Sejak aktif balik dengan Umbrella ni banyak juga aktiviti yang telah kami lakukan untuk mengetengahkan semula nama kami yang sudah semakin ‘berhabuk dan bersawang’ dalam industri muzik tanahair ni.
Bermula dengan akhbar Mingguan Malaysia dan disusuli dengan Harian Kosmo, kami ‘redah’ pula Pesta Pulau Pinang dalam Disember tahun lepas dan alhamdulillah ramai juga yg notice kami da aktif balik di persada seni.Walaupun kami kini artis sambilan dan bernaung dibawah ‘payung’ sendiri namun ini boleh saya katakan satu titik permulaan semula bagi kami untuk memeriahkan lagi industri dengan lagu irama 90an kami
Tak cukup dengan itu Februari lepas kami ‘ketuk’ pintu TV3 dan pintu penerbit MuzikMuzik yang kebetulan pada masa tu menginginkan artis artis 90/retro untuk dimasukkan dalam slot ‘kecil’ di Muzik Muzik musim ini.Walaupun tak sampai 5 min kami keluar namun itu da cukup bermakna bagi saya dan Umbrella untuk melepaskan rindu peminat peminat tegar kami yang hanya berinteraksi melalui media social network di internet sebelum ini.
Susulan dari itu,kami buka pula ‘khemah’ kami di Laman Santai Istana Budaya,juga dalam bulan yang sama,feedback dari pengikut pengikut kami boleh dibanggakan walaupun tak sehebat masa zaman ‘kegemilangan’ kami dulu.Namun kami enjoy sebab dah lama tak buat persembahan Live di Kuala Lumpur
Dan paling kami gembira adalah kerana pihak pengurusan Istana Budaya nak kan kami lagi..Insyaallah kalau perancangan menjadi tanpa aral melintang kami akan muncul lagi sekali disana.
Tak cukup dengan itu ManggaOnline pula telah sudi menyiarkan artikel mengenai ‘pengaktifan semula akauan” Umbrella di dalam industri muzik tanahair.credit to En Rosli Manah atas artikel yang memang berinformasi mengenai kami
Setelah kami merasakan sambutan masih ada maka saya,Hafiz dan Saiful telah duduk semeja membincangkan langkah langkah yang bakal diambil untuk kami terus ujud dalam industri ini,dan salah satu perancangan yang telah dipersetujui adalah dengan menghasilkan single terbaru yang kini tengah dalam proses rakaman.
TV3 telah kami redah dan alhamdulillah TV1 pula menjemput saya untuk menjadi tetamu dalam SP1M pada awal bulan Mac yang lepas,saya mewakili Umbrella tidak lepaskan peluang ini yang sememangnya dah lama saya tunggu.Terima kasih saya pada penerbit En Alex Reza dan anak2 buahnya yang begitu mengambil berat pasal saya semasa saya di sana.Tak lupa juga terima kasih pada sdr Kit yang telah lama tak jumpa tetiba muncul menjadi pengantara antara saya dan RTM.Semoga akan ada lagi kerjasama anatara saya dan kalian.Terima kasih saya ucapkan..
Dan yang terakhir sekali pada 29hb April nanti kami akan menjengah ke stesyen radio pula,dan sasaran pertama kami adalah Suria FM bersama DJ JJ.Memang ini kami tunggu tunggu jugak maklumlah da lama tak kuar radio untuk sesi interview,exited pun ada maklumlah dengan adanya platform ni dapatlah kami berborak dengan orang ramai secara live melalui radio.Diharap kepada anda jangan lupa dengarkan kami nanti di SURIA fm pada jam 8.30malam 29hb April nanti
p/s gambar adalah hakcipta bizcotz maqs
http://maqs.creatvebiz.com.my
Share








