallah..
Yes.. akhirnye.. dpt jgk.. tgk umbrella kt tv lg.. nti abg bgtau tarikh siarn, x blh terlps ni.. hr tu dh terlps dgr kat suria FM.. kali ni x blh lpskn.. huhu..
tarikh siaran tu saya tak pasti…katanya dalam minggu depan ataupun minggu depan lagi sekali
huhuhuhu….. kalo x sempat tgk.. jengok jer la kat youtube nanti ek.. sure ader la tuh nanti…