Tag Archives: makanan sedap di Shah Alam

Keenakan Siput Sedut di Restoran Sri TTDI,Shah Alam

Salam

Kali ni topik yg digemari ramai…MAKAN MAKAN…

Restoran Sri TTDI ni telah aku kunjungi sejak dari 2004 lagi, diperkenalkan oleh kawan aku  yg dok  di Shah Alam.Tokey dan tukang masak adalah org Kelate

Menghidangkan pelbagai jenis lauk utk makan tengahari dan seafood di waktu malam.

Restoran terletak di Jalan Saujana Indah 3 Jalan Seksyen U1 TTDI Shah Alam berhampiran dgn Politeknik Shah Alam

Hidangan tengahari bermula seawal 11.30 pagi dan kebiasaannya org dah penuh menunggu lauk2 dihidangkan.Kalau korang datang lewat pukul 2,maka korang akan makan sisa je lah nnt.

Beratur nak makan

Antara Lauk Pauk Yang dihidangkan

Lauk pauk kat sini kallau ikutkan mmg tak terpilih ..semua kalau boleh gua nak makan

Eh baru gua perasan-brader baju petak ada dalam ketiga2 gambar diatas-selamat menjamu selera bro

Ini gua punya,telor dadar,daging goreng kunyit dan sayur campur

Ini lah siput sedut masak lemak yg menjadi kegilaan pengunjung2 disini..gua kalau masuk sini tengok siput sedut dah habis,time tu jugak rasa mcm nak nanges!!

Tuan2/Puan..saya dgn ini amat2 mengesyorkan anda cuba lah siput sedut ni,ramai dah org yg gua rekomen,semuanya call balik cakap siput ni mmg TERBAEK…kuah pekat,dan siput nyer juga dibersihkan dgn elok dan takde bau2 lumpur

Tak sah kalau tak de sambal,ulam ulaman dan budu

Dah habis nasi minum pulak air kopi tarik ni..pergghhh memang terangkat wa cakap lu

Tauke Kedai

 

Okay sekian utk tengahari ni dan gua harap korang akan terasa lapar lepas membaca entry tengahari Khamis gua ni

 

Peace!


Share