Hari ni nak share sedikit ilmu perniagaan internet dengan anda semua.Sebenarnya apa yg akan saya tulis ini adalah summary dari apa yg telah tulis dalam ebook saya iaitu Asas Affiliate yg telah saya hasilkan dalam tahun 2008 yg lalu
ok mari kita baca……..
Affiliate adalah salah satu cabang dalam perniagaan internet,secara
amnya,bidang perniagaan affiliate ini lebih menumpukan kepada usaha
pemasaran atau promosi produk-produk di internet.Sesiapa sahaja
khususnya semua orang yang terlibat dalam industri ini boleh
menyertainya,tanpa apa-apa bayaran,syarat-syarat ketat atau melalui
temuduga yang melecehkan.
Program affiliate selalunya disediakan dan dibuka oleh pemilik produk di
dalam websitenya,sesiapa yang mendaftar akan dipanggil affiliater dan akan
diberi satu link yg unik untuk membuat promosi membawa prospek ke laman
produk dan seterusnya membuat pembelian.Komisyen akan dibayar kepada
setiap affiliater yang berjaya membuat jualan,kebiasaanya komisyen antara
30%-50% dari harga jualan akan dibayar oleh pemilik produk.Dalam erti kata
lain affiliater ni ibarat agen pemasaran di internet.
Untuk terlibat dalam bidang pemasaran affiliate ini tidaklah memerlukan
modal yang besar tapi cukup hanya sejumlah kecil modal untuk anda
membeli serta menyewa beberapa tools dan software yang akan membantu
dalam pemasaran affiliate anda ,seterusnya menghasilkan jualan yang
lumayan.Saya akan mengupas lebih lanjut mengenai perkara ini dibab-bab
yang seterusnya.
Ramai usahawan internet di Malaysia kini menjana ribuan ringgit hanya
dalam beberapa hari saja hasil daripada jualan affiliate mereka,untuk
menghasilkan jualan dalam affiliate bukanlah susah tapi dengan syarat anda
mempunyai beberapa perkara asas yang kukuh terlebih dahulu.Perkara-
perkara asas ini akan saya terangkan dalam ebook ini nanti
Begitulah tadi serba sedikt definasi serta pengenalan mengenai bidang
affiliate ini dan bagaimana ianya menjana wang hanya dengan duduk
dihadapan laptop sahaja.
Untuk terlibat dalam affiliate ini anda mestilah sentiasa peka dan kreatif serta
tekun dalam melakukan promosi-promosi link affiliate anda,kerana bidang ini
akan memberi pulangan yang lumayan jika anda berkerja keras kearah
itu,jika anda berlengah-lengah serta selalu memberi alasan maka hasilnya
juga akan tidak se”gah” yang anda harapkan..asyik makan telur je la..ho ho
Jadi,saya harap anda sudah pun menanam azam yang kuat untuk berjaya
didalam diri anda sebelum anda membelek mukasurat yang
seterusnya,jangan membazir masa anda jika anda seorang yang malas untuk
berusaha.eBook ini saya hasilkan untuk membantu rakan-rakan diluar sana
yang ingin berjaya dan bukannya untuk orang-orang yang malas
Jika anda sudah bersedia mari kita mulakan!
Jika berminat korang boleh download ebook ini disini secara Percuma sahaja
Bab 2
Bagaimana Nak Mula?
Share


