Tag Archives: Istanbul

Grand Bazaar, Istanbul

Salah satu tempat yg juga paling popular di Istanbul ni adalah Grand Bazaar..Bazaar ni da lama ujud dan still beroperasi sehingga ke hari ni.Di Bazaar ni korang boleh dapat memacam benda dari barang2 cenderahati hinggalah ke barang kemas

Ianya dibina pada tahun 1455 dan siap pada 1461,oleh Sultan Mehmed.

Hari ni, grand bazaar mempunyai 2 masjid, 2 hamams(spa traditional), 4 fountains, dan juga kafe/restaurants. Binaan ini mengandungi 12 major building dan mempunyai 22 pintu…kalau tak kena gaya korang boleh sesat kat sini

salah satu entrance Grand Bazaar

bergambar depan pintu masuk diantara 22 pintu masuk Grand bazaar

Now I’m inside the 600 yrs old building…

rekaan dalaman Grand Bazaar masih ada identiti senibina Ottoman,macam kat dalam masjid je..ada kubah2

mmg cantik seni bina  Grand Bazaar ni

Toke kedai pun muda2 belaka

t-shirt utk souveniuor

antara barangan2 yg dijual disini

Kuyumculuk katanyer…maksudnyer?? entah saya pun tak tahu

antara restaurant2 dalam Grand Bazaar

salah satu kawasan yg sesak

kedai barangan tembikar Turkey…cantik utk dibawa pulang…

kain ela pun ada…

salah satu drpd  empat fountain dalam Bazaar ni

ashtray yg menarik…seni kerjatangan Turkey

kedai karpet…

Ok tulah sedikit sebanyak gambar2 nyer..itujelah post2 dr Turkey..actually ada lagi..kalau korang nak tgk lagi bg tahu la yer..

Sign Off!!


Share

Streets of Istanbul

Siri post entry Istanbul kali ni akan membawa korang ke merata jalan jalan di kawasan tumpuan pelancong di sekitar  Blue Mosque,hagia Sofya dan juga Istana Topkapi..

yg ni adalah antara shot2 gambar yg bakal didedahkan sebentar lagi..

yang ni adalah ice cream Turkey..mmg lazat,saya sempat merasa gak la..mmg lemak dan lembut dan spongy..yummy yum yum

ada beberapa perisa,spt vanilla,jagung,strawberry dan semestinyerlah cokelat mesti ada

saya amik vanilla dan jagung..

tu diaaa…

kedai barang barang souvenior..lampu lampu yg bergayuy2 tu mmg femes item kat sini..

harga barang barang souvenior kat sini bermula dari TL2 hingga TL200..kalau pandai tawar menawar boleh dapat best price..

yg ni sejenis manisan…saya terlupa nak tanya detail pasal ni..sorry..tp benda ni nampak pelik sikit..

salah satu gerai berhampiran Blue Mosque

yg ni mmg menarik,hasil kerja tangan warga tempatan yg begitu halus..

yg warna biru tu adalah fake eyes..dikatakan boleh membawa tuah kepada pemakainyer..dorang buat keychain,plaq dan macam2 lagi menggunakan design ni

carpet! carpet!

bermacam jenis tarbus

ni kawan saya dari India iaitu Amit Shashi dgn pemandu pelancong percuma..tgh tgk gambar kat camera

streets of Istanbul

Actually banyak lagi ni..next post nnt saya sambung k…harap tak jemu yer..kalau da bosan bg tahu saya ok

Sign Off!!


Share

Hagia Sofya,Turkey – Dari gereja ke masjid dan kini…

Okay ..saya sambung dari tajuk…dan kini…adalah sebuah muzium.

Hagia Sofia telah dibina pada kurun ke 6 semasa era Byzantium oleh Maharaja Justinian l ,banyak nama panggilan monumen ni sebenarnya namun begitu mempunyai maksud yg sama..ada panggil Hagya Sofya,ada juga Hagia Sophia dan ada juga Ayasofya

Dalam blog saya ni kita panggil Hagia Sofya la..ok tak?

