Tag Archives: Facebook

Tip Nyanyian dan Majlis Muzik Malaysia

Hari ni adalah seperti biasa saya lalui cuma ada perit sikit pasal aircon keta saya buat hal..compreser aircon keta saya dilaporkan berada didalam keadaan kritikal dan perlu diganti secepat mungkin..adoi kopak lagi ler..aritu baru jer tampal bumbung rumah..anyway life’s goes on..tak perlu nak komplen..kena atasi jugak walau apa cara sekalipun maklumla ni adalah sebahagian dari keperluan asas hidup dikota serba mencabar ni

Okay semasa di workshop saya seperti biasa akan membawa laptop dan broadband saya jadi tak delah bosan sangat menunggu..dan saya pun online la seperti rutin saya seharian check email/check sale Rahsia Vokal.Com check tu check ni dan last sekali on FB ler..so dalam FB ni kerja saya bukan setakat nak bersosial malah saya juga menumpukan perhatian kepada mebina semula nama Umbrella di khalayak maya.

Selain itu juga pada awalnye saya menggunakan FB sebagai salah satu platform utk saya mempromosi produk digital saya iaitu ebook Rahsia Vokal.Atas landasan itu saya perlukan traffic atau targeted customer untuk mengenali produk saya ini,jadi dengan itu saya telah create satu Group di FB yg saya namakan sebagai “Tip Nyanyian”(TN)

Group ni ditubuhkan bertujuan untuk menarik para pengguna FB di Malaysia yg minat menyanyi berkongsi tip tips nyanyian sesama ahli dan juga saya juga menerima video2 nyanyian ahli untuk di paparkan dan sama2 bagi komen

Saya juga selalu memberi tips2 berkenaan hal2 nyanyian dan juga berkongsi pengalaman menyanyi saya dengan rakan2 di group ini.Permulaan sambutan agak biasa sahaja saya hanya mampu mengmpu  seramai 500 org lebih ahli dalam masa sebulan

Dari hari ke sehari saya gigih membantu ahli2 sedaya upaya saya untuk memperbaiki mutu nyanyian mereka..dalam pada tu juga saya menganjurkan pertandingan nyanyian melalui video yg mereka upload di wall group tu,dan sambutan mmg mengejutkan saya kerana tak sampai sebulan selepas penganjuran ahli bertambah hampir 1000 orng dan sebulan lepas tu bertambah lagi 1000.

Saya tak sangka sebenarnya usaha saya selama ini membantu rakan di group tu diperhatikan oleh ramai pihak..Ada yg menawarkan saya untuk menjadi tutor di salah satu Akademi Persembahan Swasta di KL namun saya belum memberi kata putus sbb mereka masih KIV program seni vokal di akademi mereka sehingga ke hari ini

Dan lagi satu tawaran saya terima adalah dari salah seorang ahli berkumpulan terkenal tanahair V.E yg kini sedang bekerjasama dengan Majlis Muzik Malaysia MMM bagi menjalankan satu projek khas untuk memupuk minat dan pengetahuan para penggiat seni tanahair dan juga masyarakat tentang peri pentingnya Muzik Business Education..dimana projek ni adalah projek usahsama antara Kementerian Penerangan dan International Music Council.

Menurut beliau projek ni akan bermula sekitar awal tahun hadapan,secara detailnya saya tak berapa pasti lagi apakah peranan yg perlu saya mainkan jika saya ‘team-up’ dgn mereka nanti.Kini sedang menunggu pengesahan dari beliau untuk buat meeting serta penerangan dari pihak terbabit

Secara ikhlasnya saya bukanlah pakar sangat dalam muzik,masih hijau kata org tu..tapi memandangkan perkara ni adalah perkara berat,saya tak berani nak buat apa2 keputusan lagi ..tapi jauh disudut hati saya,..saya mmg berminat utk  berkerjasama dengan dorang..bukan senang dek ..International Music Council punyer projek ni…

Dan lagi satu saya juga perihatin akan perkembangan industri muzik tanahair sebab ramai yg berbakat kat Malaysia ni cuma tak ramai yang tahu tentang bagaimana nak berbisnes dengan bakat mereka,mereka juga masih tak tahu bagaimana untuk berdikari tanpa mengharapkan syarikat rakaman untuk menjadi artis/pemuzik terkenal dan disegani

Diharapkan agar projek ni nanti dapat memberi kesan yg besar kepada muzik tanahiar tidak kira lah samada saya terbabit atau tidak,yg penting ianya berjaya membuahkan hasil yg diharapkan

 

 


Share