Ramai yg bertanya kat saya “tak de lagu baru ke bang?” , dan “tak nak nyanyi balik ke bang?’
So ni la jawapan saya..Saya da rakamkan lagu baru dan lagu tu pun da release dalam album kompilasi “Rock Berbisa Saari Amri” menampilkan 20 lagu2 hebat karya Saari Amri dan 2 buah lagu baru iaitu Sayang Bersebab dari saya dan Kasih Terlihat dari Amir Uks
Jom layan lagu Sayang Bersebab dan Kasih Terlihat
Kedua dua lagu ni boleh didapatkan dalam CD/VCD Rock Berbisa Saari Amri yg kini sudah pun berada dipasaran
Alhamdulillah selesai juga rakaman untuk single Umbrella yg baru iaitu ‘Sayang Bersebab’ semalam.Perasaaan saya bercampur antara nervous dan tidak,maklumlah da lama tak nyanyi kat studio rakaman..nyanyi stage dan studio adalah dua proses yang amat berlainan dan proses rakaman memerlukan ketelitian dan stress sikit lah
Apapun lagu yang diberi taklah susah sangat cuma lirik je tak berapa nak boleh feel..tp buat2 feel jer huhu..Saari Amri pun ada bagi guide untuk sedapkan lagi nyanyian saya..chewahh
Saya ambil masa selama sejam untuk siapkan lagu ni,lepas je saya selesai Amir UKs pulak masuk studio untuk record single baru dia iaitu ‘Kasih Terlihat’
Pada saya dua dua lagu,Sayang Bersebab da Kasih Terlihat mempunyai kekuatan pada melodi dan mampu menghiburkan anda yang layan rentak ala2 90an ni..adik ipar saya yg baru 18tahun da dengar ,dan dia amat suka dgn lagu ni..
Saya diberitahu kedua2 single baru ini akan dimuatkan dalam album koleksi Saari Amri dan bakal release insyaallah dalam bulan depan atau Jun ini.nantikan kemunculannya!!