Hagia Sofya ni pun macam Blue Mosque jugak,merupakan sebuah monumen yg amat terkenal di Turkey,terletak berhadapan dengan Masjid Biru Istanbul (see picture)

Untuk makluman anda antara mereka berdua ni,yg senior adalah Hagia Sofya …jauh lebih tua dr Blue Mosque,yg dibina dalam kurun ke 17(sedangkan si Sofya ni dalam Kurun ke 6)

Justinian l membina Hagia Sofya adalah untuk ‘melawan’ gereja  Church of St. Polyeuchtos yg dibina ole Julia Anitzia,Actually dua orang mamat ni iaitu Justinian dgn Julia Anitzia ni kira bakal jadi Maharaja Byzantium,masing2 nak tunjuk hebat untuk merebut takhta dengan membina gereja yg besar2 dan cantik.

Hagia Sofya ni kekal menjadi gereja yg terbesar sehinggalah Gereja St Peter dibina di Rome 1000 tahun kemudian…Lama beb si Sofya ni pegang carta no 1

Semasa kejatuhan era Constatinapole pada 1453,Mehmet the Conqueror dari Kerajaan Ottoman,telah mewarisi gereja ni dan telah menukarkannya menjadi sebuah masjid dan terus kekal sehingga tahun 1935 dimana pada tahun tersebut Atartuk menjadikan si cantik Hagia Sofya ni kepada sebuah muzium pula ..kekal hingga ke hari saya sampai disini hehehheh

Ikut sejarah, 4 menara masjid ni dibina apabila ianya ditukar daripada gereja kepada sebuah masjid

Hagya Sofya ni merupakan pusat tumpuan pelancong di Istanbul dan terletak berhapiran dengan dua lagi kawasan yg bersejarah iaitu Istana Topkapi dan Blue Mosque

Korang tengoklah org yg bersesak sesak nak masuk Hagia Sofya ni..beratur panjang giller tak hengatnyer..menyebabkan saya membatalkan hajat nak masuk muzium ni,cuma saya masuk dibahagian tepi muzium yg terdapat makam2 diraja disemadikan,jom kita saksikan..(wah macam kat dalam tv pulak)

 sekarang ni… anda berada dekat dgn Hagia Sofya

Ok la utk kali ni..saya ada beberapa lagi topik menarik di Istanbul utk dipostkan ke blog ni..jadi teruskan bersama saya di Zarul Umbrella Dot Com

Sign Off!!


Share

Jom ke Blue Mosque aka Sultan Ahmet Mosque,Istanbul

Salam..tak sah kalau ke Istanbul ni tanpa ke Masjid Sultan Ahmed atau Masjid Biru atau Blue Mosque ni..sebab mesjid ini adalah merupakan satu mercutanda yg paling dominan di Istanbul malah seluruh Turkey.

Masjid ni siap dibina oleh Sultan Ahmed pada tahun 1616 dan mengambil masa selama lebih dari 40 tahun utk siap.Dibina atas tapak istana maharahja Byzantine berhadapan dengan Hagya Sofia(juga sebuah masjid dan juga gereja yg ternama pada masa itu

Pembinaan diteraju oleh arkitek diraja pada masa itu Sedefhar Mehmet Aga,rekabentuk masjid ini banyak dipengaruhi oleh element2 keislaman Empayar Ottoman dan elemen2 seni bentuk gereja dari Empayar Byzantine.

Masjid ni siap pada tahun terakhir pemerintahan Sultan Ahmet yg agak begitu kecewa kerana menurut sejarah sebenarnye masjid tu siap sepenuhnya pada tahun 1617 di masa pemerintahan anaknya Sulan Mustafa l,namun begitu ukiran dimasjid menyatakan 1616 adalah tarikh mesjid siap dibina..(mungkin nak ambik hati la ni kot)

Interior masjid ni mmg mengagumkan dimana sebanyak 20,000 keping tiles marmar telah ditampal diseluruh dinding masjid,senireka tiles ini adalah dr rekaan Kasap Haci dan Baris Efendi dari Avanos(Cappadocia).huhu pelik bebenor namanye tu kann..

