Salam
Semalam dalam tengahari aku dikejutkan dengan email yg mengatakan yg aku dah dicalonkan dalam satu anugerah bagi blogger iaitu Malaysia International Tourisme Blogger Conference and Award. dan aku tercalon dalam kategori Celebrity Blogger ..Alhamdulillah
Ni semua gara gara Mamat ni yg menyuruh aku join event award ni,pada aku,sebenarnya aku ni masih baru dan aku rasa blog aku masih tak layak kot utk join event2 mcm ni
Tapi dgn sokongan kenkawan,aku join gak lah tanpa mengharapkan apa2,menang kalah tidak menjadi hal
Bila aku tgk senarai calon2 yg bertanding ..umang aih,,bukan calang2 lawan aku,si Fatin Liyana,Hanis Zalikha,Maria Elena dan Sarimah Ibrahim..ko ado!!..terasa diri ini sungguh kerdil
Namun begitu sokongan kenkawan menjadikan aku bangkit utk terus melawan,bak kata PR ..Lawan Tetap Lawan hahahaa-Bilis akan bangkit melawan jerung begitulah ungkapan semangat member hensem aku sorang ni kat aku melalui msg Twitternyer
Alhamdulillah dengan sokongan Bro Jejai,semalam sahaja lebih 30 undi telah diraih melalui rakan2 di FB dan juga dari entry Ms Syuhada dan Bro Aslam telah melonjakkan aku ditangga pertama dalam masa sehari sahaja
Jumlah undi setakat entry ni ditulis, aku mendahului dengan 64 undi..Terima Kasih to all the Voters!!
Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih kepada korang yg telah mengundi dan juga telah menolong aku dapatkan undian..Special thanx to Bro Hazman sbb sudi share kat wall FB dia
Last but not least aku ada buat video ni khas buat korang yg telah mengundi dan juga bakal mengundi aku nnt
Enjoy!!



