Tag Archives: melancong ke Istanbul

DSC_2577-1

Streets of Istanbul Bhg 2

Post ni adallah sambungan kepada post semalam,dek kerana bnyk gambo terpaksalah saya pecahkan kepada 2 bahagian..ok ..terima kasih terlebih dahulu sebab masih setia dengan blog saya ni..

Ok mari kita mulakan..

kedai souvenior ni mmg yg paling vogue berbanding yg lain..ada aura..dan tersendiri

peronda kawasan pelancongan..ni kalau buat balik pun ok ni..senang bawak g kedai mamak depan umah..kuikui

Turkish Delight – salah satu cenderahati yg mesti dibawa pulang ke tanahair

Salah satu kedai yg menjual manisan..Baklava adalah salah satu yg popular..mmg sedap Baklava ni..ada dihidangkan didalam penerbangan MAS as a dessert

tuh tgk,budak ni ajak korang nikah ngan dia…ahahaha actually budak ni tukang promote kedai2 barangan hantaran nikah..yg saya perhatikan barang barang nikah dorang ni mcm kat Msia gak ..

see…cincin kahwin nyer dulang..mcm kita gak kan…tp Msia lagi lawa lawa la jika nak bandingkan dgn dorang ni..ye dok

matawang Turkis Lira..TL20..ni jer yg tinggal…apa nak makan ek dgn duit sebanyak ni?ok mari follow saya g makan tempat2 budget sekitar kawasan ni

ni jelah yg boleh saya layan..jika nak makan hak lain2 tu rasa macam tak selera..kebab is the best at that time fr me..hanya TL2.50

ok la, not bad jugak kebab ni

yg ni pulak adalah tempat mandi cara tradisional org2 Turki..ala ala spa..kalau rasa nak dimandikan jom le layan kat sini..

ini dia nyer leaflet…eksklusif wooah..

Ini pula pintu masuk Grand Bazaar Istanbul..saya tak nak citer lagi pasal ni hari ni sebab kat dalam ni memerlukan satu lagi post khas utk Grand Bazaar ni..esok saya post ok..

Well itu jer la antara gambaran sedikit sebanyak mengenai apa yg ada di sekitar jalan,tepi jalan,tgh jalan dan atas jalan Istanbul ni..

Jumpa lagi esok….

Sign Off!!!


Share

Jom ke Blue Mosque aka Sultan Ahmet Mosque,Istanbul

Salam..tak sah kalau ke Istanbul ni tanpa ke Masjid Sultan Ahmed atau Masjid Biru atau Blue Mosque ni..sebab mesjid ini adalah merupakan satu mercutanda yg paling dominan di Istanbul malah seluruh Turkey.

Masjid ni siap dibina oleh Sultan Ahmed pada tahun 1616 dan mengambil masa selama lebih dari 40 tahun utk siap.Dibina atas tapak istana maharahja Byzantine berhadapan dengan Hagya Sofia(juga sebuah masjid dan juga gereja yg ternama pada masa itu

Pembinaan diteraju oleh arkitek diraja pada masa itu Sedefhar Mehmet Aga,rekabentuk masjid ini banyak dipengaruhi oleh element2 keislaman Empayar Ottoman dan elemen2 seni bentuk gereja dari Empayar Byzantine.

Masjid ni siap pada tahun terakhir pemerintahan Sultan Ahmet yg agak begitu kecewa kerana menurut sejarah sebenarnye masjid tu siap sepenuhnya pada tahun 1617 di masa pemerintahan anaknya Sulan Mustafa l,namun begitu ukiran dimasjid menyatakan 1616 adalah tarikh mesjid siap dibina..(mungkin nak ambik hati la ni kot)

Interior masjid ni mmg mengagumkan dimana sebanyak 20,000 keping tiles marmar telah ditampal diseluruh dinding masjid,senireka tiles ini adalah dr rekaan Kasap Haci dan Baris Efendi dari Avanos(Cappadocia).huhu pelik bebenor namanye tu kann..

Kalau nak citer semua mmg panjang ni..apakata korang baca lah asal/usul mesjid ni kat sini

Saya sempat ke mAsjid ni 2 hari yg lepas,semasa singgah di Istanbul,utuk 2 malam..jom layan gambar2 yg telah saya snap dibawah..

Menurut penduduk tempatan,dulu masa masjid ni baru siap warna nye kebiruan,tp sbb da lama so ada luntur la sikit warnanya

kat dalam gambar ni adalagi sisa2 warna  ’biru’ masjid Sultan Ahmed ni

tengoklah keindahan senibina Ottoman di  ruang dalam masjid ini

ramai pelancong seluruh dunia sibuk menangkap gambar di dalam masjid,keluasan didalam masjid ni lebih kurang macam Masjid Shah Alam

kalau korang perasan, nampak tak lampu2 chandelier yg besar giler kat belakang saya tu? da la besau rendah pulak tu,but seriuosly you will be amazed with the architecture…kalau fikir2 balik dalam tahun 1616 manusia sudah pandai buat bangunan secantik ini..Impress!!!!

kubah utama dari dalam masjid

yg ni gambar disebelah dalam masjid sebelum ke pintu utama

nampak tak tulisan warna hijau tu.?.Dibawahnya tu adalah pintu utama

ini lah pintu utama Masjid Sultan Ahmed,pelancong sedang sibuk ambik plastik beg utk masukkan kasut masing2 sebelum memasuki masjid,dan kaum wanita akan diberi satu jubah khas

ni la plastik bag kasut yg disediakan….terlupa nak bawak balik beg plastik ni,buat kenang2an kahkah

tempat wuduk..santai bukan…

yang ni pula adalah pintu masuk utama (bahagian luar)sebelum memasuki kawasan lapang seperti gambar dibawah,sebelum memasuki pintu utama sebelah dalam

gambar2 sekitar didalam kawasan masjid

gambar2 sekitar luar masjid

Hampir sejam saya kat sini,lepas tu saya ke Hagya Sofia..yg bertentangan dgn Blue Mosque ni,,itu saya citer dalam next entry ok..Saya tinggalkan korang dgn satu lagi pose menarik dari Blue Mosque..dgn pesanan supaya korang dtg la tgk dia secara lebih dekat..MAS ada menawarkan  penerbangan terus ke Istanbul sebanyak 2-3 kali seminggu..Check it out  in MAS website


Share