Tag Archives: melancong ke Australia

Esoknya dalam 3.30pm aku meronda sekitar bandar Melbourne..bergambar bersama rakan rakan sekerja

Entry Bergambar – Sekitar Bandaraya Melbourne

Aku sampai di bilik hotel dalam pukul 9.30pm waktu tempatan… KL 2 jam awal- My room no mmg cantik kali ni 1234 uols!

Lepas mandi2 keluar jap cari kebab tapau buat sahur

Sempat snap 2 keping gambar pandangan waktu malam..**gambar kanan pemuzik jalanan yg mmg cool giler

Esoknya dalam 3.30pm aku meronda sekitar bandar Melbourne..dan bergambar bersama rakan rakan sekerja

..beberapa shot yg aku rasakan menarik ..

Dibelakang aku ni adalah salah sebuah restoran masakan melayu Indonesia..Nelayan..tapi yg ni bukan fevret aku…walaupun makanannya boleh tahan sedapnya..

Setelah penat berjalan kami melepak kat depan Victoria State Library..di Swanston Street..ramai gak org melepak kat sini…

Aku akhiri entry kali ni dengan beberapa shot kenang2an di Melbourne


Share
DSCN0535

Jenjalan ke Darling Harbour dan Sydney Aquarium,Sydney

Post 2 hari lepas citer pasal Harbour Bridge dan Opera House,hari ni citer pasal tiga tempat yg perlu di lawati jika ke Sydney iaitu Darling Harbour dan Sydney Aquarium

Darling Harbor ni terletak ditengah bandar Sydney iaitu di Liverpool Street,merupakan salah satu harbour yg menjadi tumpuan pelancong dimana disini lah korang boleh ambik cruise dan jenjalan ke Luna Park,Circular Quay dan beberapa tempat menarik lagi.Disini juga terletaknya Sydney Aquarium.

Feri Cruise dan tempat2 yg boleh korang pergi dgn menggunakan feri dari sini,kalau nak ke Circular Quay bayaran dalam AUS6 sahaja bersamaan RM18

Pemandangan berlatarbelakangkan Darling Harbour

Inilah Sydney Aquarium

Boleh tahan jugak entry fee ..RM105 sorang..mengikut kata rakan saya dalam aquarium ni macam kat KLCC Aquarium jer..so kalau tak de bajet boleh skip lawatan ke Aquarium ni

Ok sekalian utk kali ni nnt saya citer lagi,ada 2-3 tempat lagi ni nak citer

Sign Off!!


Share
DSCN0563

Jom Jenjalan Ke Harbour Bridge dan Opera House, Sydney,Australia

Baru baru ini saya ada tulis pasal Sydney di blog ini,dalam post tu saya citer yg saya tak dapat nak keluar jenjalan pasal hujan lebat.Tapi kali ni pada raya kedua yg lepas saya sekali lagi ke sana dan alhamdulillah cuaca kali ni mengizinkan saya untuk ambik angin sekejap di kotaraya kosmopolitan Sydney

Seperti yg anda sedia maklum Sydney adalah bandar terbesar di Australia selain Melbourne,Perth,dan Adelaide.Banyak tempat tempat menarik yg boleh korang lawati kalau berkunjung ke sini,antaranya adalah Sydney Harbour Bridge,Opera House,Bondi Beach,Sydney Aquarium,Sydney Zoo dan macam macam lagi lah

Kali ni saya bawa korang jenjalan di beberapa tempat sahaja,tak semua saya sempat nak redah pasal al maklumlah saya bukan bercuti..hanya mengambil peluang yg ada sewaktu bertugas

Ok jom..pertama sekali kita ke Sydney Harbour Bridge

Sydney Harbour Bridge

Serba sedikit mengenai Sydney Harbour Bridge(SHB)-ianya digelar “A Coat Hanger” sebab bentuknya yg seakan hangar baju.Ianya diperbuat daripada besi yg menhubungkan Central Sydney dengan North Shore.Siap dibina pada tahun 1932.Boleh dilalui oleh keretapi dan kenderaan darat yg lain.Merupakan ikon kepada bandaraya Sydney

Ianya terletak di Circular Quay dan juga berhampiran dengan most famous Sydney Opera House

di Circular Quay ni bnyk feri feri persiaran yg menjadi tumpuan pelancong..nnt saya story pasal ni

dari sini u olls boleh tengok yg Opera House dan SHB hanya bersebelahan sahaja di Circular Quay

Bergambar berlatarbelakangkan kota Sydney di Circular Quay

Tidak sah lawatan ke Sydney kalau tak bergambar dgn Opera House,dan seperti yg saya cakap td,bila korang da sampai Circular Quay maka korang akan dapat lawat Opera House dan Sydney Harbour Bridge ni sekaligus

Untuk makluman utk ke sini korang boleh naik free tour bus nombor 555 dari pusat bandar..mcm saya ni saya ambik bas 555 ni  dari George St ke Circular Quay.Dari George Street ni ke Circular Quay tak jauh..dalam 5 minit sampai dan kalau korang nak jalan kaki pun boleh..

Gambar ni adalah kawasan belakang Opera House

Serba sedikit info mengenai latarbelakang Opera House-dibuka pada tahun 1973,diiktiraf UNESCO sebagai World Herritage Site pada tahun 2007.Banyak menang anugerah senibina antaranya adalah Pritzker Prize pada tahun 2003

Merupakan pusat seni budaya dan performing arts dan menjadi ‘base’ kepada beberapa badan badan seni seperti Opera Australia,Sydney Symphony Orchestra,Australian Ballet dan The Australian Theatre Company

Ok thats it untuk kali ni,next post saya bawak korang ke tempat lain di Sydney pulak..

Sign Off!!


Share