Kalau nak citer semua mmg panjang ni..apakata korang baca lah asal/usul mesjid ni kat sini

Saya sempat ke mAsjid ni 2 hari yg lepas,semasa singgah di Istanbul,utuk 2 malam..jom layan gambar2 yg telah saya snap dibawah..

Menurut penduduk tempatan,dulu masa masjid ni baru siap warna nye kebiruan,tp sbb da lama so ada luntur la sikit warnanya

kat dalam gambar ni adalagi sisa2 warna  ’biru’ masjid Sultan Ahmed ni

tengoklah keindahan senibina Ottoman di  ruang dalam masjid ini

ramai pelancong seluruh dunia sibuk menangkap gambar di dalam masjid,keluasan didalam masjid ni lebih kurang macam Masjid Shah Alam

kalau korang perasan, nampak tak lampu2 chandelier yg besar giler kat belakang saya tu? da la besau rendah pulak tu,but seriuosly you will be amazed with the architecture…kalau fikir2 balik dalam tahun 1616 manusia sudah pandai buat bangunan secantik ini..Impress!!!!

kubah utama dari dalam masjid

yg ni gambar disebelah dalam masjid sebelum ke pintu utama

nampak tak tulisan warna hijau tu.?.Dibawahnya tu adalah pintu utama

ini lah pintu utama Masjid Sultan Ahmed,pelancong sedang sibuk ambik plastik beg utk masukkan kasut masing2 sebelum memasuki masjid,dan kaum wanita akan diberi satu jubah khas

ni la plastik bag kasut yg disediakan….terlupa nak bawak balik beg plastik ni,buat kenang2an kahkah

tempat wuduk..santai bukan…

yang ni pula adalah pintu masuk utama (bahagian luar)sebelum memasuki kawasan lapang seperti gambar dibawah,sebelum memasuki pintu utama sebelah dalam

gambar2 sekitar didalam kawasan masjid

gambar2 sekitar luar masjid

Hampir sejam saya kat sini,lepas tu saya ke Hagya Sofia..yg bertentangan dgn Blue Mosque ni,,itu saya citer dalam next entry ok..Saya tinggalkan korang dgn satu lagi pose menarik dari Blue Mosque..dgn pesanan supaya korang dtg la tgk dia secara lebih dekat..MAS ada menawarkan  penerbangan terus ke Istanbul sebanyak 2-3 kali seminggu..Check it out  in MAS website


Share

Sepanjang Perjalanan ke Bakirkoy,Istanbul..

Masih panas panas lagi ni terus keluar blog,semasa entry ni ditulis saya baru balik dari Bakirkoy di Istanbul,sebuah area membeli belah ala2 Bintang Walk di KL tu.

Perjalanan dari hotel ke tempat ni tak jauh cuma dalam 15min da sampai..

yg ni semasa dalam bas menghala ke Bakirkoy..amik seat sebelah driver ni..nak dapat view yg elok nyer pasal… nak snap gambo

 

 

sepanjang perjalanan tu ternampak lah McD..kat sini Halal sebab Turkey adalah negara Islam so tak de masalah kalau nak makan,cuma korang perasan tak dengan papan tanda yg ’24′ tu?apa perkataan nya? “SAAT” kan,maknanya JAM “24jam dibuka”,ada sedikit persamaan kat situ cuma beza dr segi saat dan jam jer,tp kalau saat maknanya jam,kalau jam maknanyer apa ek?? minit kot hahaha..eh merepek pulak aku ni

Satu lagi perkataan yg sama dgn perkataan melayu adalah ‘tangki’ Turkey cakap “tanki”

enough bout that jom teruskan perjalanan…..

 

sempat tengok temprature kat tepi jalan @ Shell Station -25 darjah Celsius..juz nice..tak panas tak sejuk..i lke this kind of weather..perfect fr travelling

 

Sampai disatu simpang traffic light ternampak 2 org lelaki sedang jual bunga, saya cba nak tanya tapi dorang tak paham bahasa Inggeris pulak..

 

Felek Restaurant and Bar..tempat tarian gelek dek non oiii..serremmm..

 

Oklah ni jer yg sempat buat masa ni,pasal line internet agak kurang meberangsangkan kat sini..ni pun dekat 45min dok menunggu gambar diupload

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Share