Tag Archives: melancong ke Singapura

Bawa Kereta Masuk Singapura

Salam

Apa yg aku maksudkan dgn tajuk diatas bukanlah mengimport kereta ke Singapura tetapi memandu kereta berdaftar di Malaysia ke Singapura

Sepertimana yg korang tahu yg aku ada show kat Singapura tempohari,so esoknya tu aku dari hotel penginapan aku di JB masuk ke Singapura menggunakan kereta

Ini adalah pertama kali aku bawak masuk kereta ke Singapura,cuak gak ler,tapi disebabkan ada member dari JB yg tolong guide kan aku so aku confident la sikit

Okay,bagaimanakah procedure nya?

Tapi sebelum tu..korang kena ada benda alah ni

GPS kena ada-senang cari jalan

Semasa di check point Immigresen Singapura dapatkan Autopass dari kaunter yg dikhaskan.Utk dapatkan Autopass ni korang kena isi borang dan bayar SD10(SD6 harga kad + SD4 card balance)Utk lebih nilai card sila beli top-up kat mana2 7Eleven di Singapura

Autopass

Secara ringkasnya autopass ni mcm kad Touch n Go kat Malaysia,boleh bayar parking dan  bayar cukai jalan(ERP) yg dilalui.Validity kad ni adalah 5 tahun

Oleh kerana aku masuk hari minggu so cukai jalan (ERP) tu free je..aku hanya  kena bayar SD6.40 sahaja utk Departure/Arrival(bayar dgn swipe kad ni dekat kaunter immigresen semasa hendak  keluar dari Singapura)

Jika korang masuk parking yg pakai autopass ni make sure korang topup dulu yer..kalau nak lebih jimat parking je dekat mana2 parking lot yg hanya bayar per entry..cthnya parking lot belakang Hard Rock Cafe Singapura(hari Sabtu Ahad je)

Hard Rock Cafe Singapore terletak di Orchard Road

HRC parking lot belakang tu hanya SD3 per entry

Maklumat lanjut sila ke Land Transport Authority Singapore 

Tips – jika nak memandu kereta anda ke Singapura pastikan masuk hari Sabtu dan Ahad..bebas cukai ERP


Share