Tag Archives: album Najwa Latif

Jangan Beli Album Najwa Latif Jika..

Salam,

Apa ada pada album sulong Najwa Latif ?? Kosong??? Jangan beli album ni jika anda TIDAK suka mendengar lagu-lagu yang best, yang fresh,dan yang catchy..

Album yang boleh aku kategorikan  sebagai mini album ni memuatkan  5 buah lagu dan semuanya adalah hasil ciptaan anak dara Pak Latif yg hanya berusia 16 tahun ni (tua setahun je dari anak dara gua..heheh)

First of all,tahniah pada Najwa sebab berjaya menghasilkan album ni dgn memuatkan 100% lagu hasil ciptaan beliau dan lirik 100% dari tulisan kakaknya sendiri iaitu Ika Latif

Di track 1 dan 2 iaitu Cinta Muka Buku dan Carta Hati telah lama bertapak dan track 3 iaitu Kosong kini sedang mendaki bnyk carta2 radio tempatan.

Manakala  track 4 pun tidak kurang juga hebatnya,pertama kali dengar aku ingatkan ciptaan komposer lain namun sangkaan aku meleset sebab ianya memang ditulis oleh Najwa..lagu berjudul Sahabat ni menampilkan SyamKamarul & Sleeq cukup cukup catchy dan aku jamin lagu ni memang berupaya “menangkap” semua telinga yang mendengarnya,ditambah lagi dgn sentuhan rap dari Sleeq membuatkan lagu ni menjadi ‘almost perfect’

Di track ke 5 lagu berjudul I Love You,lagu ni aku tak pasti boleh lepas masuk radio ke tak sebab ada sikit ‘rojak’ dalam bahasa liriknya,namun begitu lagu nya cukup cukup membuatkan aku happy mengeluarkan RM19.90 dari poket kosong aku ni…tak caya..beli lah…Berbaloi2!!

Mini album ni adalah terbitan NAR Record dan diedarkan oleh FMC...100% produk Malaysia..Jadi sokonglah barangan buatan Malaysia dan katakan TIDAK kepada muaturun haram di internet


Share