Salam
Kalau korang rasa nak tahu mcmana hidup seorang pramugara,jom follow me
Kali ni ikut saya dalam tugasan ke KIX atau Kansai di Osaka,Jepun.Bagi route ini,MAS menggunakan kapalterbang jenis Boeing 777-200 yg mampu membawa seramai hampir 300 org penumpang termasuk anak anak kapal

MAS Boeing 777-200
Tugasan aku bermula pada pukul 2215 atau 10.15pm dimana aku harus melapor diri di KLIA,tapi sebelum itu aku kena bersiap seawal 7.45pm dimana sejam selepas tu cab akan datang menjemput aku ke KLIA
So reporting 2215,aku kena attend briefing dulu dgn supervisor,oh ye, utk kapal ni seramai 11 steward/dess diberi tanggungjawab utk menjayakan penerbangan pada hari tu,thats including me….
Dalam briefing biasanya kami akan menekankan soal2 keselamatan dan procedure sewaktu kecemasan,dimana semua aspek2 keselamatan akan direview oleh supervisor agar kami lebih bersedia dalam menghadapi apa jua kemungkinan semasa penerbangan
Selesai briefing kami akan terus ke aircraft,dan kapal akan depart pada jam 2345 atau 11.45pm..Penerbangan akan mengmabil masa selama 6 jam
Aku sampai KIX tepat jam 6.40 am esok nya ..waktu tempatan(5.40am KL time) setengah jam awal dari jadual

Welcome To Kansai,Osaka
Sesampai di hotel (yg jaraknya dalam 5km)

unpack barang2 dalam beg,then paling penting put this sign outside my room kalo tak nnt housekeeping mengacau

Masa utk berehat

Tidur dalam 5 jam,then bangun ambik angin kat luar jap,sambil mencari sushi nak isi perut

Cherry Blosom uols!
Lepas dah isi perut aku ke sini

Rinku Premium Outlet
Apa ada kat sini ni?? Nnt lah aku citer pasal ni dalam next entry Ok!
Jadi begitulah hidup pramugara ni…semalaman je kat sini then balik KL esok nye..
Share



