Tag Archives: MacBook Pro

Siapakah Disebalik Kejayaan iPhone/iPad/iMac/iPod?..Jom baca sejarah..

Sejak akhir2 ni kita disajikan dengan pelbagai alatan elektronik seperti telefon mudah alh,pemain mp3 mudah alih dan juga tablet pc dr pelbagai jenama..dan yg paling menyerlah adalah dari jenama Apple..Korang tahu tak siapakah org yg bertanggungjawab atas kejayaan gadjet2 hebat ini?

Jom kita telusuri latarbelakang serta sejarah Apple ini…

Steve Jobs-Pengasas Apple Inc

Steve Paul Jobs(pengasas Apple Inc) dilahirkan pada 24 Februari 1955. Dia dibesarkan oleh keluarga angkat, Bapanya seorang pakar mesin di Spectra-Physics
Jobs tidak menyukai alam persekolahannya, dan disebabkan itulah dia ikut berpindah ke Los Altos bersama keluarga angkatnya. Di sana dia dimasukkan ke Sekolah Tinggi Homestead.

Menurut guru elektroniknya, Jobs adalah seorang pelajar yang sering bersendirian.

Sewaktu Jobs masih baru di sekolah tinggi itu, William Hewlett menawarkan pekerjaan sambilan pada musim panas pada Jobs di sebuah kilang Hewlett-Packard di sana.

Jobs, pada waktu itu berusia 13 tahun, bertemu dengan Steve Wozniak, berusia 15 tahun dan merupakan seorang pelajar tercicir.

Jobs membantu Wozniak menjual sejenis alat yang boleh disambungkan ke telefon untuk membuat panggilan jarak jauh yang dipanggil “kotak biru.”

Jobs bekerja sambilan di kilang dan menjadi jurujual kepada Wozniak, Jobs juga membuat kerja-kerja membaiki stereo.

Dalam 1967, Jobs tamat sekolah tinggi dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Reed College tetapi bertahan selama satu semester sahaja.

Dalam 1974, Jobs mula bekerja sebagai pereka bentuk permainan video di Atari. Inc., iaitu sebuah syarikat pembuat permainan video yang pertama.

Jobs mempelawa Wozniak bekerjasama dengannya membangunkan sebuah komputer peribadi. Dengan hasrat yang tinggi untuk membawa teknologi komputer kepada semua orang yang ada pada Jobs, serta “bakat kejuruteraan” yang cemerlang yang ada pada Wozniak, mereka menjadi satu pasukan yang mantap. Kerja mereka bentuk Apple I dibuat di bilik tidur Jobs. Manakala kerja membangunkan prototaip dijalankan di garajnya. Untuk membiayai syarikat mereka, Jobs menjual van Volkswagennya.

Hasilnya, mereka berjaya mengumpulkan kira-kira USD1,300. Beberapa minggu selepas itu Jobs berjaya membuat jualan yang pertama, 50 buah komputer Apple I dengan harga USD666 sebuah, dan Apple Computers Inc. pun lahir. Kejayaan Apple I membawa kepada wujudnya Apple II. Apple II disifatkan sebagai Volkswagen bagi “komputer” kerana bentuk badannya yang langsing dan anggun, diperbuat daripada plastik, dan mempunyai logo sebiji epal yang telah digigit.

Justeru, dalam masa tiga tahun pertumbuhan komputer Apple meningkat 700 peratus. Tetapi tidak lama selepas IBM memperkenalkan komputer peribadi dalam pasaran, kedudukan Apple sebagai komputer peribadi yang paling laris mula goyah. Jadi, dalam 1983 Jobs berusaha memancing John Scully dan Pepsi-Cola supaya menyertai Apple dan terus bersaing. “Jika anda menyertai Apple, anda boleh mengubah dunia” katanya pada Scully.

Selepas projek Apple III dan komputer Lisa gagal ( Apple III cacat dari segi reka bentuk, manakala komputer Lisa pula, walaupun ia mudah digunakan tetapi harganya terlalu mahal ) Apple memperkenalkan Macintosh. Ia direka bagi menyaingi PC, dan pada hari Super Bowl Sunday dalam 1984, ia diperkenalkan dengan jaminan “1984 seolah-olah tidak seperti 1984.” Macintosh, komputer peribadi pertama yang begitu mudah digunakan itu disifatkan oleh Jobs “bukan sekadar hebat…malah luar biasa hebatnya.”


Kehadiran Macintosh merupakan satu kejayaan besar. Dalam tahun pertama pengeluarannya, 400,000 unit mampu dijual, tetapi hal ini tidak dapat menghalang berlakunya pergeseran di dalam Apple. Dalam 1985, Wozniak meninggalkan Apple dan Jobs pula diturunkan pangkat oleh Scully. Jobs turut meninggalkan Apple dan menubuhkan syarikat sendiri, NeXT, dan memfokuskan usaha menghasilkan program pendidikan berkomputer.

