Salam

Afee u-Topia (tengah)
Semasa aku buat persembahan di Singapura tempohari,aku berkongsi pentas dengan otai rock era 80an dari kumpulan U-Topia,iaitu Bro Afee dan Bro Malek dari Zabarjad
Sebelum ke Singapura kami telah diberi bilik disalah sebuah hotel di bandar JB oleh pihak penganjur,semasa dihotel sempat la aku berborak dgn Bro Afee ni
Pertama kali berjumpa di lobby hotel dia tak cam aku,tapi aku cam muka dia sbb selalu tgk vc dia kat youtube..lepas aku perkenalkan diri baru dia perasan.Tak sangka bro Afee ni mmg sempoi orangnya.Banyak jugak hal yg kami borakkan especially mengenai industri muzik dan karrier sebagai penyanyi
Aku agak terkejut bila mana beliau menyatakan yg beliau kini FULL TIME menyanyi sejak 2 tahun lalu dan pendapatan dari show2 pun katanya alhamdulillah..”boleh la nak sara keluarga,tapi kena kerja keras la sikit’…ujar beliau yg sebelum show di Singapura dia baru selesai show di Terengganu dan bergegas ke JB selepas show di sana
Selain tu juga aku seronok bila dengar citer2 masa zaman2 rock kapak dulu yg paling best adalah citer pasal seluar ketat, dia citer lah tips mcmana nak sarung seluar yg ketat tu tanpa bersusah payah..tips nya adalah dgn menyarung kan plastik di kaki(buat mcm stoking) dan lepas tu sarung la seluar seperti biasa..so efect dari licin plastik tu memudahkan proses penyarungan
Kalau korang dengar radio Suria FM korang mesti selalu dengar lagu terbaru bro Afee ni yg berjudul ‘Maafkan Aku“..menurut beliau lagu tu semakin meningkat naik,ke mana je dia pergi buat show ,penonton mesti mahukan lagu tu..
Aku respect kat dia pasal dia memang betul2 dedicated dgn kerja dia disamping tu jugak tabik kat wife dia sebab sama2 menyokong kerjaya suaminya,sentiasa berada disisi membantu urusan kerjaya Afee.
All the best to bro Afee U-Topia
Jom Layan video ‘Maafkan Aku”
Share






