Tag Archives: artis malaysia

Kisah Umbrella Dan Mangga

Salam Jumaat to all my readers…ada ker readers??..heheh hopefully ada la yer..Ok sebenarnya aku ada bnyak story nak diceritakan tapi bnyk yg aku lupa bila mana tiba masa aku nak kena taip utk update entry baru..ni la antara perangai aku,pelupa!..nnt nak kena beli buku 555 buat catitan terus bila masa idea tu dtg

Untuk hari ni aku hanya teringat nak bercerita pasal sejarah Umbrella dengan majalah Mangga..Ide ni terdetik bila mana br sebentar tadi (sewaktu blog ni ditulis) aku dan editor MANGGA/MANGGAONLINE telah bersepakat utk mengadakan sessi fotografi bagi kumpulan Umbrella pada minggu hadapan distudio Kumpulan Utusan,Sg Besi.

Sejak Umbrella kembali bersatu pada akhir 2010 yg lepas, ini adalah sesi foto yg ke3 buat kami,dimana sebelum ini akhbar Kosmo dan Mingguan Malaysia telah meyiarkan foto serta artikel terbaru kami

Keratan Mingguan Malaysia 2010

Continue reading


Share

Bayaran Diterima Artis Malaysia

Nah straight to the point,tak de nak bengkakng bengkok lagi,NST ada dedahkan pasal bayaran artis2 kat Malaysia berdasarkan kepada setengah jam persembahan..

Pada aku semua harga berpatutan..hehehe.. Oh tetapi sebelum tu saya punya rate lagi murah la..dan boleh nego lagi minimum RM2XXX fr setengah jam kalau dengan Umbrella tu.. double lah

Berikut adalah senarai harga artis dipasaran

DATUK SITI NURHALIZA
* RM45,000 for a 30-minute show* RM70,000 for a one-hour show (gulp!)

DATUK SHEILA MAJID
* RM35,000 for a 30-minute show* RM55,000 for a one-hour show

ANUAR ZAIN
* RM25,000 for a 30-minute show* RM55,000 for a one-hour show

DAYANG NURFAIZAH
* RM16,000 for a 30-minute show* RM35,000 for a one-hour show

ZAINAL ABIDIN

* RM 30,000 for a 30 minute show

NING BAIZURA

* RM18,500 for a 30-minute show* RM28,000 for a one-hour show

JACLYN VICTOR
* RM18,000 for a 30-minute show* RM30,000 for a one-hour show

ADIBAH NOOR
* RM20,000 for a 30-minute show* RM45,000 for a one-hour show

AFDLIN SHAUKI
* RM18,000 for a show

Dikhabarkan juga baru baru ni Anuar Zain mendapat bayaran sebanyak RM100,000 untuk show Secretaries Week selama 3-4hari di salah sebuah hotel ternama Malaysia

Kalau diperhatikan dari artis2 diatas tu,kita tengok semua artis yg berkaliber dan tak de bnyk kontroversi sgt..kerja dorang ni buat duit jer..bukannya buat kontroversi..

Mungkin tertanya tanya juga mana harga Faizal Tahir,Jamal Abdillah dan budak2 AF..well menurut sumber yg boleh dipercayai dan bukan rasmi..FT adalah dalam lingkungan RM15-25k,begitu juga Jamal,manakala budak2 AF dirate ikut kedudukan semasa Final,kalau Juara bayaran RM8k(tp tu harga sebelum Astro tolak 50% kot)

Senarai harga ni adalah bayaran utk show anjuran dari pihak persendirian,kerajaan dan swasta,jika show TV biasanya artis tidak mengenakan bayaran,cukup hanya token aprisiasi je dalam dua tiga ratus


Share

Bagaimana Artis Kerja?

Korang mesti tertanya tanya bagaimana agaknyer artis artis kat Malaysia ni bekerja.Apa kerja dorang buat selain menaynyi dan berlakon ek?Secara amnyer kerja dorang2 ni semua memang senang dan tak de le stress mana..

Ok ni saya nak citerlah melalui pengalaman saya jer,pengalaman artis2 lain saya tak nak citer..ttp lebih kurang jugaklah kalau artis tu artis yg mula kerjaya dalam tahun 90an

Pertama sekali kerja penyanyi ni adalah buat rakaman di studio lah..(selepas tandatangan kontrak dengan syarikat rakaman)..Bila rakaman da dekat nak settle,maka sibuklah pulak buat sessi foto utk cover album.Bila semua da selesai kami akan diambilalih oleh team promosi syarikat rakaman untuk menjalankan kerja2 promosi album.Masa ni lah bermulanya tempias2 glamer terkena kepada artis2..Mana taknyer hari hari kami akan ke sesi fotografi majalah,akhbar dan juga ke stesyen2 TV dan radio

Tu jelah kerja artis sebenarnya..pergi jumpa reporter..amik gambar dan create story..ada juga repoter yg create story bg penambah perisa.Yg pasal story2 ni kami dan wartawan ada juga off record..maknanya sesama kami je tahu ..tak dedahkan pada umum,tp ada juga setengah reporter yg buat dajal..saje buat fitnah..citer2 yg dorang dapat tu mungkin dorang dapat dr segelintir golongan yg terlibat dgn artis cthnya makeup artis,dancer dan juga PR syarikat rakaman tanpa merujuk artis terbabit

Lagi satu kerja artis ni adalah buat show utk promosi..show2 mcm ni mmg kami tak dapat duit pun kalau ada mungkin takat cover duit minyak jer.Selalunyer show mcm ni dilakukan di shopping mall menggunakan minus one dan kekadang miming..Kalau dalam tempoh 6 bulan selepas album keluar merata Malaysia la kami pusing.kami dulu pusing pakai van jer..kalau mcm Ziana,Awie atau Ella dulu pusing Msia naik kapalterbang.

Bila da habis promosi,nama da naik lagu da popular,maka masa ni tambah bz ler artis tu..majalah dan akhbar kejar dorang pulak utuk story dan foto session,stesyen TV dan radio pun asyik bertanya bila free nak masuk HMI lah,tetamu MMuzik la dsb.

Manakala show pun bertambah ada je tiap2 minggu show nyer..Event2 yg melibatkan artis pun kita nak kena attend,majlis buka puasa,majlis tu la majlis ni lah..pendekkata mmg seronok la.Tapi yg tak seronok bila bayaran ciput dan artis nak kena belanja banyak utk setiap event beli pakaian dsb

Selain tu artis ni kerjanya menjaga hati segelintir manusia dan yg paling penting menjaga hati peminat2..Surat2 peminat nak kena balas(not applicable anymore)pasal da ada Twitter dan FB

p/s ada tak peminat yg menjaga hati artis kesayangan mereka?

***gambar ehsan http://www.facebook.com/artis90an

Sign Off!!


Share