Walaupun ia gagal mendapat pasaran yang baik, namun “konsep stesen-kerja, tahap grafik
tinggi dan teknologi jauh ke depan”, yang ada pada produk tersebut telah membolehkan Jobs diberi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Persatuan Penerbit Perisian 1989.

Pada penghujung 1996, Apple berada dalam keadaan terdesak dan benar-benar memerlukan sebuah sistem operasi yang baru. Akhirnya, Apple membeli NexT daripada Jobs dengan harga $400 juta. Enam bulan selepas itu, setelah Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Gil Amelio menarik diri, Jobs kembali semula ke Apple sebagai Ketua Pegawai Eksekutif “interim” sehingga hari ini.

p/s Berita terbaru mengatakan jumlah kekayaan Apple ni telah mengalahkan kekayaan kerajaan AS sendiri..mmg da teruk AS sekrang ni khabarnyer..

credit pic – Google


Share

My Gadgets

Saya ni mmg kaki gadjet dari dulu lagi..sebenarnya hobi kumpul2 gadjet ni bila mp3 player diperkenalkan kepada umum sekitar awal 2000..ketika itu iPod hangat diperkatakan..setelah tu bnyk lah mp3 player pelbagai jenama muncul di pasaran ..

Gadjet pertama saya adalah dalam tahun 2004 dimana saya beli mp3 player jenama Samsung 20gb bernilai hampir RM1200 pada masa tu,boleh dikatakan agak mahal jika nak dibandingkan dgn mp3 masa sekarang dimana iPod Classic 120gb boleh dapat dalam harga RM800-900 sahaja.

 

Setelah hampir setahun dgn Samsung tu saya pakai iPod Classic 160GB,

Manakala pada tahun 2007 saya upgrade pakai laptop pulak,first laptop saya adalah Compaq Presario yg berharga dalam RM2k++

 

 

Bermula dari itulah saya mula berjinak jinak dengan perniagaan internet saya,dan hasilnyer maka tertubuhlah RahsiaVokal.Com dua tahun selepas itu

Selepas 2009,saya mula melihat2 produk2 gadjet dari Apple,hasil dari RahsiaVokal.com campur duit simpanan sikit2 saya gagahkan diri untuk menyambar sebijik laptop MacBook Pro pada tahun lepas

 

MacBook Pro (main gadjet yg saya usung kemana juga saya pergi)

Gila gadjet dalam diri saya ni masih membuak buak tapi tak delah mampu sgt nak beli2 macam2 namun keghairahan saya pada gadjet ni diperhatikan oleh isteri saya dan dalam tahun lepas juga sempena birthday saya, beliau hadiahkan saya sebijik iPod Touch untuk saya

 

iPod Touch 8GB

iPod Touch untuk hiburan masa lapang dan ber internet on the go

 

Pada masa yg sama saya juga minat dalam photography,saya suka tgk gambar2 yg cantik,maka dari situ timbul minat untuk membeli sebijik camera DSLR,kumpul2 duit sikit2 maka dapatlah sebijik DSLR yg paling cekai iaitu Nikon D3000

 

My Nikon D3000

 

So dari kamera ni banyak gambar2 yg telah diambil dan dimuaturun ke blog ni,tp mmg saya letih nak usung merata dunia sebab besar jadi saya pakai isteri saya nyer camera compact yg  bawah tu ..Nikon jugak dek!!

 

Sejak demam iPad tu hari mmg saya ‘kering’ la nak grab..tak berani dah..tgk dari jauh je lah org menenyeh iPad dorang sambil menelan air liur sendiri huhu,namun rezeki saper sangka,dengan tak menaruh harapan setinggi gunung saya pergi kedai untuk dapatkan iPad 2 tuhari alhamdulillah masih lagi ada stock untk saya ,tu pun unit yg terakhir je yg tinggal,yg lelain tu tinggal yg mahal2 tahap gaban jer

 

iPad 2..nnt saya tulis pasal review benda alah ni nnt k..Tunggu…..

 

Last but not least,gadjet yg wajib ada pada setiap org adalah hp la kan..ni saya punya,hadiah dari isteri jugak ni,iaitu BlackBerry Curve

Itulah saja barang2 mainan saya,yg masing2 punya fungsi yg berbeza sesuai utk kegunaan saya yg aktif berinternet,biznes,blogging dan travel around the world..chewahh

 

Gadjet saya bergambar ramai2

 

 

Sign Off!!

 


Share