Tag Archives: Istana Budaya

Umbrella Di Laman Santai,Istana Budaya

Dua hari lepas aku kembali bergabung dengan Umbrella utk satu persembahan sempena hujung minggu di Laman Santai Istana Budaya,KL

Mungkin ramai yg tidak tahu akan keujudan tempat ni bukan..almaklumlah nama Istana Budaya yg gah tu jer korang tahu..actually Laman Santai ni merupakan tempat berehat sambil makan2 di gerai bersebelahan dengan Istana Budaya dan diuruskan oleh pihak pengurusan Istana Budaya

gambar- bersama Aishah AF7

gambar bersama Mya Ruslee dan Aishah AF7

So every weekend ada lah persembahan2 artis tanahair yg lama, yg baru,yg tgh popular,yg tgh nak naik dan mcm2 kategori artis lagi lah

Pada malam Umbrella buat persembahan ..kami bersama sama artis seperti Maya dan juga Aishah AF7..

Persembahan ini adalah meruakan persembahan kami yg ke dua dalam tahun ni di Laman Santai ni..alhamdulillah..rezeki..

Aku tak sangka gak malam tu mcm2 feedback yg aku dapat selepas aku buat persembahan.Antaranya ;-

i) ada yg dtg dr Taiping satu famili semata2 nak tengok Umbrella..
ii ) ada juga yg sebelum ni tak pernah dengar pun nama Umbrella,cuma pernah dengar je lagu Ramalanku Benar Belaka thru radio..
iii) ada juga yg secara kebetulan ada di Laman Santai mengambil kesempatan utk nengok persembahan kami
iv) ada juga yg sanggup tunggu persembahan kami dari mula sampai habis walaupun acara lain mem’boring’kan mereka
v) ramai yg tanya mcmana saya boleh kurus balik?

vi)ada jugak yg kenal Umbrella..tapi tak tahu nama aku hahahaha…betapa tak popularnyer aku..apa2pun minah tu cool siap nak bergambar dgn aku walaupun tak tahu nama aku…ok je lahhh

Overall,secara peribadi aku puashati dgn persembahan vokal aku kali ni berbanding dgn sebelum ni..ni berkat berhenti merokok selama hampir sebulan sebelum ni..yg lain2 tu ada ler sikit kurang sana sini dan akan diperbaiki dari masa ke semasa

Dan kepada yg sudi datang malam tu aku ucapkan jutaan terima kasih dan semoga terhibur,kalau ada kekurangan tu kami minta maaf la yer

p/s terima kasih kpd akuzle ayu-blogger Nasi Kerabu Buah Tanjung yg sudi menghadirkan diri

Hafiz on Guitar

Saiful on drum


Share

Umbrella – Update Terbaru

Salam

Alhamdulillah setelah agak lama tak de aktiviti maka insyaallah pada 24 Dec ni Umbrella akan buat persembahan santai di Laman Santai Istana Budaya pada jam 9 malam

Persembahan di venue ni dah kami buat pada tahun lepas..(lihat Video) dan sambutan alhamdulillah.

Show ni baru je kami confirmkan dan mulai hari ni maka sibuklah sikit aku ni..nak kena buat persediaan sedikit sebanyak..Aku agak exited sebab dah lama tak perform..neves pun ada gak ni..

Harap kepada korang yg ada sekitar KL boleh la dtg pada 24 Disember ni pukul 9pm di Laman Santai Istana Budaya..

p/s lokasi adalah di kawasan Istana Budaya (kat tempat makan kat luar)


Share

Mesti Tonton: Teater Lat Kampung Boy sebuah Muzikal

lat1Semalam saya sempat pergi menonton Preview Perdana Teater Lat Kampung Boy sebuah Muzikal ni di istana Budaya.Teater ini adalah produksi usahasama antara Tall Order(syarikat produksi Hans Isaac) dan Institut Terjemahan Negara.Teater  yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskandar ini akan dipersembahkan di Dewan Sari Istana Negara(IB) ni bermula hari ini iaitu 16 Mac hingga 5 April 2011.

Antara pelakon pelakon utama terdiri dari Awie,Atilia,Douglas Lim,Jalil Hamid Puspha Narayanan dan hampir 300 lagi pelakon2 dan penari penari.Teater ini mengisahkan perjalanan hidup seorang kartunis terkenal tanahair iaitu Dato Lat

Apa yang boleh saya katakan mengenai Teater Lat Kampung Boy sebuah Muzikal ini adalah ianya antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh produksi Hans Isaac,selepas Cuci The Musical 1 dan 2

Saya juga kagum dengan prop pentas dimana ianya banyak menggunakan lakaran lakaran dari kartun kartun Dato Lat sendiri,begitu juga dengan prop salji untuk scene semasa Dato Lat di London.

Watak utama iaitu Awie sebagai Dato Lat juga tidak mengecewakan,pada saya Awie memang berjaya membawa karekter Dato Lat dengan begitu berkesan sekali dengan caranya yang tersendiri,penonton ramai tergelak apabila belaiu sesekali menyelitkan dialog watak Husin dalam Hantu kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya

Saya tambah terpegun begitu juga dengan penonton penonton lain apabila beberapa ‘magic’ telah dilakukan oleh Awie dan Atilia dalam babak babak percintaan .nak tahu apa magiknya anda kena sendiri

Antara babak yang saya paling saya suka adalah semasa Awie berada diawangan,saya tak kan terangkan secara detail sebab yang ni anda kena tengok sendiri baru best

Penataan muzik juga memang superb,dimainkan secara Live dan diketuai oleh Micheal Veerapan iaitu seorang tokoh muzik Jazz tanahair yang pernah bekerjasama dengan Dato Sheila Majid diawal pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.

Jika anda peminat teater yang tegar,ini adalah untuk anda,jadi datanglah untuk menonton Lat Kampung Boy sebuah Muzikal di Istana Budaya dari 16 Mac hingga 5 April 2011.Saya jamin anda pasti terhibur

 

 

lat2douglas


Share