Saya ni mmg kaki gadjet dari dulu lagi..sebenarnya hobi kumpul2 gadjet ni bila mp3 player diperkenalkan kepada umum sekitar awal 2000..ketika itu iPod hangat diperkatakan..setelah tu bnyk lah mp3 player pelbagai jenama muncul di pasaran ..
Gadjet pertama saya adalah dalam tahun 2004 dimana saya beli mp3 player jenama Samsung 20gb bernilai hampir RM1200 pada masa tu,boleh dikatakan agak mahal jika nak dibandingkan dgn mp3 masa sekarang dimana iPod Classic 120gb boleh dapat dalam harga RM800-900 sahaja.

Setelah hampir setahun dgn Samsung tu saya pakai iPod Classic 160GB,
Manakala pada tahun 2007 saya upgrade pakai laptop pulak,first laptop saya adalah Compaq Presario yg berharga dalam RM2k++

Bermula dari itulah saya mula berjinak jinak dengan perniagaan internet saya,dan hasilnyer maka tertubuhlah RahsiaVokal.Com dua tahun selepas itu
Selepas 2009,saya mula melihat2 produk2 gadjet dari Apple,hasil dari RahsiaVokal.com campur duit simpanan sikit2 saya gagahkan diri untuk menyambar sebijik laptop MacBook Pro pada tahun lepas

MacBook Pro (main gadjet yg saya usung kemana juga saya pergi)
Gila gadjet dalam diri saya ni masih membuak buak tapi tak delah mampu sgt nak beli2 macam2 namun keghairahan saya pada gadjet ni diperhatikan oleh isteri saya dan dalam tahun lepas juga sempena birthday saya, beliau hadiahkan saya sebijik iPod Touch untuk saya

iPod Touch untuk hiburan masa lapang dan ber internet on the go
Pada masa yg sama saya juga minat dalam photography,saya suka tgk gambar2 yg cantik,maka dari situ timbul minat untuk membeli sebijik camera DSLR,kumpul2 duit sikit2 maka dapatlah sebijik DSLR yg paling cekai iaitu Nikon D3000

My Nikon D3000
So dari kamera ni banyak gambar2 yg telah diambil dan dimuaturun ke blog ni,tp mmg saya letih nak usung merata dunia sebab besar jadi saya pakai isteri saya nyer camera compact yg bawah tu ..Nikon jugak dek!!

Sejak demam iPad tu hari mmg saya ‘kering’ la nak grab..tak berani dah..tgk dari jauh je lah org menenyeh iPad dorang sambil menelan air liur sendiri huhu,namun rezeki saper sangka,dengan tak menaruh harapan setinggi gunung saya pergi kedai untuk dapatkan iPad 2 tuhari alhamdulillah masih lagi ada stock untk saya ,tu pun unit yg terakhir je yg tinggal,yg lelain tu tinggal yg mahal2 tahap gaban jer

iPad 2..nnt saya tulis pasal review benda alah ni nnt k..Tunggu…..
Last but not least,gadjet yg wajib ada pada setiap org adalah hp la kan..ni saya punya,hadiah dari isteri jugak ni,iaitu BlackBerry Curve

Itulah saja barang2 mainan saya,yg masing2 punya fungsi yg berbeza sesuai utk kegunaan saya yg aktif berinternet,biznes,blogging dan travel around the world..chewahh
Gadjet saya bergambar ramai2

Sign Off!!
Share